Saturday, May 14, 2011

CIMB-YFA BOLEH!











The Sun May 13, 2011



















Wira-wira Pasukan CIMB-YFA 2011 bersama Dato Shukri

Pada julung kali, setelah Piala Ahmad Shah ditukar nama Piala 1MCC(1 Malaysia Cardiff City), Pasukan CIMB-YFA ke padang Final. Tahniah kepada tunggak utama seperti Haikal, Safwan, Angah, Iskandar, Aqil (Kapten), Black, kedua defender cili padi iaitu Asip dan Ikmal dan rakan sepasukan yang lain.

Putera kedua, Syed Ali Naquib berkongsi kegembiraan ini. Pengalaman kejohanan kali ini mungkin adalah pengalaman berharga untuk dibawanya ke tahun hadapan. Tahun ini walaupun tidak didalam 1st eleven, tapi aku percaya,ada satu semangat juang untuk menempat diri nya dalam pasukan utama pada tahun depan.

Dalam keghairahan nya menyaksi rakan-rakan nya berjuang sepanjang kejohanan, pada 25 April 2011, Syed Ali Naquib mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak. Akibatnya, collar bone nya patah dan terpaksa direhatkan. Pada 28 Mei 2011 merupakan appointment terakhir dengan Dr Wong. Alhamdulillah, dengan semangat nya pada 12 Mei 2011 lepas dia telah turun kepadang lagi berlatih bersama rakan-rakan nya iaitu latihan terakhir sebelum perlawanan akhir. Niat nya mau menyarung jersey CIMB-YFA lagi masuk kepadang dengan bangga, merasai sendiri kehangatan pentas final walaupun cuma duduk dibangku simpanan menyaksi dari dekat rakan-rakan nya beraksi dan berjuang.