Sunday, May 8, 2011

NOSTALGIA AWANG GONENG















































Bertempat di kedai buku Borders, The Gardens Mall, akhirnya aku dapat bertemu dengan penulis Awang Goneng (Wan Ahmad Hulaimi). Terima kasih kepada Awang Goneng yang berjaya menghanyut kan aku dengan kenangan-kenangan lampau. Banyak nama-nama 'Wan Tanjung' yang beliau sentuh antaranya Wan Endut, Wan Nawang, Wan Ripeng yang mempunyai hubungan keluarga yang begitu dekat dengan arwah nenek aku Wan Hembat Binti Wan Muda yang aku panggil Mmok.

Membaca buku Awang Goneng ibarat aku mendengar lagu Pink Floyd yang mana setiap lagu ada kenangan tersendiri. Kenangan itu datang didepan mata seolah-olah baru semalam ianya berlaku.