Thursday, April 21, 2011

MAJLIS PENGHARGAAN SUKAN YAYASAN CIMB


















Syed Ali Naquib kedua dari kiri di barisan hadapan bersama rakan-rakan pasukan bola sepak YFA-CIMB Foundation.



















Syed Ali Naquib ketiga dari kiri dihadapan.

2011/04/21 Berita Harian :

PERCAYA kejayaan atlit bermula dengan program pembangunan tersusun sejak usia muda, Yayasan CIMB meraikan 47 atlit di bawah yayasan itu yang merakamkan pencapaian membanggakan sepanjang tahun lalu.

Buat kali pertama, semua atlit berusia 18 tahun ke bawah daripada acara skuasy, bola sepak dan golf diraikan dalam Majlis Penghargaan Sukan, malam tadi dihadiri Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.