Friday, February 11, 2011

OLE- OLE DARI KAMPUNG

Sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku mengambil peluang ini balik ke kampung setelah begitu lama tidak berbuat demikian. Selama dua hari, perbincangan aku dan abah penuh dengan bab mengenal diri dan hal-hal keluarga. Paling menarik bila menyentuh tentang bab baka dan baqa'. Dari bab itu terus bersambung ke bab martabat kosong. Bagaimana untuk membawa martabat kosong ini yang mana telah diketahui pada makrifat nya ingin dibawa kedalam hidup seharian. Bagi aku, lebih baik bila sudah tahu hakikat martabat kosong itu terus cuba di 'bawa masuk' ke dalam hidup sehari-hari.

Banyak perguruan silat mengajar martabat kosong. 'Buah Bodoh' satu dari buah terakhir dari Silat Lian mungkin hasil dari pencarian martabat kosong. Martabat kosong mesti digali tempat jatuh nya. Tidak kenal dimana hakikat martabat kosong, martabat kosong itu menjadi hampa, sia-sia!. Carilah martabat kosong bagai kan kosong nya didalam kubah kaabah di Mekah itu.

Bercerita juga tentang keluarga-keluarga dikampung asal di Kampung Pengkalan Tuan Chik Haji. Kerap aku berkata, kampung itu tidak sesejuk suasananya seperti dulu ketika aku kecil. Ketika itu aku beberapa kali menaiki bot penambang dari Kuala Terengganu ke kampung itu. Belum ada lagi jalan raya yang menghubungkan Seberang Bukit Tumbuh dengan Kuala Terengganu. Bila sampai saja dijeti di Seberang Bukit Tumbuh, terasa nyaman dan rasa dihormati oleh orang-orang kampung disitu. Orang kampung tahu yang disapa itu adalah cicit Tok Misai atau cicit saudara Tuan Chik Haji, dua orang yang dihormati dan ber'mulut masin'.

Orang terakhir yang mempunyai ke'keramatan' dikampung itu adalah Ayoh Mat (panggilan aboh kepada Tuan Sembok @ Syed Ahmad AlKhirid). Sebelum meninggal, diceritakan Ayoh Mat membakar semua kitab-kitab nya. Ketika hendak dikebumikan, tanpa ribut dan tanpa hujan, guruh kedengaran dan disapa dengan petir seolah-olah sebagai penghormatan kepada Ayoh Mat. Mungkin dengan tiada nya orang-orang istimewa ini dikampung itu, keadaan juga telah berlainan baik dari suasana kampung dan juga persepsi orang-orang kampung yang berkata "tawor doh tok-tok Syed ssitu llening!".