Tuesday, February 1, 2011

SEBAR KAN!! BAWA PULANG RAKYAT DAN PELAJAR MALAYSIA

TERUS SEBAR KAN!!Bawa pulang segera pelajar kita di Mesir
Posted on Monday, January 31 @ 21:02:12 PST

Artikel Oleh Amizudin Ahmat

Sehingga hari ini, ribuan rakyat Mesir berarak di Kaherah menuntut penamatan 30 tahun regim Hosni Mubarak. Selama enam hari bermula Selasa lepas, siri demonstrasi besar-besaran dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir kini menggamit perhatian dunia kerana dijangka bakal merubah landskap politik di dunia Arab selepas kejatuhan pemimpin diktator di Tunisia, Zen Abidien Ben Ali.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.


edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. href="http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964?v=wall" rel="nofollow" target="_blank">Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
----------------------------------------------------

TERKINI ! (1 Februari 2011): Sudah ada wakil kedutaan Malaysia di sana. Sebilangan pelajar ada yang selamat tiba di Malaysia.Semua pelajar Malaysia di Cairo dan Alexandria suruh berkumpul.Di Mansuora sudah ada pergerakan berkumpulan yang dikawal mahasiswa kita ke Airport Cairo.Wisma Putra masih dalam proses untuk evacuation pelajar-pelajar , tidak pasti dibawa ke negara jiran atau bawa ke Malaysia-agak sukar dan lewat kerana semua hubungan terputus, namun sedang berusaha dengan sedaya upaya. . Doakan semua dipermudahkan!

Berita mahasiswi dirogol adalah palsu. Berita pelajar kena tembak di Tanta benar, tetapi dgn peluru getah yg terkena kaki. Beliau hanya meminta kita mendoakan mereka- Presiden PMRAM :)

p/s:Semua pelajar di Mesir terutamanya Mansurah mengharapkan doa dari kalian semua. Untuk elak maklumat2 yang xsahih, boleh terus call Pengerusi PCM Ahmad Azizi Md Jusoh +20110706817 atau Pengarah JAKSI Muhammad Imran Jaamat +2011 1015951

Cara lain hubungi : sini tips komunikasi ke sana.[sini ]

Lain-lain hubungi Wisma Putra :
Boleh hubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Read more: http://arnamee.blogspot.com/2011/01/nasib-terkini-rakyat-dan-pelajar.