Monday, January 24, 2011

SARJANA MUDA



Cita-cita ibu ayah tinggi melangit ingin melihat anak nya ke menara gading. Menara gading adalah lambang untuk mengubah nasib hidup. Ibu ayah rela bergolok bergadai demi cita-cita sang anak. Bayang kan tanggungan ibu ayah ketika itu?

Ketika Sesi Persekolahan Baru baru-baru ini, amat terasa bebanan pembelanjaan untuk anak-anak. Dengan pembelian peralatan sekolah, beg, buku tulis terasa begitu membebankan. Tambah lagi terasa bebanannya dengan jumlah yuran yang perlu dibayar. Persekolahan di sekolah kerajaan bukan lagi perkara murah. Insaf aku bila mengenangkan bagaimana seorang Pengawal (Jaga) yang mempunyai ramai anak yang gaji bulanannya RM700 melalui semua ini.

Pihak sekolah tidak boleh dipersalahkan 100%. Pihak sekolah adalah kambing hitam untuk pihak Kementerian Pendidikan melepaskan tanggungjawab nya. 'Yang teruk' biarlah pihak sekolah yang tanggung.

Begitu besarnya pengorbanan ibu ayah untuk sang anak ke menara gading. Perjalanan terus berliku selepas itu yang memerlukan semangat dan mental yang kuat.

Engkau sarjana muda
Resah mencari kerja
Tak berguna ijazahmu
Empat tahun lamanya
Bergelut dengan buku
Sia-sia semuanya
Setengah putus asa dia berucap

"maaf ibu..."