Friday, January 28, 2011

KUCING PUTIH
























Namaku Putih

Kucing adalah haiwan yang banyak faedahnya bagi manusia, dapat memusnahkan hama tikus.Menurut kepercayaan didalam budaya Keraton Pajang, kalau hendak memelihara kucing carilah yang warnanya putih keseluruhannya dan panjang ekornya, khasiatnya baik, dapat menjadikan rumah tangga sentosa.

Firasat Kucing :

Jikalau memelihara kucing putih yang telapak kakinya putih terus sampai kepalanya, itulah baik, kaya akan rezeki, kucing itu dipanggil bunga mulia (kusuma wibawa), tersangat boleh dipelihara.

Pelihara lah kucing bisu, iaitu yang tiada berbunyi, walau warna bulunya sembarangan warna sekali pun, itulah kucing yang terutama, disebut : Wisnu betapa (wisnu tapa), jangan lah menyembarangkan kepada kucing yang baik itu, kerana ia bertuah, barang siapa yang memeliharanya dengan baik-baik tuluslah segalanya.