Sunday, June 27, 2010

AYAT DAN MENTERA

AYAT KAF 40:
Bacakan bismillahirahmanirahim 1x
Kalimat Syahadat 1x, Al fatehah 1x, Selawat 1x

























Amalkan 40hari moga sebati dalam diri.Untuk kekuatan dan ketahanan tubuh. Lebih baik mengetahui apakah hakikat Kaf itu?
Dikatakan menjadi amalan AlHabib Syarif Muhamad AlQadri seorang wali dan Sultan Kesultanan Pontianak.

RAHSIA KAF 40:
Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.

Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.

Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).


MEMAKBUL KAN HAJAT
Bismillah
Aku hidup Aku Alif hidup
Nurul Ala Nurin Nupatumpa dijiwa dan raga
A.I.U.A.I.AH (Niat????)
Bisa bisa bisa menjadi lidah jadi berbisa kerana Allah Taala

Yakin bersama Allah dan izin Nya:
caranya :
1. Puasa 3 hari
2. selama puasa bacalah doa diatas semampunya disertai keinginan kita
3. pada hari ke tiga tepat pada saat matahari terbit bacalah doa tersebut sambil visualisasikan dalam pikiran kita, ” bersama terbitnya matahari maka ilmu ini akan hidup didalam hati sanubari kita) .

WIRID AL-WAQIAH : WIRID KEKAYAAN
Surah ke -56 di Al-Quran ini terletak pada juz ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah karena diambil dari kata Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surat ini, yang artinya kiamat. Surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Muhammad Rasulullah SAW bersabda: (1). “Siapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (2) “Siapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.), (3). “Ajarkanlah surat Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Karena sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady), (4). “Barang siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Surat Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

MANFAAT WIRID AL WAQI’AH:
1. Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah rezekinya mengalir terus dari berbagai penjuru.

2. Berpuasa selama seminggu dimulai pada hari Jumaat. Setiap selesai sholat fardhu bacalah Surat Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali hingga sampai malam Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat berikutnya, selepas sholat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas sholat Isya’ bacalah surah ini 125 kali diikuti dengan sholawat Nabi 1000 kali. Setelah selesai amalan, hendaklah memperbanyakkan sedekah. Kemudian jadikan surah ini amalan rutin pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah rezeki akan mengalir seperti air bah.

3. Berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumat berakhir pada hari Kamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala heiwan, hanya makan sayur-sayuran saja. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah sholat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya. Pada malam Jumat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian shlawat 1000 kali. Insya’Allah tidak akan mengalami kemiskinan seumur hidup.

4. Bila orang membiasakan membaca surat ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan. Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali segala hajat yang berkaitan dengan rezeki akan terkabul.

5. Surat ini jika dibaca di sisi orang yang sedang sekaratul maut, insyaAllah akan mempermudah roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang sakit, diringankan sakitnya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah.

6. Jika membaca surat ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas sholat Isya’. Insya Allah dalam waktu setahun ia akan di jadikan seorang hartawan yang dermawan.

ASMA SURYANI
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.
WAMANGKANA WAINNAHU …. KAUSI
WAMA KANA ROSULIHI…. TINTUSI

Pagar atau pendinding rumah.Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

  • Ini tembok Nabi Sulaiman
  • Dalamnya laut luarnya kota
  • Kalau kamu pecah kota ini
  • Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.


yasin1to9.jpg
Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.


ILMU TONGKAT MUSA:
Doa Karomahnya:
Bismillahirrahmannirrahim.
Allahuma sholli wassalim’alaa sayyidinaa
Muhammad wa’alaa aalihii washobbihii wasallim.
Bikhofiyyi luthfillaah,
Bi lathiifi shun’illaah,
Bijamiili sitrillah,
Bibadii’I afwillaah,
Bisarii’I karomilaah.
Bi ighoosati juudillah,
Bi alfi alfi alfi laa hawla walaa quwata illaa billah.
Dakholtu fii kanafiilaah watamassaktu bikitaabillaah
Watasyaffa’tu birosuulillaahi shollalloohu’ alaihi wa
Aalihii wasallam bilaahawla walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim.
Biyaahin yaahin ahiilin ahiilin ahyaasin ahyaasin.

Caranya:
- Baca Dua kalimat Syahadat, Shalawat dan Surat Al-Fatihah, ilmu inipun menggunakan kekuatan Doa Karomah yang harus diamalkan. Baca amalannya semampu dan seiklasnya.
- Bulat kan hati dan keinginan.

PENDERAS/CEPAT
Bismillah hilul Ula
Wakod Kho Hamala Zulma
Tho..,Sin..

Dibaca sebelum mula bersilat
Pada 13,14 dan 15 hb Melayu

DOA LAKSAMANA (CINTA GERAK)
Hei makhluk yang sejati
Meliputikan aku sekelian dijadikan Allah
Tundukkan kepada aku
Kasih sayang kepada ku
Jika gerak hati,hati engkau lurus
Jika gerak mata,mata engkau buta
Jika gerak tangan,tangan engkau patah
Hei gerak aku tau asal mu gerak
Mula mu menjadi pada Di Wadi Mani Manikam
Kasih sayang lah mu pada ku
Dengan berkat kata La Ilaha Illa Allah Muhammadur Rasullullah
Hilang lah lenyaplah aku dalam cahaya An-Nahaz
Yang meliputi segala zat dimana sifat
Segala sifat dimana zat
Zat Allah sifat Allah
Nasrominallah Wafathom Korib
Wabashiril mukminin
Iza-A-Khozam

AYAT GAYUNGAN 9
Ba Ama
Ba Sama
Ba Kama
Ba Wama
Ma Kama
Da Lama
Kahara
Zahara
Naghora

Ada juga membawa dengan kaedah lain :


















BISA TANGAN
Kullunafsin Za Ikatulmaut
Saki pis Raja Nanu
Sertas Baginda Ali
Putuslah hati pengarang jantung
Aku tikam serta Allah
HuAllah
Hei Malikul Maut
Ambillah Roh Si Anu
Tak ajal mati
Ajal mati
Hu Haq

ILMU PEMIKAT/PENGASIH
Ilmu Pengasih adalah suatu ilmu untuk menakluk atau menudukkan hatinya seseorang. Dengan ilmu ini insya Allah wanita yang susah,sombong, egois dan keras hati boleh ditakluki. Dengan ilmu ini wanita yang susah akan ditakluki dengan mudah .

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمْ Ö يَآاَيُّهَا الَّذِيْنَ آَمَنُوْا لاَتَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ اَذَوْا مُوْسَى فَبَرَّاَهُ اللهُ مِمَّا قاَلُوْا، وَكَانَ عِنْدَ اللهِ وَجِيْهاً Ö وَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّىْ Ö يُحِبُّوْنَهُمْ كَحُبِّ اللهِ Ö وَالْكاَظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِ، وَاللهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ Ö اَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَاَحْيَيْناَهُ وَجَعَلْناَلَهُ نُوْرًا يَمْشِىْ بِهِ فِى النَّاسِ كَمَنْ مَثَلَهُ فِى الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا، كَذَالِكَ زُيِّنَ Ö فَلَمَّا رَاَيْنَاهُ اَكْبَرْنَاهُ وَقَطَّعْنَ اَيْدِيَهُنَّ، وَقُلْنَ حَاشَ ِللهِ مَا هَذَا بَشَرًا، اِنْ هَذَا اِلاَّ مَلَكٌ كَرِيْمٌ Ö وَقُلِ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيْكٌ فِى الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا.

BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. YAA AYYUHAL LADZIINA AAMANUU LAATAKUUNUU KALLADZIINA AADZAU MUUSAA FABARRO AHULLAAHU MIMMAA QOOLUU. WAKAANA ‘INDALLAAHI WAJIIHAA. WA ALQAITU ‘ALAIKA MAHABBATAN MINNII. YUHIBBUUNAHUM KAHUBBILLAAH. WAKAA DHIMIINAL GHOEDHO WAL ‘AFIINA ‘ANINNAASI. WALLAAHU YUHIBBUL MUHSINIINA. AWAMAN KAANA MAITAAN FA AHYAINAAHU WA JA’ALNAA LAHUU NUURON YAMSYII BIHII FINNAASI KAMAN MATSALUHUU FIDH-DHULUMAATI LAISA BIKHOORIJIN MINHAA. KADZAALIKA ZUYYINA. FALAMMAA ROAINAHUU AKBAR NAHUU WAQOTH-THO’NA AIDIYAHUNNA. WAQULNA HAASYAA LILLAAHI MAA HAADZAA BASYARON. INHADZAA ILLAA MALAKUN KARIIMUN. WAQULIL HAMDU LILLAAHIL LADZII LAM YATTAKHIDZ WALADAN WALAM YAKUN LAHUU SYARIIKUN FIL MULKI WALAM YAKUN LAHUU WALIYYUN MINADZ-DZULLI WAKABBIRHU TAKBIIRON.

Ertinya : Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ( QS : Al Fatihah : 1 ) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang mengikuti Musa, maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah ( QS : Al Ahzab : 69 ). Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang daripada Ku ( QS : Thaahaa : 39 ). Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah ( QS : Al Baqarah : 165 ). Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan ( QS : Ali ‘Imron : 134 ). Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan ( QS : Al An’aam : 122 ). Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada keelokan rupanya, dan mereka melukai jari tangannya. Dan berkata : “ Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia, sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang Mulia “ ( QS : Yusuf : 31 ). Dan katakanlah : “ Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak mempunyai penolong untuk menjaga-Nya dan kehinaan dan agungkanlah Dia dengan penjagaan yang sebesar-besarnya ( QS : Al Israa’ : 111 ).

Caranya : selama 41 hari setelah selesai solat lima waktu amalan Ilmu Pengasih dibaca sebanyak 7 x. Dan pada malam harinya amalan Ilmu Pengasih ini dibaca sebanyak 11 x, tapi sebelum dibaca amalannya, bacalah terlebih dahulu :
- Istigfar sebanyak 7 x.
- Surat An Naas sebanyak 7 x.
- Shahadah sebanyak 7 x.
- Sholawat Nabi sebanyak 7 x.
لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم
- Laa haula walaa quwwata illaabillaaahil ‘aliyyil adziim sebanyak 7 x.

Kalau sudah mencapai 41 hari, kalau mau dicuba atau mempergunakan amalan Ilmu Pengasih ini, caranya baca dahulu amalan Ilmu Pengasih sebanyak 3 x, kemudian sebutkan nama gadis yang dituju serta minta pada Allah agar ditundukkan. Awas!!! kalau sudah tertunduk,mesti kawin!

ANAK YANG TAAT DAN JUJUR :
Doanya seperti berikut:

ALLAHUMMAJ’ALNI MAHBUUBAN FII QULUUUBIL MU’MINIINA WAL MU’MINAATI WAL MUSLIMIINA WAL MUSLIMAATI. FABASYSYIRNII WABALLIGHNI WABILGHAINA ILAA MI-ATIN WA’ISYRIINA SANATAN. FALLAAHU KHAYRUN HAAFIZHAA WAHUWA ARHAMUR-RAAHIMIIN.

(Ya Allah jadikan aku orang yang dicintai di hati orang-orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan dan orang-orang Islam, baik laki-laki maupun perempuan. Maka berilah aku kebahagiaan dan berilah aku kekayaan hingga usia seratus dua puluh tahun. Allah adalah yang terbaik sebagai Pemelihara dan Dia adalah yang paling mengasihi dari para pengasih). Tiupkan ke telapak tangan kita.Selanjutnya,saat anak tertidur,usapkan tangan kanan kita ke dahinya.

ANAK RAJIN DAN PANDAI BELAJAR
Amalan agar anak cergas dan rajin belajar seperti berikut:

Puasa tiga hari mulai Selasa, Rabu, Khamis. Pada hari terakhir malam harinya, Khamis malam tidak tidur hingga pagi dan tidak boleh berbuka sampai matahari terbit. Makanan berbuka hanya air putih dan nasi putih tanpa lauk. Selama puasa selesai solat wajib baca doa di bawah ini 3 x dan waktu tengah malam 27 x. Doanya sebagai berikut:

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM, ALLAHUMMAFTAH ALAYYA FUTUUHAL AARIFFIN BIHIKMATIKA, WANSYUR ALAYLA RAHMATAKA YA DZAL JALAALI WAL IKRAM.

Sehabis puasa, baca doa ini setiap selesai melakukan solat wajib semampunya. Selain itu, hendaknya ditanamkan kata semangat dan motivasi positif sebelum tidur, saat otak si anak memasuki GELOMBANG ALPHA. Misalnya dikisahkan cerita dongeng yang mendidik, diberi penjelasan kalau dirinya (diri anak kita tsb) sebenarnya anak pintar, cergas, rajin etc hingga anak tertidur.Penanaman kata semangat dan motivasi ini dilakukan setiap masa, KETIKA AKAN TIDUR KETIKA ANAK MENGANTUK HINGGA SAMPAI DIA TERTIDUR. Insya Allah, anak kita akan menjadi anak yang cergas dan berguna untuk sesama manusia, bangsa,negara dan alam semesta.

MEMOHON ZURIAT
Nabi Zakaria as adalah salah satu nabi. Beliau menyerukan tauhid, penyembahan Allah swt, kesucian dan kebenaran sepanjang umur dan memberikan hidayat kepada umat ke jalan yang lurus. Ketika sampai pada usia lanjut, beliau berpikir akan segera dijemput oleh kematian maka beliau tenggelam dalam kesedihan.

Alasan kedukaan dan kesedihan nabi Zakaria as adalah karena beliau tidak memiliki putera dan di antara orang-orang terdekat beliau tidak terdapat seseorang yang akan melanjutkan jalannya. Oleh karena itulah beliau as sangat bersedih karena obor hidayat yang sejak dahulu menyala di dalam keluarganya dan turun menurun dari ayah-ayahnya akan padam.

Usia lanjut dan kemandulan sang isteri tidak menghalanginya berputus asa dari rahmat dan kasih Ilahi. Beliau as menyatakan permohonan dan harapannya ini kepada Allah swt dalam berbagai kesempatan yang disebutkan di dalam al-Qur’an sebanyak tiga kali:

a) Hannah, isteri Imran ketika hamil bernadzar bila melahirkan anak akan dikhidmatkan untuk Baitul Maqdis. Ketika lahir seorang anak perempuan ia berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan –meskipun aku berharap ia adalah laki-laki-. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada setan yang terkutuk”.

Allah swt pun menerima nazarnya. Nabi Zakaria as yang adalah suami bibi Maryam dan pembesar Baitul Maqdis memegang hak pengasuhan Maryam dan membesarkannya. Beliau as membangunkan sebuah mihrab untuknya di dalam masjid sehingga Maryam dapat beribadah di dalamnya. Nabi Zakaria as setiap kali masuk mihrab untuk mengunjungi Maryam menyaksikan di sisi Maryam terdapat makanan segar dan buah-buahan yang bukan musimnya, beliau as bertanya kepada Maryam: “Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?

Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”.

Ketika itulah, ibadah, spiritual dan kesempurnaan-kesempurnaan Maryam menggoncang nabi Zakaria as dan beliau berkata dalam diri: “Alangkah indahnya bila aku memiliki keturunan seperti ini”. Dan tanpa menunggu lebih lama beliau as mengangkat tangan berdoa dan berkata:

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.[1]

Kemudian ketika beliau as sedang shalat di Mihrab, malaikat Ilahi memberikan berita gembira kepadanya bahwa Allah swt akan menganugerahkan kepadamu seorang putera bernama Yahya yang akan menjadi besar, suci dan nabi.

Dengan tidak percaya Nabi Zakaria as berkata: “Ya Tuhanku, bagaimana aku bisa mendapat anak sedang aku telah sangat tua dan istriku pun seorang yang mandul?!”

Dijawab: “Demikianlah, Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya”.

b) Disebutkan di dalam permulaan surat Maryam: Ingatlah rahmat Allah swt kepada nabi Zakaria as, tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara perlahan dan mengatakan:

Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang istriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putra, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridai”.[2]

Terdengar seruan dari sisi Tuhan: “Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan namanya”.

Nabi Zakaria as menjawab: “Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal istriku adalah seorang yang mandul?”

Dijawab: “Demikianlah, hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali”.

Allah swt menganugerahkan nabi Yahya kepada nabi Zakaria dengan membawa kitab dan hikmah.

c) Pada surat al-Anbiya’ [21], dalam rangka menyebutkan kisah para nabi as dan menyinggung kehidupan dan penghambaan mereka, ketika sampai pada nabi Zakaria as Allah swt berfirman: “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya:

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik”.[3]

Maka Allah swt berfirman: “Maka Kami mengabulkan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan istrinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami”.
Beberapa Riwayat

Almarhum Kulaini mengisahkan dari Harits Nashri bahwa ia berkata: Aku mengatakan kepada Imam Shadiq as: Keluargaku seluruhnya telah tiada dan aku pun tidak memiliki putera. (Maksudnya ajarkanlah kepadaku suatu doa sehingga dengan berkahnya aku memperoleh keturunan).
Imam Shadiq as berkata: Ucapkanlah dalam sujudmu:
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”[4] “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik”.

Rujukan :
[1] QS. Ali ‘Imran [3]: 38.
[2] QS. Maryam [19]: 4 – 6.
[3] QS. Al-Anbiya’ [21]: 89.
[4] QS. Ali ‘Imran [3]: 38.

MELUNAS HUTANG
Untuk segera melunasi hutang yang bertambah, biasakan sesudah sholat Isya membaca:
Surat Al fatihan 300 X dilanjutkan dengan membaca LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL AZHIIM (41 x).

Dengan izin Allah SWT, rezeki akan datang dan hutang akan dilunasi

MINYAK PENGASIH SERI YUSUF
Cara membuat minyak pengasih ini ialah seperti berikut :
1)- sediakan minyak wangi sebotol/ minyak kelapa pun boleh
2)- satu jarum jahit
3)- benang warna merah( warna merah merupakan warna kasih sayang)
4)- lilit jarum jahit tadi dengan benang merah sehingga hampir seluruh jarum jahit tadi di lilit dengan benang merah.
5)-masukkan jarum yg sudah dililit dengan benang tadi ke dalam minyak wangi
6)- kemudian baca pada bahan tadi bismillahirrahmanirrahim 84 kali, selawat 84 kali, ayat empat surah yusuf ( idz qoola yusuf…seperti dibawah) 84 kali, ya wadud 5000 kali












Cara penggunaannya cukup di calit sedikit di antara dua alis mata.. lakukan setiap hari. Lebih afdal kalau setiap hari di baca Bismillahirrahmanirrahim 84 kali sebelum memakainya.

Jangan sesekali menjual minyak pengasih ini, tp mintalah sekadar ikhlas sahaja dari org yg meminta pertolongan dari kita. Pernikahan adalah jalan menjauhi zina. Pernikahan adalah niat dan matlamat nya.

MENTERA PENGASIH MELAYU
Mata mu mata ku
Mata putih mata hitam
Aku nak menikah dengan mata mu
Awal tatkala akhir

(Dibaca sambil mata ditenung)

MENGAMBIL SEMANGAT
Hei Si Anu aku nak mengambil makanan dari kandungan ibu mu
Bis-Is-Mu nama mu

Mesti dipulangkan kembali semangat :
Aku pulangkan balik kandungan ibu mu
Bi-His-Mu nama mu

PENGGERUN
Allah hu
Mu-abillah hu
Nazirullah hu
Shahidi Ya Shahidallah hu
Innahu La IlaHailla Huwa


MERAWAT MATI PUCUK










Tulis rajah diatas dipiring putih dengan dakwat merah, kemudian air nya diminum setiap hari selama 7 hari berturut.

KUAT PENYAWA
Pa-iza batostum, batostum Jabbar
(Kepal kan nasi tak berkuah- 3 kepal)

Ya Qohhar Lailahaillallahuwal hidul Qohhar
(waktu menyuap nasi)

Ya Malikul Jabbar (2X)
(Urut tarik dengan jari telunjuk daripada dubur ke pangkal kerandut. Selepas itu hendak lah di gheheng (bahasa trengganu/kelantan) 3X)

Ya Qohhar Lailahaillallahuwal hidul Qohhar
Baca khalimah berbunyi
TAK Ya Qohhar Ya Jabbar
(jari telunjuk digerakkan kelidah)

Setelah hujung jari telunjuk basah, alihkan jari ini ke bahagian kepala zakar dengan bacaan TIK, TAK MATI LIDAH AKU, TAK MATI ZAKAR AKU.


Bersambung
(akan dikemaskinikan)

RATIB AL-AYDRUS

AL IMAM HABIB ABDULLAH ALAYDRUS BIN ABUBAKAR ASSAKRAN BIN ABD RAHMAN ASSAGGAF( SHOHIBUL RAATIB ALAYDRUS)

Beliau adalah penyusun Raatib al-Aydrus yang sering dibaca dibeberapa majlis ta’lim, marga beliau bergelar Alaydrus yang artinya ketua orang-orang tasauf, lahir di tarim pada tanggal 10 zulhijah tahun 811H ayah beliau bernama habib Abu Bakar as-Syakran ibunya bernama Mariam dari seorang zuhud bernama Syekh Ahmad bin Muhamad Barusyaid.

Imam Habib Abdulloh al-Aydrus Akbar seorang wali qutub( imamnya para wali) dan seorang ahli sufi .Sejak kecil beliau gemar sekali membaca karya-karya ulama termasyhur seperti kitab Ihya Ulumudin karangan Imam Gozhali hingga beliau hampir menghafal karena seringnya membacanya. Namun beliau selalu tawadhu’ beliau selalu duduk diatas tanah dan senantiasa sujud ditanah sebagai rasa bahwa diri nya tidak ada apa-apanya di hadapan Allah SWT, kerap kali beliau mengangkat sendiri barang-barang keperluannya dan tidak memperkenankan orang lain untuk membantu membawanya. Beliau selalu berjalan ketempat-tempat yang jauh untuk ta’lim kepada seorang ulama jika merasa haus beliu meminum air hujan .Menurut cerita Imam Habib Abdullah Alaydrus AlAkbar selalu menjalankan puasa-puasa sunah selama dua tahun dan berbuka hanya dengan 2 butir kurma. Kecuali pada malam-malam tertentu diamana ibunya datang membawakan makanan kepada beliau. Lantas beliau memakannya sebagai penghormatan kepada ibunya. Beliu melakukan puasa tersebut untuk mengekang Hawa nafsunya, karena dari sumber makanan , perut terlalu kenyang bisa menyebabkan orang malas untuk beribadah dan selalu menuruti hawa nafsunya.

Beliau berguru kepada Ulama-ulama besar seperti ;
-Syekh Muhammad bin Umar Ba’alawi
-Syekh Sa’ad bin Ubaidillah bin Abi Ubei
-Syekh Abdulloh Bagasyin
-Syekh Abdulloh Bin Muhammad Bin Amar
-Al Iman Syekh Umar Muhdhor

Beliau menikah dengan anak gurunya Al Imam Habib Umar Muhdor yang bernama Syarifah Aisyah kerana Habib Umar Muhdor mendapat isyarat dari Para Pendahulunya untuk menikahkan anaknya dengan Habib Abdulloh bin abubakar alaydrus. dan Beliau dianugerahkan lapan anak, empat putra dan empat putri.

Beberapa Ulama memuji Al iman Habib Abdulloh Alaydrus Akbar didalam karangannya diantaranya Al Yafie dalam kitab Uqbal Barahim al musyarokah , muridnya Al imam Habib Umar bin abdurrahman Ba’alawi dalam kitabnya Al Hamrah mereka menceritakan tentang manaqib ,kewalian dan karomah-karomah beliau yang terjadi sebelum dan sesudah beliu dilahirkan.

Sebagian para awliya bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAWW dan memuji Al Imam Habib abdulloh Alaydrus Akbar dengan sanadnya ” ini anakku…ini ahli warisku…..ini darah dagingku…..ini rahasiaku…..ini ahli waris sunnahku….orang-orang besar akan mempelajari ilmu tharekat darinya”. Diantara yang mengambil dan belajar tharekat dari beliau adalah Habib Ali bin Abu Bakar Asyakran, Habib Umar Ba’alawi,dll.

Al imam Habib Abdullah Alaydrus Akbar menghembuskan nafas yang terakhirnya pada tanggal 12 ramadhan tahun 865 H dalam usia 54 tahun dan dimaqamkan di Kota Tarim Hadromaut Yaman.

Karya Beliau selain penyusun Ratib Alaydrus adalah kitab AlKibritul Ahmar dan syarahnya dalam bentuk Syair .

Ratib Al-Aydrus:







Friday, June 25, 2010

GAYUNG SYED HAMID

Dikenali juga Silat Habib Hamid.Seorang Sayyid yang bernama Syed Abdul Rahman Bin Alwi AlHaddad yang berketurunan dari Hadramaut,Yaman telah datang ke negeri Terengganu. Sebenar nya keluarga tersebut telah berada di Trengganu bermula dari ayahanda nya Syed Alwi Al-Haddad lagi. Beliau telah pergi bertapa/berkhalwat untuk mendekatkan diri dengan Allah di sebuah bukit yg bernama Bukit Bucu. Beliau juga digelar Habib Bucu. Pernah juga tinggal disekitar Kampung Tanjung. Dipercayai ilham 'permainan' silat diperolehi semasa beliau bertapa di bukit Bucu yang terletak di Batu Rakit,Terengganu. Begitu rendah diri nya Habib Bucu iaitu seorang yang 'hebat' yang selalu menolak kemegahan dan pernah menarik diri dari jawatan Penghulu begitu lah juga Gayuman ini. Rendah diri bukan bererti hilang bisa nya. Permainan ini kemudian diperturunkan oleh nya kepada adik beliau iaitu Syed Abdul Hamid atau dikenali juga Habib hamid.Bermula disini permainan ini dikenali Gayung Syed Hamid atau Silat Habib Hamid. Istilah silat & gayong sebenarnya berbeza, cuma di terengganu istilah itu seakan sama maksudnya.



***Habib Bucu merupakan salah seorang antara guru-guru Sultan Zainal Abidin III. Juga pernah menyertai rombongan kerajaan Trengganu yang diketuai Dato' Balai Salim Bin Umat juga disertai moyang aku Ibrahim Bin Umat .

                                                     Dato' Balai Salim Bin Umat

 Di Bangkok Habib Bucu dikatakan berjaya mengubati penyakit Raja Thai. Teringat kata arwah Bak, Habib Bucu dan Tokki Che Heng (Ibrahim Bin Umat) amat rapat.***

Menjadi persoalan kepada aku, kenapa Habib Bucu dan adik nya Ayahku Syed Hamid Al-Haddad kurang dikenali. Nama Tokku Syed Sagar Al-Idrus, bagi aku lebih dikenali? Mungkin jawatan Hulubalang Negeri mungkin menjadikan pemilik nya lebih dikenali. Bagaimana pun bonda Syed Sagar iaitu Wan Ngah dan isteri Habib Bucu iaitu Wan Chik mempunyai hubungan kekeluargaan yang agak rapat. Diceritakan pernah ada sudi antara Syed Sagar dan Syed Hamid dan sudi itu berpihak kepada Syed Hamid. Ada 2 versi cerita. Biarkan ditulis saja versi yang lebih 'lembut'... Semasa Syed Hamid bermain dgn Syed Sagar, beliau ada mengatakan bahawa, "Dlm banyak2, aku tidak pernah jumpa org secepat Syed Sagar tetapi kaki aku sempat juga mengena perutnya." (Aboh pernah juga belajar dengan ayah tiri nya Cikgu Jaafar bin Ali (Daik) yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tuan Hadi melalui ikatan perkahwinan adik perempuannya dengan tokku syed sagar. Dikatakan almarhum Tuan Hadi membawa gayoman Syed Sagar).
Tidak mungkin sifat rendah diri menenggelam kan nama-nama hebat seperti mereka adik beradik. Atau mungkin mereka adalah dari marga Al-Haddad bukan dari marga Al-Idrus?.... Ada pendapat dari setengah sejarawan, mengapa sebahagian besar keluarga Bin Yahya (Tokku Syed Yasin Bin Yahya ,di Trengganu lebih dikenali Al-Yahya, makam nya di Bukit Maziah) keluar dari Terengganu berhijrah ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Johor adalah kerana merajuk kerana Pihak Istana ketika itu sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga Al-Idrus. Betul kah dengan andaian tersebut?

Pada asas gerak melangkah, permainan ini bermain dalam bulat di mana dalam latihan 2 pesilat akan berdiri berhadapan dan melangkah dalam bentuk bulatan.Mata ke mata bertentang. Sambil membuka langkah menanti dan menjual rusuk. Gayung ini mengamalkan langkahan melangkah atau cabut langkah. Dalam latihan banyak menggunakan tendangan atau gantung kaki untuk mengimbangkan badan dengan sebelah kaki. Kelek kiri dan kanan . Kedudukan dan berjalan dalam bulat dalam permainan ini sebenarnya ada banyak rahsia yang tersembunyi.Keseluruhan anggota tubuh perlu berkedudukan betul dimana ada 'kemudinya' , 'mata anginnya', 'dimana pemberatnya' dimana ada 'tegaknya', dimana ada 'katupnya', dimana ada 'kelek'nya, dimana ada 'setoknya' (sentak), dan seterusnya kesemua digabungkan serta 'dipasang' dalam melangkah dalam bulatan. Asas melangkah dalam bulatan ini adalah untuk tujuan menghidupkan setiap anggota tubuh serta kedudukan dengan lawan. Bulat hanya dalam latihan. Bila bulat sudah hidup, maka dalam pertempuran tiada lagi bulat kelihatan tetapi gerak asas dalam bulatan tetap ada walau hanya ketebalan tubuh dimata. Asas tumbukan pula ialah tumbukan biasa dan 'cebok'. Asas buang pula ialah 'buang siku' dan 'buang selok'. Buang hanya pada asasnya atau hanya pada namanya sahaja kerana buang permainan ini sebenarnya 'makan' dan tidak keterlaluan jika saya katakan disini permainan ini 'tiada buang'. Asas sepakan pula terbahagi dua iaitu catukan dan spelek (side kick).

Dlm Gayong Syed Hamid dalam aliran Tok Lebai Awang , ada 5 peringkat iaitu:
1. Tari
Pd peringkat ini kita diajar bergerak atau berlangkah dlm bulatan dgn tangan berbentuk seni tari. Kita diajar mengikut gerak laku lawan dgn menjaga mata dan kedudukan berumah kita yang ditutup. Tepuk biasa digunakan utk menunjukkan kesamaan gerak. Jika tidak sama, maka tepuk akan berbunyi dua kali berturut-turut. Ini bermakna kena. Tikam kanan, kiri, belah, paras,simbur, tikam kiri pusing dan diulang oleh pasangan kita sehinggalah tikam kanan sudah jg dibuat dlm bentuk seni iaitu tiada buah diaplikasikan.
2. Tumbuk ( serang )
Dalam peringkat ini serangan akan dibuat. Serangan yg diajar ialah tumbuk,kuda, senggeng, paras, belah, simbur. Apbila serangan dibuat, maka matilah tari. Tangan yg berseni tadi akan ditukar kepada bentuk tangkisan, baik tangkisan tangan atau tangkisan kaki. Serangan balas akan dibuat pula setelah buangan dibuat. Pd masa ini juga diajar cara bergelek dan bertapak semasa menyerang dan menangkis serangan lawan.
3. Gerak
Peringkat ini adalah rahsia bermula apabila biasanya mrk akan diperlimaukan untuk mendapatkan petua gerak dan buah2nya. Pd masa ini biasanya kita akan pintas gerak lawan atau bunuh gerak lawan dgn menggunakan buah2 yg diajar semasa perlimau. Pada pasa ini adalah gerak sampai. Iaitu semasa lawan mula bergerak, kita sudah sampai di rumahnya sambil memusnahkannya. Tanpa petua gerak mustahil dpt melakukannya. Tiada lg sekop ( setok ). Tiada lg buah dahulu baru makan. Semuanya segerak.
4. Kilat
Pd peringkat ini, adalah cara membunuh gerak td. Ini adalah lapis gerak. Gerak di atas gerak.Peringkat ini adalah rahsia. Pd peringkat ini juga diajar kemahiran mengenal kesumbangan lawan. Sumbang bermakna ada ruang. Ruang bermakna kena. Walaupun lawan tahui menutup kedudukannya tetapi tanpa disedari, kita sudah ada di hadapan mrk.Inilah rahsianya.
5. Kilat atas kilat
Peringkat ini adalah rahsia atas rahsia. Pd masa ini, kita tidak boleh bergerak pun semua dimatikan. Tiada kecedaraan tp tak bisa buat apa2. Hanya menyerah diri sahaja. Maka hendaklah kita menghormatinya dan memuliakannya sebagai GURU. Pd peringkat ini, 10 menjadi 5 sahaja. Byk rahsia dlm rahsia akan diketahui. Amalan2 syarat dalam juga akan dikuasai. Petua mengenal tubuh, nafas, hari dan sbgnya akan diketahui. Tp setakat ini tidak ramai yg boleh menerimanya. Yg saya tahu, Tok Bilal Awang dan beberapa murid HH yg mengetahuinya.Rahsia mestilah ditutup krn jika dibuka, bukan lagi rahsia dan hilanglah keampuhannya.

Tapak 3 digunakan dalam permainan Gayung Syed Hamid. Tapak 3 ialah ibu segala tapak.Gayungan ini bukan sejenis silat Tari tapi Silat Tempur. Sesiapa yang bukan ahli akan menganggap nya sebagai Silat Tari bila melihatnya. Ada yang memanggil nya Gayung Pukul. Secara tradisi nya, gayung ini diajar secara tertutup dan tidak boleh dilihat selain ahli nya.

Ada permainan yang ada langkah sembah dan bunga , pecahan ini diajar oleh Lebai Awang (kemana pergi nya langkah sembah dan bunga permainan ini didalam aliran Ayoh Su Mezah??). Pecahan ini juga dipanggil Main sebelah. Satu pecahan lagi adalah dari susur galur Allahyarham Ayoh Su Mezoh (Hamzah),juga dipanggil main dua belah. Permainan anak saudara Syed Hamid,Syed Omar di Seberang Marang sama dan mirip dengan gaya permainan Ayoh Su Mezoh. Ramai saudara-mara Ayohku Syed Hamid berada di Kemaman,Baluk dan Kuantan.


***Ada pendapat,tapak dalam silat melayu adalah manifestasi daripada khalimah toyyibah iaitu penggunaan huruf Lam,Alif dan Ha'. Lam dan Alif bergabung menjadi Lamalif. Huruf Ha' pula bermakna keputusan atau buah samada kuncian atau pukulan. Apabila senjata keris digunakan,maka sempurnalah manifestasi Khalimah Allah kerana keris berbentuk Alif.(Banyak rahsia diri bila memahami nya).

***Senarai adik beradik Habib Bucu (Syed Abd Rahman) : Syed Ali, Syed Muhammad, Syed Abd Hamid, Tok Nong, Tok Yek, Sh Masturah dan Syed Zain.

***Anak-anak Habib Bucu : Syed Husin dan Syed Omar. Almarhum Syed Husin pernah membuka gelanggang di Duyung dan Ayoh Su Mezoh pernah menjadi juru kake disitu.

*** Abang Habib Bucu iaitu Syed Muhammad yang di kenali Tok Haddad, meninggal dunia di atas kapal ke Mekah. Ketika jenazah nya dihanyut kan ke laut, jenazah tersebut di'sambut' oleh sekumpulan ikan.

*** Makam Habib Bucu berada di Tanah Perkuburan Shiekh Ibrahim, di Ladang, Kuala Terengganu.

***Almarhum Ayahku Syed Hamid tiada punyai zuriat.

***Makam Ayahku Syed Hamid berada di Kg Marhum, Pekan, Pahang.

***Ayohsu Mezoh adalah murid yang mengikut guru nya berpindah dari tempat ke satu tempat, beliau lah yang membina pondok untuk penginapan Ayohku Syed Hamid di tempat-tempat yang di singgah untuk mengajar.. Diketahui, orang yang berasal dari kampung Penarik, Besut memang mahir bertukang rumah.

***Ada seorang anak murid kesayangan Ayohsu Mezoh yang tinggal di Petai Bubu, Manir, Trengganu yang mewarisi hampir keseluruhan 'permainan' Ayohsu Mezoh juga salah seorang antara dua orang sahaja yang mewarisi tarian dan langkah sembah gayong Syed Hamid aliran Ayohsu Mezoh, tarian ini dikatakan tersangat seni dan begitu susah untuk dipelajari. Telah berehat membuka gelanggang. Siapa yang berminat cari lah 'permata' ini .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Rujuk ke posting 'Tokki Che Heng' kerana saling berkaitan)



Thursday, June 24, 2010

CIKGU JANTAN ANAK BAHAMAN


Mat Lela (meninggal pada usia 137 thn pada 1998) dan Mat Husin (Cikgu Jantan) berkain.

Pada 1837, Tuanku Imam Noh iaitu Orang Besar Bengkinang,Kampar Kanan,Sumatera telah membawa diri ke Tanah Melayu kerana konflik dengan beberapa Orang Besar disitu.Tuanku Imam Noh menuju ke Pahang melalui Linggi,Pedas,Kuala Pilah,Sri Menanti dan Jelebu hingga ke Sungai Semantan. Di Kampung Rantau Panjang, Tuanku Imam Noh diperkenalkan kepada Tok Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Diberikan anak nya Rokiah sebagai isteri Tuanku Imam Noh kerana berkenan dengan tingkahlaku. Tok Setia adalah anak Monjok,Orang Besar Bugis dari Selebes yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana tekanan Belanda.

Isteri Tuanku Imam Noh, Rokiah atau lebih dikenali Tok Rik telah didatangi mimpi yang memberi alamat anak nya Bahaman adalah bertuah dan perlu diserahkan kepada Sultan.

Datuk Bahaman
Ketika berusia 9 tahun, Bahaman diserahkan kepada Bendahari Ali (1806-1847) untuk tinggal di istana. Bahaman bersahabat karib dengan Putera Sultan, Wan Ahmad yang dua tahun lebih tua. Melihat kedua-dua begitu akrab, Bendahara Ali telah meludah dalam mulut Wan Ahmad dan memerintah nya supaya jangan bercerai dengan Bahaman. Bendahara Ali menghantar Bahaman mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Bahaman bertapa di Bukit Bongkok,Hulu Teris,Jambu Rias,Bukit Hulu Sungai Jeralis dan Semantan untuk menuntut ilmu Pendekar. Cerita lisan turun temurun yang masyhur tentang Bahaman ialah beliau dapat mengerat keting gajah.

Bahaman dijodohkan oleh Wan Ahmad dengan Cik Mukut,anak Cina Taicu yang menjadi anak angkat Bendahara Ali. Bersama Cik Mukut beliau mendapat 4 orang anak, Tok Muda Idrus, Tok Muda Mat Lela, Siti Hajar dan Matebah. Bersama isteri ke 2, Cik Nik,ada 4 anak,Yang Saadiah,Muhammad,Teh dan Awang Ahmad. Dengan isteri ke 4,Cik Baiyah mendapat Bai'ah, Cik Awang Perang dan Saidah. Isteri ke 5,Yang Burdah anak Tok Setia Lela Kerdau,dikurniakan anak bernama Jantan.. Isteri ke 6, Yang Chik Aman dari Permatang Pasir,Klang iaitu hadiah daripada Tengku Kudin sebagai membalas jasa Bahaman dalam Perang Kelang.

Cikgu Jantan bersama bondanya di sembunyikan dihutan semasa perang Semantan.Semasa muda beliau pernah mudik ke Hulu Tembeling pada 1916 untuk berguru. Walaupun ilmu telah banyak didada tetapi pencarian ilmu amat dititikberatkan. Pernah menuntut Seni Silat Sendeng 2 Beradik. Silat ini bermula dari Paya Kumbuh, Minangkabau yang dikembangkan oleh 2 beradik, Guru Amat dan Guru Che Soh. Guru Amat datang ke Tanah Melayu pada 1891 dan terus menuju ke Kuala Tembeling. Silat ini di wariskan pula kepada Guru Wan Chik.Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad bersama anak nya Wan Chik dan cucu.

Cikgu Jantan membuka bangsal sendiri di Kampung Paya Jejawi,Bukit Pinang,Kerdau. Secara misteri Cikgu Jantan pernah hilang/ghaib. Ketika berita kehilangan itu tersebar, ada khabar angin mengatakan beliau telah mati dibunuh Bintang Tiga. Ada juga yang menyatakan menemui nya di Trengganu dan ada yang pernah melihat kelibat nya di bumi Pahang sendiri.


Cikgu Jantan selalu nya mengulangi kata-kata ini apabila diajukan soalan:"Dengan Nur Allah Nur Muhammad,tajalli kepada Adam maka bersifatlah Adam,Dia semulajadi dahh!". Dikatakan badan beliau keras. Ilmu nya masa sesak baru datang,kalau saja-saja nak tunjuk,tak menjadi.

Cikgu Jantan hilang/ghaib beberapa kali.Kali terakhir beliau ditemui di Kampung Durian Tawar bersama seorang lelaki tua. Apabila ditanya siapa gerangan lelaki tua itu,jawap nya lelaki tua itu orang tua Jawa. Tetapi yang sebenarnya itu adalah ayah beliau Datuk Bahaman.

Dari tranungkite :
PENDEKAR HUSSIN/CIKGU JANTAN
Tidak banyak info yang saya dapat melalui pencarian saya di internet berkenaan anak Datuk Bahaman ini. Hanya terdapat beberapa blog sahaja yang menceritakan secara jelas kisah hidup Cikgu Jantan. Bagaimana pun ia masih belum lagi dapat menjelaskan siapa Cikgu Jantan Sebenarnya. Saya masih ingat lagi, suatu ketika dahulu. Ayah saya ada membaca senaskah majalah Mastika. Dalam majalah tersebut ada menceritakan bahawa waris Datuk Bahaman ini masih hidup. Ayah saya agak terkejut, kerana menurut beliau, arwah aki (atuk) saya pernah berguru/seguru dengan Pendekar Hussin (Cikgu Jantan).

Arwah aki saya bernama Bidin. Di kampung Kilang, dekat Benom Temerloh, aki saya merupakan seorang guru silat. Saya masih ingat, ayah saya pernah mengatakan bahawa terdapat satu jurus/ilmu yang dipanggil "gores laksamana" atau "sudu laksamana" (rujuk pada tajuk Ayat dan mentera, ada ayat Gerak Laksamana didalamnya) jika tidak silap saya. Ilmu tersebut menurut ayah saya hanya dimiliki oleh pendekar-pendekar dahulu kala. Jika terkena jurus itu memang harapan untuk hidup adalah tipis (wallauahlam..)

Dibawah adalah kisah yang diambil dari dua buah blog yang dikreditkan di bawah artikel ini :
Suatu hari Cikgu Jantan mudik ke hulu bertujuan mencari bapanya yang dikatakan lari ke Negeri Siam kerana Sultan Ahmad II mengisytiharkan Datok Bahaman telah menderhaka di atas desakan penjajah British. Apabila tiba di Kuala Tembeling, Cikgu Jantan singgah untuk berehat. Pada malam itu Cikgu Jantan pergi ke sebuah bangsal silat, semasa itu Pendekar Wan Chik sedang mengajar. Setelah melihat murid Wan Chik berlatih, Cikgu Jantan tertarik dengan silat itu dan ingin belajar. Walaupun anak Datok Bahaman ini sememangnya orang berilmu dan digeruni, namun ilmu tetap dititikberatkan. Cikgu Jantan mula belajar bersilat dengan Pendekar Wan Chik pada tahun 1916. Dalam hayat Che’ Wan Chik beliau telah menurunkan segala ilmu dan kepandaiannya kepada anak muridnya. Setelah tamat berguru dengan Wan Chik, Cikgu Jantan pulang ke Semantan (Daerah Temerloh). Cikgu Jantan mula mengajar bersilat di Kampung Paya Jejawi, Bukit Pinang, Kerdau. Kemudian silat ini terus berkembang di seluruh Semantan.

Mat Hussin b. Bahaman (Cikgu Jantan):
Cikgu Hj. Ismail Ali lahir pada 1918 mula belajar bersilat dengan salah seorang murid Cikgu Jantan, Cikgu Mat Nor. Disebabkan ingin merasakan sendiri buah tangan serta sentuhan Cikgu Jantan, Cikgu Ismail pergi berguru pula dengan Cikgu Jantan pada tahun 1939 sehingga ditauliahkan untuk menjadi guru. Ketika Cikgu Ismail belajar dengan Cikgu Jantan ketika itu Pendekar Long adalah guru kaka yang membantu mengajar. Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 1946, Cikgu Jantan di datangi sekumpulan Komunis Bintang Tiga yang ingin menangkapnya. Pada masa itu Cikgu Jantan antara penentang kuat Bintang Tiga di Semantan (Temerloh), dan kehandalan Cikgu Jantan dan pengikutnya menjadi satu halangan besar kepada mereka. Apabila sampai ke kawasan yang dikatakan terletaknya rumah Cikgu Jantan, sekumpulan tentera Bintang Tiga itu hairan kerana mereka tidak melihat sebuah rumah pun di kawasan itu.

Apa yang mereka nampak hanyalah hutan tebal. Komunis Bintang Tiga pulang ke markas mereka dan mengadukan hal itu kepada ketua mereka. Mereka fikir mereka telah ditipu penduduk kampung. Keesokan hari Bintang Tiga kembali lagi ke Kampung Durian Tawar dan memeras penduduk kampung menanyakan rumah Cikgu Jantan, penduduk yang ketakutan memberitahu letaknya rumah Cikgu Jantan. Bintang Tiga kurang percaya kerana ketika mereka ke kawasan itu, mereka hanya menemui sebidang tanah lapang. Selepas beberapa kali diyakinkan penduduk, mereka pergi sekali lagi ke kawasan yang ditunjukkan itu. Gerila Bintang Tiga masih lagi gagal menemukan rumah Cikgu Jantan itu.

Kali ini mereka hanya nampak kawasan itu adalah sebuah tasik yang luas. Sekali lagi penduduk di seksa hanya untuk mengetahui rumah Cikgu Jantan. Seorang daripada penduduk memberitahu mereka harus bertemu dengan adik ipar Cikgu Jantan dahulu. Lalu mereka terus bergerak ke rumah adik ipar Cikgu Jantan dan anak saudara telah menunjukkan cara untuk ke rumah Cikgu Jantan. Apabila nampak sahaja rumah Cikgu Jantan, mereka terus memecah masuk dan mengikat anak-anak dan isteri Cikgu Jantan, akan tetapi Cikgu Jantan tiada di rumah pada masa itu kerana beliau pergi ke tebing sungai untuk berwudhu’ bagi mengimamkan keluarganya solat Maghrib.

Apabila naik ke rumah beliau melihat kesemua keluarganya telah diikat. Gerila Bintang Tiga mengugut akan membunuh seluruh keluarganya jika Cikgu Jantan tidak mahu menyerah diri. Cikgu Jantan terpaksa untuk menyerah diri, beliau diikat dan di bawa ke markas Bintang Tiga dan ditanam hidup-hidup. Pada keesokan harinya mereka hanya menemukan batang pisang tertanam di tempat Cikgu Jantan di tanam itu. Selepas dari kejadian itu Cikgu Jantan terus menghilangkan diri tanpa diketahui khabar berita. Ada yang mengatakan beliau telah mati ditembak Bintang Tiga dan ada yang mengatakan beliau melarikan diri ke Terengganu, malah ada yang mengatakan beliau masih di Pahang.

Cikgu Ismail(sila rujuk blog kredit di bawah) merasakan Cikgu Jantan masih hidup. Sekitar tahun 1980an Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri pergi mencari Cikgu Jantan di beberapa tempat yang dikatakan beliau ditemui. Cikgu Jantan ditemui di Daerah Maran ketika Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri berehat minum di sebuah gerai. Tanpa diragui lagi murid begitu kenal akan gurunya walaupun wajah Cikgu Jantan begitu berbeza berbanding ketika beliau muda, Cikgu Jantan di bawa pulang ke Kampung Raja Songsang. Beliau di sambut dengan ramai penduduk kampung.

Kenduri doa selamat dan tahlil diadakan bagi meraikan kepulangan guru yang dikatakan hilang sejak puluhan tahun itu. Dua ekor kerbau ditumbangkan bagi merayakan majlis menyambut kepulangan Cikgu Jantan dan persembahan silat dihidangkan. Dalam ramai yang hadir, ada yang ragu akan kesahihan tentang kepulangan guru tua ini. Kerana wajah guru itu begitu berbeza dengan wajah ketika beliau muda, tanpa ada sedikit iras pun. Apabila bersalaman dengan Cikgu Jantan beliau berkata kepada orang yang meraguinya “ Kalau tok cayo ko kito, buat apo mari sini”. Kata Cikgu Jantan dalam dialek Kelantan. Bagi mengesahkan samada itu adalah Cikgu Jantan, Mak Chu Tekah dan Pakwa Akob dipanggil. Mereka cukup kenal dengan Cikgu Jantan.

Apatah lagi Pakwa Akob seguru dan sebangsal dengan Cikgu Jantan. Sekilas ikan di air dah tahu jantan atau betina. Apabila Cikgu Nazri menggayakan Tari Pahang (Bunga Benang Kusut)melihat saja Cikgu Jantan, Pakwa Akob terus memeluk dan mencium Cikgu Jantan. Pakwa Akob menanggalkan baju Cikgu Jantan. Kesan parut pada badan Cikgu Jantan sewaktu mereka sama-sama bersilat dulu tidak dapat menyorokkan rahsia ini. Beliau menghilangkan diri untuk mengabdikan jiwa raga kepada Allah.

Beliau berpuasa selama empat puluh hari dan hanya berbuka dengan bertih jagung. Beliau bertahajjut, dan solat hajat meminta izin Allah mengubah raut wajahnya supaya tidak ada lagi orang boleh mengenalinya. Di sekitar rumah Cikgu Ismail ada sebatang pokok bidara, Cikgu Jantan terperasan akan pokok itu dan beliau menegur, “ Ah, ande lagi pokok bedare ni yak. Pokok ni jarang berbuah, kalau berbuah, buahnya besar” dalam dialek Daerah Temerloh. Cikgu Ismail mengiyakan kata-kata Cikgu Jantan itu dan berkata, “ Ha’ah, pokok ni lain sikit dari pokok-pokok lain”.

Sebelum tidur, Cikgu Nazri sering memicit-micit belakang badan Cikgu Jantan. Kata Cikgu Nazri “badan Cikgu Jantan keras macam guni beras”. Kalau ditanyakan soalan Cikgu Jantan sering mengulangi kata-kata ini, “Daripada Nur Allah, Nur Muhammad terjeli kepada lembaga Adam. Dia dah semula jadi dah”. Jika orang yang kurang mengaji mungkin tak faham dengan kata-kata beliau. Setelah tiga hari bersama, Cikgu Jantan hilang semula.

Kali terakhir beliau di temui di Kampung Durian Tawar bersama seorang lelaki tua. Apabila ditanya siapakah lelaki tua bersamanya itu, beliau menjawab lelaki tua itu adalah rakannya yang berbangsa Jawa. Walhal yang sebenarnya orang tua itu adalah bapanya sendiri, Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan.

Dari majalah Mastika
Seorang anak angkat Cikgu Jantan yang bernama Haji Ismail menceritakan siapa Cikgu Jantan. menurutnya Cikgu Jantan adalah anak tunggal Datuk Bahaman bersama salah seorang isterinya yang bernama Che Yang. Pada malam ketiga selepas beliau dilahirkan, barulah Datuk Bahaman balik ke rumah. "Engkau gantikan aku" kata Datuk Bahaman. Lalu dia mengunyah sirih, baca jampi dan sembur air sirih itu ke seluruh banda Cikgu Jantan. Dia cakap pada orang rumahnya, "biarkan ia kering begitu sahaja" Jangan lap. Dia pewaris aku". Selepas itu Datuk Bahaman turun pergi ke pulau semula.

Dari sendengduaberadik.blogspot.com
SILAT SENDENG DUA BERADIKPERGURUAN SENI
SEJARAH SENI SILAT SENDENG DUA BERADIK, PAHANG

Sejarah Seni Silat Sendeng Dua Beradik bermula di Kampung Paya Kumbuh, Pagar Ruyong Minangkabau, Sumatera Indonesia dimana terdapat dua orang adik beradik bernama Che’ Amat dan Che’ Soh. Apabila sudah cukup umur dewasa, mereka berhajat untuk berkelana untuk mencari ilmu persilatan. Maka mereka mula berkelana menuju ke sebuah gunung yang dikenali dengan nama Gunung Sakti untuk mencari ilmu, dengan berbekalkan secupak beras seorang. Setelah penat mendaki gunung dan merentasi hutan, mereka kepenatan dan berehat di sebuah kaki air terjun lalu terleka apabila terlihat sekuntum bunga yang mengelak dari terjahan air yang deras tanpa cacat cela sedikit pun. Dalam keasyikan mereka memikirkan hal tersebut, mereka terlena seketika.

Dalam lena itu mereka bermimpi datangnya seorang lelaki tua berjubah putih mengajarkan mereka ilmu persilatan dan meminta mereka mendirikan sebuah bangsal yang lengkap dengan dinding dan bumbungnya. Setelah terjaga dari lena, mereka bercerita tentang mimpi mereka dan menggayakan apa yang telah diajar oleh lelaki tua itu. Lalu mereka pulang ke rumah tetapi masih merasakan ilmu yang dipelajari itu belum sempurna. Kemudian mereka berkelana semula selama tiga hari membawa tiga cupak beras mereka membina sebuah bangsal yang dikatakan oleh lelaki tua itu. Setelah penat bekerja mereka terlena lagi dan di datangi lagi oleh lelaki tua yang sama mengajarkan mereka bersilat. Setelah tiga hari berada gunung yang digelarkan Gunung Sakti itu, mereka pulang semula ke kampung kerana bekalan makanan sudah habis. Che’ Amat serta Che’ Soh mentelaah semula ilmu yang diajarkan dalam mimpi mereka itu. Akan tetapi mereka merasakan ilmu yang dipelajari itu masih belum lengkap dan sempurna, lalu dua beradik itu masuk ke hutan semula untuk menambah lagi ilmu persilatannya. Kali ini mereka membawa bekal sebanyak tujuh cupak beras. Selama seminggu mereka berkelana mereka masih lagi bermimpi seorang tua mengajarkan ilmu persilatan. Mereka musykil siapakah guru tua itu dan benarkah kewujudan beliau. Mereka pulang lagi ke rumah dan berbincang tentang guru tua itu dan mentelaah semula ilmu yang dipelajari. Mereka tetap merasakan ilmu mereka masih belum cukup lalu berkelana lagi. Sepencarian mereka akhirnya bertemu juga dengan guru tua itu. Mereka begitu tekun belajar bersilat sehingga tamat tiga bulan. Mereka pulang ke kampung dengan perasaan sangat gembira dan berlatih lagi sehingga masak dengan gerak silat itu serta mengamalkan ilmu kebatinan yang dipelajari.

Berbaktilah mereka pada penduduk Kampung Paya Kumbuh dengan kepandaian mereka berdua itu. Pada suatu masa Sultan di Istana Pagar Ruyong mengadakan satu pertandingan bertujuan mencari panglima bagi Negeri Pagar Ruyong Minangkabau. Che’ Amat dan Che Soh tertarik dengan pertandingan itu dan ingin menyertainya. Semasa pertandingan berlangsung Che’ Amat dan Che’ Soh berjaya menewaskan lawannya satu persatu, sehinggalah akhirnya mereka bertembung sesama sendiri. Lalu Che Amat sebagai abang terpaksa beralah dan memberikan kemenangan kepada adiknya Che’ Soh. Maka Che’ Soh dilantiklah menjadi panglima di istana.

Justeru itu Che’ Amat ingin mengembangkan ilmu persilatannya ke negeri lain, dengan itu Che Amat terus mengembara, menyeberang laut ke Tanah Melayu dan terus ke Kuala Tembeling, Pahang, pada tahun 1881 dan Che’ Amat mula menapak di Pahang sebagai pekerja buruh yang membina landasan keretapi. Ketika itu adalah zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Tentera British dari bangsa Benggali semasa itu sememangnya gemar membuli pekerja-pekerja buruh. Che’ Amat melihat kejadian tersebut dan terpaksa ikut campur tangan. Kesabaran manusia juga ada hadnya, ini menyebabkan Che’ Amat hilang sabar untuk membela nasib golongan tertindas. Dengan sekejap sahaja Che’ Amat berjaya menumpaskan. Akan tetapi Che’ Amat tertangkap dan di penjarakan. Orang Kaya Jelai Che’ Wan Musa mengatakan “molek amat kalau orang muda itu dibebaskan kerana telah berjasa kepada orang Melayu dan amat molek jika ilmu persilatan & ketangkasannya diajarkan pada pemuda-pemudi di Kuala Tembeling ini.

Maka setelah bebasnya Che’ Amat. Ramailah pemuda di Kuala Tembeling pergi berjumpa dengannya ingin meminang guru untuk belajar bersilat dengan membawa setepak sirih lengkap dengan tembakau. Che’ Amat berbesar hati kerana sememangnya itulah hasrat beliau datang ke Tanah Melayu. Beliau mengarahkan pemuda-pemuda pergi ke hutan untuk menebang pokok untuk mendirikan sebuah bangsal silat. Bangsal silat siap dibina dengan berdindingkan kayu hutan dan beratapkan daun nipah, maka Che’ Amat telah mula mengajar bersilat sehingga tahun 1890. Segala ilmu kependekaran telah diwarisi oleh anak Orang Kaya Jelai sendiri iaitu Che’ Wan Chik bin Che’ Wan Musa (Pendekar Wan Chik) dan beliau telah ditauliahkan untuk menjadi guru.

Wan Chik menyambung mengajar silat di Kuala Tembeling. Kehandalan silat Wan Chik ini sangatlah digeruni sehingga sampai ke telinga Datok Bahaman (Orang Kaya Semantan). Kebetulan pula salah seorang anak Datok Bahaman ini sudah cukup dewasa, iaitu Mah Hussin bin Bahaman (Cikgu Jantan). Walaupun Datok Bahaman dan anaknya sudah sememangnya orang yang berilmu dan digeruni, namun ilmu tetap dititikberatkan. Malah pesan Rasulullah kepada umatnya “tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China sekalipun”. Datok Bahaman berpesan kepadana anaknya; “Jantan, sekiranya hendak belajar bersilat, pergilah ke Kuala Tembeling dan berjumpa dengan Che’ Wan Chik anak Orang Kaya Jelai. Maka, tanpa berlengah Cikgu Jantan terus berkelana mudik ke Kuala Tembeling bersama rakannya Pakwa Akob dengan sebuah perahunya. Cikgu Jantan mula belajar bersilat dengan Wan Chik pada tahun 1916. Dalam hayat Che’ Wan Chik beliau telah menurunkan segala ilmu dan kepandaiannya kepada anak muridnya. Antaranya ialah Cikgu Jantan.

Setelah tamat berguru dengan Wan Chik, Cikgu Jantan pulang ke Semantan (Daerah Temerloh). Cikgu Jantan mula mengajar bersilat di Kampung Paya Jejawi, Bukit Pinang, Kerdau. Kemudian silat ini terus berkembang di Semantan.

Mah Hussin b. Datok Bahaman
(Cikgu Jantan) Cikgu Hj. Ismail Ali mula belajar bersilat dengan salah seorang murid Cikgu Jantan, Cikgu Mat Nor. Disebabkan ingin merasakan sendiri buah tangan serta sentuhan Cikgu Jantan, Cikgu Ismail pergi berguru pula dengan Cikgu Jantan pada tahun 1939 sehingga ditauliahkan untuk menjadi guru. Ketika Cikgu Ismail belajar dengan Cikgu Jantan ketika itu Pendekar Long adalah guru kaka yang membantu mengajar. Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 1946, Cikgu Jantan di datangi sekumpulan Komunis Bintang Tiga yang ingin menangkapnya. Pada masa itu Cikgu Jantan antara penentang kuat Bintang Tiga di Semantan (Temerloh), dan kehandalan Cikgu Jantan dan pengikutnya menjadi satu halangan besar kepada mereka. Apabila sampai ke kawasan yang dikatakan terletaknya rumah Cikgu Jantan, sekumpulan tentera Bintang Tiga itu hairan kerana mereka tidak melihat sebuah rumah pun di kawasan itu. Apa yang mereka nampak hanyalah hutan tebal. Tentera Jepun pulang ke markas mereka dan mengadukan hal itu kepada ketua mereka. Mereka fikir mereka telah ditipu penduduk kampung. Keesokan hari Bintang Tiga kembali lagi ke Kampung Durian Tawar dan memeras penduduk kampung menanyakan rumah Cikgu Jantan, penduduk yang ketakutan memberitahu di mana rumah Cikgu Jantan. Bintang Tiga kurang percaya kerana ketika mereka ke kawasan itu, mereka hanya menemui hutan tebal. Selepas beberapa kali diyakinkan penduduk, mereka pergi sekali lagi ke kawasan yang ditunjukkan itu. Gerila Bintang Tiga masih lagi gagal menemukan rumah Cikgu Jantan itu. Kali ini mereka hanya nampak kawasan itu adalah sebuah tasik yang luas. Sekali lagi penduduk di seksa hanya untuk mengetahui rumah Cikgu Jantan. Seorang daripada penduduk memberitahu mereka harus bertemu dengan anak saudara Cikgu Jantan dahulu. Lalu mereka terus bergerak ke rumah anak saudara Cikgu Jantan dan anak saudara telah menunjukkan cara untuk ke rumah Cikgu Jantan. Apabila nampak sahaja rumah Cikgu Jantan, mereka terus memecah masuk dan mengikat anak-anak dan isteri Cikgu Jantan, akan tetapi Cikgu Jantan tiada di rumah pada masa itu kerana beliau pergi ke tebing sungai untuk berwudhu’ bagi mengimamkan keluarganya solat Maghrib. Apabila naik ke rumah beliau melihat kesemua keluarganya telah diikat. Gerila Bintang Tiga mengugut akan membunuh seluruh keluarganya jika Cikgu Jantan tidak mahu menyerah diri. Cikgu Jantan terpaksa untuk menyerah diri, beliau diikat dan di bawa ke markas Bintang Tiga. Beliau ditanam hidup-hidup sehingga paras leher dan di seksa. Pada keesokan harinya mereka hanya menemukan batang pisang tertanam di tempat Cikgu Jantan di tanam itu. Selepas dari kejadian itu Cikgu Jantan terus menghilangkan diri tanpa diketahui khabar berita. Ada yang mengatakan beliau telah mati ditembak Bintang Tiga dan ada yang mengatakan beliau melarikan diri ke Terengganu, malah ada yang mengatakan beliau masih di Pahang.

Patah tumbuh hilang berganti, Pendekar Long menyambung mengajar semula silat di Kuala Sanggang. Cikgu Haji Ismail Ali pula lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mail Mata Merah itu menyambung lagi pelajaran ilmu persilatannya dengan bapa saudaranya Guru Sainuddin bin Tiran. Guru Sainuddin yang tinggal di Kampung Paya Kechik lebih dikenali dengan panggilan Tukang Sai kerana beliau bekerja sebagai penempa emas. Tukang Sai berasal dari Kampung Pengian, Pagar Ruyong Minangkabau. Buah silatnya lebih banyak kepada permainan di bawah dan banyak bergumpal manakala permainan sendeng banyak bermain di atas. Cikgu Ismail menggabungkan permainan sendeng dan Silat Pengian. Permainan Pengian ini agak keras kerana setiap geraknya memukul di tempat yang boleh melemahkan musuh. Cikgu Ismail belajar dengan Tukang Sai ilmu persilatan serta perubatan tradisional sehingga tamat pelajarannya dan beliau ditauliahkan. Beliau diberi amanah untuk mengembangkan warisan ini. Tukang Sai meninggal dunia pada tahun 1953.

Ketika Cikgu Ismail Ali bekerja sebagai penyelia pekerja membuat tali air di Daerah Pekan, DYMM Sultan Abu Bakar kenal kepada Cikgu Ismail kerana beliau adalah murid kepada Cikgu Jantan. DYMM Sultan memberi keizinan untuk mengajar silat di Daerah Di Raja itu. Namun begitu Cikgu Ismail masih belum bercadang untuk membuka bangsal silat sendiri. Pada suatu hari ketika Cikgu Ismail sedang menyelia pekerja membuat tali air, beliau berehat sebentar dan bersandar di sebatang pokok. Dalam leka mengelamun beliau terlena seketika. Dalam leka yang sekejap itu beliau bermimpi di datangi seorang tua berjubah putih dan menunggang seekor kuda putih yang mengatakan inilah masanya untuk Cikgu Ismail mengajar bersilat.

Namun untuk menjadi guru silat bukanlah mudah, begitu banyak cabaran serta rintangannya. Ketika Cikgu Ismail menyatakan ingin mengajar bersilat, beliau telah disangkal oleh seorang jurulatih silat (guru kaka) salah satu perguruan silat di Daerah Pekan. Setelah bertarung beberapa kali dengan beberapa orang handalan di Pekan, ketangkasan Cikgu Ismail di perakui oleh penduduk dan diperkenan oleh Sultan. Beliau mula membuka gelanggang pada tahun 1946. Sepanjang beliau bekerja di Daerah Pekan beliau telah mengahwini seorang gadis yang berasal dari Kampung Pahang Tua. Sekembalinya beliau ke Temerloh beliau terus menyambung warisan dan membuka bangsal bagi mengajar silat di beberapa Kampung. Antaranya ialah Kampung Raja Songsang, Kampung Lompat, Kampung Gantok, Kuala Krau, Kampung Sentosa di Maran sehinggalah ke Kampung Janda Baik, Bentong. Pada suatu ketika di tahun 80an ada seorang Sensei Kuntao di Batu 3 Temerloh, mendakwa dirinya kebal dan mencabar handalan-handalan di daerahnya. Akan tetapi tidak seorang pun yang berjaya mengalahkan sensei tersebut. Apabila hal ini diketahui Cikgu Ismail beliau pergi berjumpa sensei berkenaan dan menyatakan hasratnya ingin mencuba kehandalan Sensei Kuntao itu. Dengan izin Allah dengan sekali tumbuk menggunakan tangan kiri Cikgu Ismail, Sensei Kuntao itu rebah dan mengerang kesakitan. Tiga hari selepas kejadian Sensei Kuntao itu di khabarkan meninggal dunia. Wallahu a’lam.

Sejarah silat yang bertali arus maka hiduplah warisan budaya Melayu. Cikgu Mohamad Nazri b. Salleh yang berasal dari Kampung Paya Kechik adalah cucu kepada Tukang Sai (Sainuddin b. Tiran) lahir pada 1 Jun 1957. beliau mula melangkah belajar silat dengan Pendekar Long atau gelaran lainnya Cikgu Long di Kampung Kuala Sanggang pada umur 13 tahun. Ketika itu nama silat ini dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Asli Pahang. Di sebabkan kesempitan hidup dan kekurangan wang Cikgu Nazri tidak berkemampuan untuk membayar yuran belajar silat lalu beliau berkhidmat pada guru sebagai tukang masak keluarga Cikgu Long. Selama setahun beliau tinggal bersama Cikgu Long, belajar bersilat dan bekerja untuknya. Pada suatu hari, ketika Cikgu Nazri membantu gurunya Cikgu Long mengajar silat di Kampung Paya Kechik, Temerloh, bangsal silat telah dikunjungi oleh Cikgu Ismail. Cikgu Ismail memerhatikan murid-murid Cikgu Long berlatih dan dia sedar salah seorang daripada murid Cikgu Long adalah anak saudaranya. Cikgu Ismail meminta izin pada Cikgu Long bahawa beliau berhajat mengambil Cikgu Nazri sebagai muridnya dan ingin mengasuhnya. Cikgu Nazri belajar bersilat dengan Cikgu Ismail di Kampung Raja Songsang dan belajar Gendang Pahang dengan Pak Wa Zainal di Kampung Lompat. Di sebabkan Cikgu Ismail mengetahui di Negeri Perak juga terdapat silat yang namanya Silat Sendeng Asli, walaupun susur galur sejarahnya berbeza dan tiada sangkut paut dengan perguruan ini, Cikgu Ismail menukar nama perguruannya dengan nama Seni Silat Sendeng Terlak Lintar. Terlak Lintar yang bermaksud permainan kaki dan tangan.

Cikgu Jantan bersama rakan- rakan :
Naluri seorang guru begitu kuat, pada Cikgu Ismail merasakan Cikgu Jantan masih hidup. Sekitar tahun 1980an Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri pergi mencari Cikgu Jantan di beberapa tempat yang dikatakan beliau ditemui. Cikgu Jantan ditemui di Daerah Maran ketika Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri berehat minum di sebuah gerai. Tanpa diragui lagi murid begitu kenal akan gurunya walaupun wajah Cikgu Jantan begitu berbeza berbanding ketika beliau muda, Cikgu Jantan di bawa pulang ke Kampung Raja Songsang. Beliau di sambut dengan ramai penduduk kampung. Kenduri doa selamat dan tahlil diadakan bagi meraikan kepulangan guru yang dikatakan hilang sejak puluhan tahun itu. Dua ekor kerbau ditumbangkan bagi merayakan majlis menyambut kepulangan Cikgu Jantan dan persembahan silat dihidangkan. Dalam ramai yang hadir, ada yang ragu akan kesahihan tentang kepulangan guru tua ini. Kerana wajah guru itu begitu berbeza dengan wajah ketika beliau muda, tanpa ada sedikit iras pun. Apabila bersalaman dengan Cikgu Jantan beliau berkata kepada orang yang meraguinya “ Kalau tok cayo ko kito, buat apo mari sini”. Kata Cikgu Jantan dalam dialek Kelantan. Bagi mengesahkan samada itu adalah Cikgu Jantan, Mak Chu Tekah dan Pakwa Akob dipanggil. Mereka cukup kenal dengan Cikgu Jantan. Apatah lagi Pakwa Akob seguru dan sebangsal dengan Cikgu Jantan. Sekilas ikan di air dah tahu jantan atau betina. Apabila
Cikgu Nazri menggayakan
Tari Pahang (Bunga Benang Kusut)melihat saja Cikgu Jantan, Pakwa Akob terus memeluk dan mencium Cikgu Jantan. Pakwa Akob menanggalkan baju Cikgu Jantan. Kesan parut pada badan Cikgu Jantan sewaktu mereka sama-sama bersilat dulu tidak dapat menyorokkan rahsia ini. Beliau menghilangkan diri untuk mengabdikan jiwa raga kepada Allah. Beliau berpuasa selama empat puluh hari dan hanya berbuka dengan bertih jagung. Beliau bertahajjut, dan solat hajat meminta izin Allah mengubah raut wajahnya supaya tidak ada lagi orang boleh mengenalinya. Di sekitar rumah Cikgu Ismail ada sebatang pokok bidara, Cikgu Jantan terperasan akan pokok itu dan beliau menegur, “ Ah, ande lagi pokok bedare ni yak. Pokok ni jarang berbuah, kalau berbuah, buahnya besar” dalam dialek Daerah Temerloh. Cikgu Ismail mengiyakan kata-kata Cikgu Jantan itu dan berkata, “ Ha’ah, pokok ni lain sikit dari pokok-pokok lain”. Sebelum tidur, Cikgu Nazri sering memicit-micit belakang badan Cikgu Jantan. Kata Cikgu Nazri “badan Cikgu Jantan keras macam guni beras”. Kalau ditanyakan soalan Cikgu Jantan sering mengulangi kata-kata ini, “Daripada Nur Allah, Nur Muhammad terjeli kepada lembaga Adam. Dia dah semula jadi dah”. Jika orang yang kurang mengaji mungkin tak faham dengan kata-kata beliau. Setelah tiga hari bersama, Cikgu Jantan hilang semula. Kali terakhir beliau di temui di Kampung Durian Tawar bersama seorang lelaki tua. Apabila ditanya siapakah lelaki tua bersamanya itu, beliau menjawab lelaki tua itu adalah rakannya yang berbangsa Jawa. Walhal yang sebenarnya orang tua itu adalah bapanya sendiri, Datok Bahaman Orang Kaya Semantan.

Wujudnya nama Seni Silat Sendeng Dua Beradik pula diambil sempena nama dua beradik yang mengembangkan dan menyebarkan silat ini. Dengan ini dapatlah membezakan silat ini dengan silat-silat sendeng yang lain. Nama perguruan yang dahulunya diberikan kepada perguruan silat yang di bawa oleh Guru Mahidin Adam dengan nama Seni Silat Sendeng Terlak. Kerana perguruan yang dibawa oleh Guru Mahidin Adam juga salah satu silat yang telah dikembangkan oleh Cikgu Jantan. Oleh kerana naluri yang kuat untuk mencari waris keturunan dan tempat asal bertapaknya silat ini, maka pada tahun 1992 Cikgu Nazri bersama Cikgu Ismail dan Guru Aziz, guru utama Gayong 7 serta rakan-rakan pergi ke Pulau Bayor, Cerenti, Telok Kuantan, Sumatera. Pemergian mereka tidak sia-sia kerana dapat menemui orang-orang tua di Kampung Paya Kumbuh. Mereka masih mengetahui salasilah keturunan asal Seni Silat Sendeng Dua Beradik ini.

Pada awal tahun 1990an Perguruan Seni Silat Sendeng Dua Beradik telah mengadakan majlis jubli emas dimana kenduri doa selamat telah diadakan bagi merayakan sudah 100 tahun silat ini bertapak di bumi Pahang. Pada tahun 1997 pula, Perguruan Seni Silat Sendeng Dua Beradik telah bekerjasama dengan RTM dan Yayasan Pahang bagi mendokumentarikan silat untuk dijadikan sebuah khazanah yang berharga kepada Negeri Pahang malah pada negara Malaysia sendiri. Dokumentari tersebut telah di simpan di Muzium Pekan. Bangsal terakhir Cikgu Ismail di perkarangan rumahnya di Kampung Raja Songsang pada tahun 1998 dan selepas pergi menunaikan fardhu haji pada tahun 1999, beliau meninggal dunia pada tahun 2000. Lima orang Pendekar telah lahir hasil dari didikan Cikgu Ismail, mereka adalah Pendekar Ali Hussin, Tengku Mat bin Tengku Ibrahim, Pendekar Sani, Pendekar Tanmidji dan Cikgu Nazri. Mereka ini di tauliahkan untuk menjadi pengganti untuk meneruskan warisan seni budaya Melayu. Hampir 30 tahun Cikgu Nazri bersama-sama Cikgu Ismail membantu mengembangkan silat ini dan kini beliau mula membuka bangsal silat sendiri pada tahun 2002 di Kampung Paya Luas, Temerloh. Dalam generasi kini sudah beberapa buah bangsal di beberapa buah kampung lagi antaranya di Kampung Belengu dan Kampung Paya Kechik

Tuesday, June 22, 2010

SILAT LIAN


Salasilah Guru-guru

Asal nya Silat Lian hanya dikenali Buah Pukul sahaja. Dikenali juga Silat Gayang Lima,Lian Paduka,Buah Pukul Mersing. Perguruan ini dinamakan Lian Paduka kerana ia pernah diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim serta tentera-tentera nya.'Didalam buah ada pukul. Buah itu tumbuk dan pukul itu penyambut tumbuk atau cara memasukkan tumbuk'.Dinamakan Silat Yunan kerana ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Islam dari Yunan, China. Ada dua permainan iaitu Lian Yunan dan Lian Kwantung. Telah dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul ini.

Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari Sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu. Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).


Awang Ali/Daik dan Sani Abu Samah

Pertamakali permainan ini diijazahkan kepada Syed Abd Rahman. Awang Ali dan Muhamad Yassin Yunos merupakan sahabat kepada Syed Abd Rahman yang menjadi murid sulung beliau.Setelah diijazahkan pada 5 Januari 1897 dirumah Datuk Untut anak Datuk Beremban di no 5 Jalan Maharani, Muar, mereka berdua mewarisi tugas guru iaitu mengajarkan seni silat ini.

Setelah diijazah Awang Daik menetap di Mersing. Semasa di Mersing, beliau akrab dengan Almarhum Sultan Ibrahim,Sultan Johor ke 2 sehingga beliau dilantik menjadi hakim di Mersing. Dengan adanya dua orang guru silat ini di Mersing menjadikan Mersing sebagai pusat silat ini dan menjadi sebab mengapa silat ini dikenali juga sebagai Buah Pukul Mersing.



Silat ini terus berkembang sehingga ke Rompin,Endau terus ke Sungai Ular dan negeri Terengganu. Tempat Muhamad Yassin Yunus diganti oleh Yaakob Tara dan Isa Sulaiman, dua orang yang menetap di Mersing. Bertambah lagi pengikut silat ini dengan perlantikan Muhamad Yasin Kubong yang juga dikenali Pak Teh Muhamad Yasin seorang anak jati Endau. Beliau adalah anak murid kanan kepada Awang Daik yang dilantik menjadi guru menggantikan guru silatnya.

Abdul Rahman Awang Chik,menantu kepada Awang Daik yang kemudian nya mengambil alih tugas Pak Teh Muhamad Yasin telah mengajar silat ini ke seluruh Endau sehingga ke Rompin. Sani Abu Samah seorang anak jati Mersing pula telah mengajar buah pukul Mersing ditempat kelahiran beliau itu. Seni silat ini terus berkembang ke Kluang apabila Abd Rahman Abd Majid mengambil alih tugas Sani Abu Samah sebagai guru.

Guru-guru tua Silat Lian:
Pak Andak Tab dan Pak Cik Pit dari Segamat, Che Wan Chik yang terkenal di Rompin, Pak Anjang Ibrahim,Haji Jambi, Tok Musa,Pak Atan, Mat Wong dan lain-lain.

Permainan Lian agak berbeza dari seorang guru ke seorang guru.Ada yang menyimpan petua permainan ini,berdiri kena elak pun kena.Terlalu halus untuk membaca gerak. Dalam permainan Lian,sebelum musuh bergerak,mesti dibunuh (pukul) gerak musuh terdahulu. Ada 12 gerak Lian semuanya. Dikatakan Lian yang cantik geraknya ialah Lian Anak Dara.
-------------------------------------------------------------

Silat Lian ini dikatakan bukan berasal dari silat Melayu tetapi berasal dari daerah Yunnan, China. Ia dibawa oleh pedagang pedagang Cina yang beragama Islam. Silat Lian tersebar secara meluas di negeri pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ia juga terdapat di sebelah Johor iaitu di daerah Mersing. Di sana ia dikenali sebagai Silat Buah Pukul Mersing, Silat Gayang Lima, Silat Yunan dan Silat Senjata Lapan.

Silat Gayang Lian
Nama asal perguruan ini adalah Silat Lian Buah Pukul semasa ia mula diasaskan pada tahun 1970an. Pada tahun 1990an, nama perguruan ini telah ditukar kepada Silat Gayang Lian.
Silat ini telah dibawa dari Mersing, Johor oleh Guru Atan Hussein dan dikembangkan di Rompin, Pahang. Guru Zol Haji Mat Lela kemudiannya telah diamanhkan oleh Guru Atan untuk mengembangkannya di Maran, Pahang pada tahun 1970aan dan kemudiannya ke Pekan, Pahang sehingga hari ini. Guru Zol juga adalah pewaris Seni Pencak Silat Sangkar Rewana.

Silat Lian Yunan
Sebuah Perguruan Silat yang berpusat di Kampung Sungai Puteri, Rompin, Pahang. Dipimpin oleh Abdul Rahim bin Mohamad selaku Guru Utama yang mempelajari silat tersebut dari ayahnya, Mohamad bin Ali. Mohamad bin Ali mempelajari silat ini di Mersing, Johor.

Lian Padukan
Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunnan, China. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Syed Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.
Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.
Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk ‘menyiasat’ kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.
Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.
Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.
Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).

Silat Gayang Lima
Silat Gayang Lima merupakan salah satu cabang dari silat Lian sebelum didaftarkan pada 17 hb. Ogos 2007 sebagai Persatuan Seni Silat Gayang Lima di cawangan Parit Raja, Johor. Silat Gayang Lima pada awalnya diterajui oleh bapak Subarjo Hj. Sukardi serta Ahli Jawatan kuasa, terbuka dari peringkat sekolah dari berumur 7 tahun sehingga 21 tahun.
Merupakan salah satu dari Perguruan Silat yang aktif bergerak di Johor.
Silat ini tidak menangkap, hanya memukul tidak kira dimana sahaja yang hendak dipukul. Pelajaran silat ini termasuk pergerakan lian 1 hingga 12. Lian adalah gabungan pergerakan berbentuk kaedah menggunakan senjata lapan iaitu dua tangan, dua siku, dua lutut dan dua kaki. Latihan lian akan menerbitkan buah pukul yang berasaskan kaedah seperti gayang, tekan, kebas, cincang dan sisip.

Gerak Silat Lian
Gerak Silat Lian adalah sejenis cara mempertahankan diri yang berasal dari Yunnan. Nama asal persilatan ini ialah Lian Yunnan, Buah Pukul Mersing, atau Lian 13. Ia telah mula bertapak di Tanah Melayu dengan dibawa oleh Syed Abdul Rahman pada Februari 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor.
Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh Nazri Bin Hussin, di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Salleh Bin Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terangganu, dan tinggal di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang.
Salleh Bin Mamat telah mempelajari Silat Lian daripada Hassan Bin Salleh di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu dalam tahun 1950-an. Hassan Bin Salleh pula telah belajar Silat Lian di Kampung Belimbing Juling, Endau, Johor daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1940-an.
Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang. Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987
Nazri bin Hussin telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang (Guru Kake) pada tahun 1965 hingga 1985 sebelum dilantik sebagai Guru Kanan dan Guru Utama. Pusat perkembangan dan pentadbiran silat ini adalah di Kuantan, Pahang. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ( PGSLM ).
..
Salam persilatan
Silat Melayu.com

Lian Kwantung:
Dikatakan Awang Chik berguru dengan Ibu Mas Raden setelah tewas beradu 'lian'. Ayah Chik Bakar merupakan bapa saudara dan murid Awang Chik yang menerima kedua2 mazhab lian iaitu lian yunan dan kwantung.
*salasilah Lian Yunan Awang Chik:
Syed Abd Rahman--->Awang Daik--->Pak Ngah Bentan--->Awang Chik

*salasilah Lian Kwantung Awang Chik:
Ibu Mas Raden Acheh--->Awang Chik 


----------------------------------------------------

TOK MAT PERPAT 'PANGLIMA HITAM' :
Beliau dipercayai dari Perapat,Sumatra. Seorang pelaut yang telah mengasas sejumlah seni aliran Lian yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Di Pulau Jemeja, beliau mempelajari Silat Belebat daripada penduduk tempatan. Dipulau itu juga beliau mendalami silat Lian dari pedagang-pedagang Yunan.Tidak lama kemudian beliau berhijrah ke Pulau Bukum,Singapura. Tengku Jaafar dan Pak Da Jin,pelaut dari Terengganu yang sempat menuntut dengan Tok Mat Perpat . Sekembali Pak Da jin ke Terengganu, beliau menurunkan pula kepada Muhamad b Yusuf atau Mat Dapu dan Pak Ghani disekitar daerah Kuala Terengganu.

Pepatah guru :
Molek Lian pada Buatan
Molek Belebat pada Buangan
Molek Cekak pada Pukulan
Molek Sendeng pada Larian
Molek Yunan pada Surupan

Kisah lalu:
Aku membesar di Kuantan,nama seperti Kancil siapa yang tak kenal, terkenal sebagai kaki pukul di Kuantan. Pengamal-pengamal Silat Lian memang terkenal sebagai jagoan ketika itu. Zahar Botak juga aruah Sofi tidak asing dari perbualan kawan-kawan.

Ketika aku menjejaki ITM Cawangan Kuantan,ketika itu lah aku bersama Kamal dari Diploma Sains Komputer ke Dewan Jabatan Perikanan, Padang Lalang mula mengenali dan bermain Lian Yunan.Dewan nya kecil tanpa air-cond dan kipas angin.Bertambah panas bila tingkap-tingkap ditutup ketika latihan dijalankan. Sebelum itu memang selalu dicerita kan hebat nya Lian sebagai buah pukul. Guru nya Pok Yee (Nazri Hussin) yang mempelajari dan mewarisi Lian dari guru nya Pok Leh (Allahyarham Salleh Bin Mamat).

Pok Yee dengan 'Tembong' nya

Pok Yee dibantu oleh Mahat ketika itu.Sempat juga aku membawa rakan-rakan ITM mempelajari Lian, walaupun sekerat jalan ,sekurang-kurang mereka tau orang Melayu juga mempunyai buah pukul setanding buah pukul Bruce Lee, Wing Chun.Didewan ini dapatlah aku berkenalan dengan orang-orang lama Lian seperti Che Me,Malek Afro, Man Black, Mi Gondrong. Dari dewan Jabatan Perikanan,gelanggang berpindah ke Kampung Galing.


SUATU SOROTAN RINGKAS MENGIKUT RIWAYAT LISAN GENERASI MENGENAI ASAL USUL SENI SILAT MELAYU BELEBAT LIAN (BELIAN)
Alhamdulillahi rabbil aalamin. Wassolaatu wassalam ala sayyidina Muhammadin Waala aalihi wasohbihi ajmain. Amin.

Assalamuakum wrt. Selamat sejahtera semua pembaca laman. Terutama kapada pencinta seni beladiri Melayu aliran Lian Yunan dan Belebat Jemaja kepulaun Riau-Bentan dan lain-lain pengamal persilatan rumpun Melayu Nusantara yang saya hormati dan kasihi semua. Biar serumpun tak serupa tapi kita tetap bersaudara untuk kebaikan bersama. Insaallah.
Riwayat ini bermula pada tahun-tahun di penghujung abad ke 19 (1890an) bilamana saorang perantau – peniaga dari Perapat Sumatera telah singgah bermastautin di Kepulauan Melayu Riau – Bentan (Penduduk asalnya rumpun Melayu) namanya TOK MAT digelar orang. kemudiannya dikenali sebagai TOK MAT TOK PERPAT PANGLIMA HITAM. Tetapi ada pula yang beriwayat bahawa beliau ini ialah PAK KATUL yang digelar PAK HITAM atau Panglima Hitam atau dipanggil juga PAK HITAM DIRAJA seorang pendekar ahli pertapa di Gunong Daik. Dari alirannyalah konon lahirnya pula nama Silat Kwitang di Betawi dan di lain tempat… Semasa TOK MAT TOK PERPAT menetap di Kepuluan Riau atau Jemaja – Bentan itu beliau telah mempelajari sejenis silat tempatan yang diberi nama SILAT BELEBAT JEMAJA – BENTAN. Mengikut sesetengah pendapat seni silat itu adalah sejenis silat asli Melayu pembawaan Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya semasa kecil tinggal di Bentan yang telah belajar terlebih dahulu sebelum menyambung pelajaran silat dan kebatinannya dengan pertapa Sang Adi Putera di Bukit Pancalusa (Di Gunung Daik atau banjaran Gunung Ledang?) dan kemudiannya semasa di Jawa, mereka belajar pula dengan Pendita Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura (Ampeldenta / Surabaya). Erti Belebat dari sudut persilatan ini ialah langkahan-langkahan jurus tertentu bersama pergerakan anggota tubuh berserta kaki dan tangan pada permainan seni pencak serangan dan mempertahankan diri (beladiri).
Semasa itu (1890an) juga datang pula saorang pendekar juga pedagang dan pendakwah dari Yunan (Cina Islam) yang dikenali namanya sebagai Syed Abdul Rahman Al Yunani (Ada kata namanya juga Ali Hassan). Adakah Syed Abdul Rahman seorang Cina Islam Yunan sebenarnya seorang pendakwah dan pedagang keturunan Arab asalnya ataupun ia seorang Melayu Nusantara yang pernah menuntut di Yunan? kerana Yunan adalah negara Islam di benua Cina yang paling Awal dalam sejarah – Hal ini perlu suatu kajian cermat bagi kebenaran sejarah. Syed Abdul Rahman Al-Yunani telah terjebak dalam beberapa pergaduhan jalanan ketika di Pulau Jemaja namun dengan mudah saja beliau dapat menewaskan semua lawannya daripada jenis kuntau Cina. Kehebatan beliau diuji pula oleh beberapa pendekar tempatan. Mereka termasuklah TOK MAT TOK PERPAT PANGLIMA HITAM. Tidak semua silat aliran tempatan tewas ditangan Syed Abdul Rahman. Tetapi Tok Mat Tok Perpat telah memohon belajar juga dengan Syed Abdul Rahman kerana ia mendapati silat pembawaan Syed itu amat baik dan jika dipadukan dengan silat Belebat Jemajanya akan bertambah bagus lagi. Lantaran itu setelah tamat belajar TOK PERPAT PANGLIMA HITAM telah mengadunkan SENI SILAT BELEBAT JEMAJA – BENTAN itu dengan SENI LIAN YUNAN daripada Syed Abd Rahman Al Yunani. Kemudian Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam telah berpindah bermastautin di Pulau Bukum di selatan Singapura setelah beberapa lama di Pulau Jemaja. Generasi yang mempelajari silat Tok Perpat Panglima Hitam menamakan silatnya Silat Belebat Lian. Ertian Lian pada pembelajaran silat ini ialah liang liuk (Gayangan) gerakan halus pendekar yang berteras (bertapak) dan berseni hayyun (gerakan seni tangkas-gayong) berkelok ke kiri ke kanan ke hadapan dan ke belakang dengan pantas dalam maksud serangan dan belaan seni mempertahankan diri (Gerakan Seni Bunga Yunan).
Semasa di Pulau Bukum Tok Perpat Panglima Hitam didatangi dua orang muda yang ingin belajar kepada beliau (maaf penulis tidak menyebut sesiapa lagi yang selain dua orang ini kerana di luar pengetahuan penulis) iaitu saorang yang mempunyai talian darah dengan Kesultanan Singapura (Temasik) iaitu Y.M. TENGKU JAAFAR dan seorang lagi ahli pelaut – seorang perantau dari negeri Terengganu Pantai Timur Malaysia sekarang dipanggil namanya PAK UDA JEN.

Kononnya Tok Perpat mempunyai seorang anak perempuan yang handal bersilat kerana asuhan ayahandanya Tok Perpat Panglima Hitam. Dalam suatu ujian kepantasan, kononnya Tengku Jaafar tewas di tangan puteri ini menyebabkan beliau malu dan berundur diri merantau ke Semenanjung untuk menambah ilmunya. Kemudiannya beliau menetap di Dungun Terengganu kemungkinan atas nasihat sahabatnya Pak Uda Jen. Sebenarnya Tengku Jaafar belum tamat belajar dengan gurunya Tok Perpat semasa suwayambara itu berlaku. Sebab itu ia tewas dengan puteri serikandi gurunya itu.

Silibus Silat Belebat Lian Tok Perpat Panglima Hitam mempuyai 12 jurus utama. Ada juga orang yang menyebutnya Gayang Lian Lima, Buah Pukul Mersing, Lian Yunan, Buah Pukul Dungun, Gayong Belebat, Silat Belebat, Buah Buku Belebat, Silat Lian, Gayong Tumbuk, Buah Ku Jaafar Dungun, Silat Buah Ayah Da Manir dan ada yang dah berubah dengan nama lain sama sekali misalnya nama Seni Silat Warisan (Dungun), Silat Tok perpat Panglima Hitam (Dungun) yang tidak di sebut langsung nama Lian itu. Ada juga Silat Lian Belebat ini telah digabungkan silibusnya dalam satu perguruan silat yang memakai nama yang lain saperti mana perguruan Seni Silat Melayu Asli Sejati (Gerak Sejati) yang banyak mempunyai cabangan Silat Melayu Asli tergabung di dalam pembelajaran silat perguruannya. Maaf penulis tidak sebut semua nama perguruan silat lain yang berketurunan silat Lian Yunan yang ada di Malaysia ini atau silat rumpun Melayu Nusantara sebab perkara tersebut di luar pengetahuan penulis.

BIDANG PELAJARAN SILAT BELEBAT LIAN (RINGKAS).
Peringkat Asas :
Melatihkan kemantapan kedudukan dan berbelebat iaitu di sebut belebat tinggi dan belebat rendah. Bermula dengan bergilir gilir (kiri dan kanan)melakukan pancungan tangan kebawah, tubuh badan pesilat berkedudukan menyendeng kiri dan kanan lalu melakukan tusukan tangan berpepisau kehadapan bertubi tubian, terus mara sepanjang gelanggang dan gerakan undur berkelek (sendeng) kiri dan kanan dengan sisipan tangan kiri dan kanan hingga kembali ke tempat bermula.

Peringkat kedua:
Asas serangan tangan: Pesilat dilatih dengan tumbukan padu seturut dan tumbukan sumbang seturut (songsang), Tumbukan biring, Tumbukan empat pedahat dan permainan siku.

Peringkat ketiga :
1. Asas serangan kaki: Pesilat diajar tendangan. Ada dua tendangan utama iaitu tendangan lurus dan tendangan sisi (jembret) dalam istilah pantai Timur Semenanjung disebut `tendang kuda sisi` dan pergerakan lutut.
11. Asas belaan (tangan, siku, lutut dan kaki).

Peringkat keempat:
1. Menerima buah asas resmi 13 biji (tanpa senjata). Melibatkan semua kemahiran 1,2 dan 3 di atas.
11. Pesilat diajar gerak pukul belebat (beregu) maksud latihan `sparing` pukulan Belebat Lian ini di Pantai Timur Semenanjung disebut dengan istilah `Masuk Pukul` iaitu gerakan saling mendada dalam jarak selengan antara satu sama lain. Bergerak ke hadapan (penyerang) atau kebelakang (yang diserang) dengan pukulan bertubi-tubi dengan dua tangan, dua siku, dua lutut, dua kaki dan begitu juga buangan, tepisan pun cepat bertubi-tubi juga `siapa cepat dia dapat`. Pada peringkat ini juga pesilat juga berlatih membuat tangkisan, tepisan, elakan, kuncian (cekak) dan juga jatuhan. Aplikasi buah pukulan asas yang 13 dan juga menggalakkan kreativiti sendiri ketangkasan diri. Melalui latihan-latihan yang lasak dan berat (Bengkak bengkil tubuh dengan cakap rinkasnya) inilah sebabnya terkadang pelajar Silat Belebat Lian hanya belajar sekerat jalan saja. Jika pelajar mahir `banyak perkara` di peringkat ini dia akan mula menyedari nilai persilatannya akan bidalan kata berikut:


Molek liannya- pada kemas kedudukan
Molek belebatnya- pada kaedah buangan
Molek cekak (kunci)nya- pada buah pukulan
Molek bunga (gayang)nya -pada surupan

PERINGKAT KE LIMA: Diajar gerakan lima jenis Bunga Lian Belebat disebut juga Pecah Tapak Empat Belebat Lian untuk aplikasi pelajaran berikut:
Lian bunga Satu:
1. Untuk pukulan (gelut) tangan kosong aplikasi buah pukulan asas 13.
11. Memberi buah asas kuncian 19 biji.
111. Permainan buah lapisan dua.

Bunga Lian Dua:
Untuk senjata keris dan senjata-senjata pendek.

Bunga Lian Tiga:
Untuk senjata tekpi (Trisula).

Bunga Lian Empat:
Untuk senjata tongkat-tombak-lembing.

Bunga Lian Lima:
Untuk senjata keris panjang dan pedang.

Peringkat Keenam:
Rahsia serangan dan rahsia belaan.

Peringkat ke Tujuh:
Kerohanian dan Pengiktirafan sebagai Guru.

Apabila Pak Uda Jen tamat belajar di Pulau Bukum dengan gurunya Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam beliau ingin pulang ke Terengganu. Gurunya berpesan jika bertemu dengan Tg. Jaafar hendaklah menyuruhnya datang semula ke Pulau Bukum untuk menamatkan pelajaran Belebat Lian dan untuk menerima mandat sebagai pewaris yang akan menurunkan ilmu persilatan itu kepada generasi berikut sebagaimana mandat yang diterima Pak Uda Jen. Pak Uda Jen telah bertemu semula dengan Tg. Jaafar di Dungun yang ketika itu telah mashor kepakarannya sebagai penangkap buaya ganas (sumber lisan dari arwah Ayah Da Haji Jusoh iaitu Murid Tg. Jaafar).

Mematuhi pesanan gurunya Tok Perpat Panglima Hitam yang disampaikan oleh sahabat seperguruannya yang lalu (Pak Uda Jen) Tg. Jaafar kembali semula ke Pulau Bukum belajar dengan Tok Perpat Panglima Hitam hingga di khatamkan. Selepas tamat belajar di Pulau Bukum Tengku Jaafar pulang semula ke Dungun dan mengajar ilmu persilatan Belebat Lian. Ketika ini penduduk Pantai Timur negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu (dari pantai timur Johor hingga Pahang, Terengganu dan Kelantan) sedang dilanda kegundahan kerana aktiviti perlanunan yang aktif sebab zaman kemelesetan ekonomi selepas perang dunia pertama. Kumpulan perompak laut (lanun) yang paling ganas dan ditakuti ialah kumpulan Pendekar Helang Merah. Pendekar Helang Merah memang hebat ilmu persilatannya. Ia boleh melompat terbang dari kepala jong (kapal)nya yang berlabuh hingga ke gigian pantai. (Sumber lisan dari Pendekar Pak Khalid – Silat Cekak Pongok @ Punggok Dungun). Pendekar Helang Merah sebenarnya orang Kelantan tapi berguru di selatan Johor. Mungkinkah gurunya juga Tok Perpat Panglima Hitam? Sebab mengikut cerita lisan apabila Lanun Helang Merah tamat belajar dengan gurunya dia memberitahu kepada gurunya ia mahu kerja `Melanun` (menjadi perompak laut). Zaman dulu sesetengah tempat di Nusantara dakwah dalam syariat agama islam belum meluas jadi perbuatan melanun atau merompak itu semacam suatu pekerjaan khas atau sambilan oleh orang handal dan berani (yang mana dosa pahala tidak diambil berat) di sesuatu tempat dan juga ia bermusim mengikut banyaknya kegiatan perniagaan melalui pesisir laut. Apabila Helang Merah memberitahu gurunya ia mahu melanun saja kerjanya dan nasihat gurunya yang mengata `jangan` dia (Helang Merah) tidak ikut. Gurunya yang kasihkan murid itu berpesan` Jika engkau mahu melanun juga jangan lah engkau menjejak kakimu (merompak) di tanah Dungun `nanti engkau terkena bahaya`. Takwilan daripada larangan ini semacam ada satu firasat gurunya yang ia akan tewas di Dungun atau kalaulah guru Helang Merah ini memang Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam juga tentulah beliau tahu ilmu pendekar yang ada di Dungun itu (muridnya juga) lebih tinggi dan lebih banyak diberi rahsia ilmu persilatannya daripada Helang Merah yang berniat jahat bila menguasai ilmu persilatan. Wallahu`alam.

Anggota Perompak Lanun Helang Merah mengikut cerita lisan daripada salah seorang penduduk lama Dungun sekarang (Pak Manan – pakar rawatan urut dan patah di Belakang Hospital Dungun sekarang) terdiri dari sembilan orang pendekar. Mengikut kata Pak Manan dan juga Pendekar Silat Seni Cekak Melayu Asli (Pak Khalid) Dungun kesemua mereka memakai nama samaran belaka iaitu: Helang Merah, Tagar Maut, Kerisik, Demam tak Kebah, Tunggul buloh, Sabut Kering, Urat Dawai, Guruh, Buloh Sumpit (nama samaran terakhir yang tiga itu tidak pasti benar oleh kedua orang sumber kerana mereka sudah `ingat tak ingat` kerana peristiwa berlaku zaman tahun 192oan.

Pada suatu masa tahun 1920an penduduk Dungun (Trg) gempar mengatakan kedatangan sebuah jong lanun Helang Merah di perairan Dungun. Mengikut cerita lisan, pendekar pendekar Dungun di bawah pimpinan Tengku Jaafar murid Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitamlah yang bertindak sukarela untuk memberkas kumpulan lanun ini. Tengku Jaafar melantik lapan orang pendekar pilihannya untuk menentang lapan orang anggota lanun Helang Merah (Sama ada Pak Uda Jen sahabatnya juga berserta tidak dapat di pastikan). Manakala beliau sendiri akan menentang satu sama satu dengan Helang Merah. Pada suatu malam apabila Jong Helang Merah berlabuh di pantai Dungun dengan tujuan merompak, Tengku Jaafar dan orangnya menunggu di pantai dengan membuat unggun api dan berlagak seperti orang kampung memanggang ikan yang ditangkap. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian perompak laut tersebut untuk ditangkap. Tengku Jaafar memberi tugas satu lawan satu. Apabila Helang Merah melihat unggun api `orang kampong itu` ia memerintahkan orang-orangnya datang menyerbu terlebih dahulu manakala beliau masih di kapal. Berlaku perkelahian sengit antara lapan orang pendekar pimpinan Tengku Jaafar dengan lapan orang pendekar pengikut Helang Merah. Dengan menggunakan kaedah persilatan Belebat Lian kelapan orang perompak itu dapat ditewaskan dan diberkas oleh orang-orang Tengku Jaafar.

Setelah berjaya Tengku Jaafar telah mencabar Helang Merah turun dari kapalnya untuk berlawan satu lawan satu dengan beliau. Cabar mencabar berlaku. Untuk memancing Helang Merah turun dari kapal lanunnya Tengku Jaafar telah membaling kerisnya ke arah Helang Merah yang sedang berdiri di haluan kapalnya (ertinya Tengku Jaafar tidak bersenjata sekarang) lalu Helang Merah melompat terbang menyambar keris yang dibaling ke arahnya dan beliau mendarat dengan baik di gigi air separas betis di mana Tengku Jaafar berdiri lalu berlakulah pergelutan silat antara kedua mereka dengan begitu sengit sekali. Akhir sekali tewaslah Helang Merah dengan kuncian kemas dari Tengku Jaafar. Helang merah dan gerombolannya dibawa ke balai polis Dungun untuk menghadapi pengadilan kerana jenayah merompak mereka. Dari tarikh peristiwa itu terkenallah silat aliran Tengku Jaafar dengan nama Buah Ku Jaafar atau Buah Pukul Dungun. Tetapi yang asalnya ialah Seni Silat Belebat Lian atau Belian Tok Perpat Panglima Hitam.

Kemashuran nama Tengku Jaafar atas peristiwa menewaskan Perompak Lanun Helang Merah yang ditakuti penduduk sepanjang pesisir pantai timur semenanjung itu cepat merebak maka ramailah para pencari ilmu persilatan yang berkesan dalam pergelutan sebenar menjadi murid Tengku Jaafar. Antara yang tersohor antara mereka ialah Awang Hakim Mersing dan Ayah Da Haji Jusoh Bukit Gemuruh K. Berang Trg. (lain sebutan: Ayah Da Paloh dan Ayah Da Manir). Awang Hakim Mersing itu kemungkinan besar orang yang sama dengan Pendekar Awang Daik kerana Awang Daik ialah seorang hakim, telah membuka aliran Tengku Jaafar di Mersing dan mungkin dengan nama `Buah Pukul Mersing` yang mashur itu atau pun dengan nama silat lian yang lain. Walau bagaimana pun Awang Hakim itu mungkin juga seorang Terengganu dan`Bukannya Awang Daik` sebenar yang mashor dalam persilatan Lian Mersing. Kerana sebahagian besar penduduk Mersing itu zaman dulu ialah para perantau dari gulongan nelayan Terengganu juga. Jika Tuan guru Awang Daik bukan murid kepada Tengku Jaafar bermakna keturunan silat Lian beliau yang bersasilah daripada Syed Abd Rahman al Yunani adalah dari pendekar lain yang juga menjadi murid kepada Syed Abdul Rahman Al-Yunani. Tetapi silat Lian beliau bukanlah Silat Belabat Lian aliran Tok Perpat Panglima Hitam. Hal ini mungkin lebih jelas penghuraiannya oleh para pencinta Silat aliran Lian Yunan dari jalur salasilah persilatan beliau sendiri.

Di Terengganu silat aliran Belebat Lian telah merebak dari dua pendekar utama Murid Tok Perpat iaitu Pak Uda Jen dan Tengku Jaafar. Murid Tengku Jaafar yang tersohor mainan Belebat Lian ialah Pendekar Che Muda bin Haji Jusoh (Ayahda Hj. Jusoh) yang ada talian darahnya dengan Syeikh Abadul Malik bin Abdillah (Tok Pulau Manis pengarang kitab Hikam Melayu) yang susur galur keturunannya sampai kepada Sayyed Hussein jamadil Kubra Moyang muyut kapada para Wali Sembilan Indonesia???? (dikatakan Husain Jamadil Kubra adalah Al-Husaini sementara Tok Pulau Manis dari jalur Al-Hassani). Kuburan beliau sekarang berada berjiran dengan makam keramat Tok Pulau Manis, Terengganu. Silat Belebat Lian aliran beliau sekarang sedang dipelihara dan dikembangkan oleh Guru Seni Silat Melayu Asli sejati Ustaz Haji Wan Ismail W.E. al Fakir Ilallah yang juga ada talian keturunan dengan sayyed Hussein Jamadil Kubra melalui jalur keturunan Syeikh Abdul Malik Abdillah (Tokku Pulau Manis dan menerima mandat secara bersasilah guru (bersanad)mengajar kitab Hikam Melayu Tok pulau Manis – sekarang) dan juga mendapat mandat dari arwah Pendekar Arifinbillah Ayah Da Hj Jusoh yang juga murid kepada pendekar Tok Wali Hassan Cik Hir. Wallahu`alm.

Laman webs : Seni Silat Melayu Asli Sejati