Wednesday, June 9, 2010

DIRI

Catatan ini aku catit dari abah sekitar tahun 80an bertajuk 'Mengenal Diri dengan Khalimah La Ilaha Illa Allah'.

1-Khalimah La:
La ini sifat Jalal
5 sifat iaitu
-ujud, ada
-qidam, sedia
-baqa', kekal
-mukholafatuhu lil hawa dith, bersalahan dengan segala yg baru
-qiamuhu linapsih, berdiri dgn sendiri

i) Semua nya itu adalah maqam pada Kulit dan Bulu (Rahsia Allah)(***ada tulisan meletakkan pada maqam otak dan sum-sum)
ii) Adapun khalimah La itu ujud Allah ertinya keadaan Allah jatuh kepada nyawa Muhammad
iii)Adapun khalimah La itu api menjadi darah
iv) Adapun khalimah La itu tubuh kasar iaitu syariat
v) Adapun khalimah La itu ialah afal iaitu tubuh yakni qiblat nya Baitullah

2-Khalimah Ilaha:
Ilaha ini sifat Jamal
6 sifat iaitu
-sama'
-basar
-kalam
-sami'a
-basiro
-mutakallimun

i) Maqam jaga daging dan darah
ii) Khalimah Ilaha itu Ilmu Allah ertinya pengetahuan Allah
iii)Adapun Ilaha ini angin iaitu jadi urat
iv) Tubuh halus iaitu tarikat
v) Khalimah Ilaha ini asma' iaitu hati qiblatnya BaitulMakmur

3-Khalimah Illa:
Khalimah Illa ini sifat Qohhar
4 sifat iaitu
-iradat
-ilmu
-hayat
-qudrat

i) Maqam menjaga urat dan tulang
ii) Khalimah Illa itu Nur Allah ertinya cahaya Allah
iii)Illa itu air iaitu jadi tulang
iv) Illa itu tubuh iaitu hakikat
v) Illa itu nyawa yang qiblat nya arasy Allah

4-Khalimah Allah:
Khalimah Allah itu sifat Kamal
5 sifat
-qodirun
-muridun
-'alimun
-hayyun
-wahdaniyah

i) Maqam menjaga otak dan sum-sum (***ada tulisan meletakkan pada maqam kulit dan bulu)
ii) Khalimah ini Syuhudullah yakni kenyataan Allah
iii)Khalimah ini tanah jadi daging
iv) Khalimah ini sempurna iaitu makrifat
v) Adapun khalimah ini zat iaitu rahsia,qiblat nya Laisa kamith lihi shaiun wahuwa sami'ul basir.

***rujuk kepada guru!

Kata-kata dari Amirul Mu'minin Hazrat 'Ali :
Ubat mu adalah dalam dirimu, engkau tak memahami nya, penyakit mu adalah dari engkau sendiri, engkau tidak melihatnya.

Engkau adalah kecil kerana batas-batas. Kau melihat semuanya dalam dirimu dan engkau sendiri dalam semua dalam rinciannya. Apa pun yang engkau inginkan, inginkan lah itu dari dirimu sendiri.

BA'ALAWI

Ba'alawi - Siapakah Mereka?

Ba'alawi ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang bersusur-galur daripada Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ahmad bin Isa Al-Muhajir(1) telah meninggalkan Basrah di Iraq bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya pada tahun 317H/929M untuk berhijrah ke Hadhramaut di Yaman Selatan. Cucu Ahmad bin Isa yang bernama Alawi, merupakan orang pertama yang dilahirkan di Hadralmaut. Oleh itu anak-cucu Alawi digelar Ba'alawi(2), yang bermakna Keturunan Alawi. Panggilan Ba'alawi juga ialah bertujuan memisahkan kumpulan keluarga ini daripada cabang-cabang keluarga yang lain yang berketurunan daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ba'alawi juga dikenali dengan kata-nama Saiyid (Sadah bagi bilangan lebih daripada seorang). Keluarga yang bermula di Hadhramaut ini, telah berkembang dan membiak, dan pada hari ini ramai di antara mereka menetap disegenap pelusuk Nusantara, India dan Afrika.

Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ilallah

Dalam abad ke-10 Masehi, keadaan huru-hara mula menyelubungi dan menggugat empayar Abbasiyah yang berpusat di Iraq itu. Kerajaan tersebut kian bergolak menuju keambang keruntuhan. Kewibawaan Abbasiyah semakin terancam dengan berlakunya pemberontakan demi pemberontakan dan ini menjejaskan ketenteraman awam. Keadaan sebegini telah membawa padah kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang dikenali dengan gelaran Sadah itu. Pada umumnya ummt Islam menghormati serta menaruh perasaan kasih sayang terhadap Sadah. lni bukan semata-mata kerana mereka ini keturunan Nabi Muhammad s.a.w, tetapi juga kerana mereka melambang pekerti yang luhur, keilmuan yang tinggi dan wara'. Kedudukan yang istimewa dimata umat Islam ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap Sadah dikalangan pemerintah. Mereka juga khuatir kalau-kalau Sadah akan menggugat dan merebut kuasa daripada kerajaan Abbasiyah.


Dengan tercetusnya pemeberontakan demi pemberontakan terhadap pemerintah, kewibawaan Abbasiyah pun menjadi semakin tercabar dan lemah. Keadaan ini juga turut mengancam kedudukan golongan Sadah, kerana mereka sering dikaitkan dengan setiap kekacauan yang tercetus. Dari masa ke masa golongan Sadah menjadi sasaran pemerintah. Ramai diantara mereka yang ditangkap dan dibunuh berdasarkan apa saja alasan .Namun majoriti Sadah bersikap sabar dan menjauhkan diri dari kelompok yang menimbulkan kekacauan. Daripada pengalaman yang lalu golongan tersebut yakin bahawa penglibatan diri di dalam politik akan berakhir dengan kekecewaan.

Ahmad bin Isa al-Muhajir meninggalkan Kota Basrah bersama seramai 70 orang, yang terdiri dari ahli-ahli keluarga dan pengikut-pengikut beliau. Pada mulanya kumpulan Al-Muhajir ini pergi ke Madinatul Munawwarah dan tinggal di sana selama setahun. Pada tahun berikutnya setelah menunaikan fardhu Haji, Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan rombongan meninggalkan Kota Madinah menuju ke Yaman. Mereka singgah di Al Jubail di Lembah Dau'an, kemudian di Al-Hajrain, dan seterusnya menetap di suatu tempat, yang benama Al Husaisah(3). Ahmad bin Isa Al Muhajir Ilallah wafat pada tahun 345.H/956 M.

Permulaan di Hadhralmaut

Ahmad bin Isa memilih Hadhramaut untuk berhijrah, meskipun Hadhramaut merupakan suatu kawasan tandus dan kering kontang di Selatan Yaman. Kawasan tersebut pada zaman itu, dikatakan terputus daripada dunia luar. Tentunya banyak persoalan yang timbul tentang mengapa Ahmad bin Isa memilih kawasan sebegini untuk berhijrah. Pada zahirnya, pemilihan kawasan tersebut mungkin didorong oleh hasrat beliau untuk hidup di dalam keadaan aman bersama keluarga dan pengikutnya, atau keazaman beliau untuk membina sekelompok masyarakat baru di suatu kawasan baru bersesesuaian dengan kehendak syiar Islam yang didokongi oleh golongan Sadah selama ini. Akan tetapi sebelum sampai ke Hadhramaut Ahmad bin Isa dan rombongan terlebih dahulu berada di Madinah, tempat yang tenang dan aman lagi sesuai bagi tujuan beribadah dan membina ummah. Namun daripada Madinah beliau dan rombongan bertolak ke Al-Husaisah. Malah di Al-Husaisah Ahmad bin Isa telah pun membeli kebun buah-buahan yang luas. Akan tetapi pada akhirnya beliau memilih Hadhramaut sebagai tempat berhijrah. Sebagai seorang Imam Mujtahid mungkin keputusan yang dibuat beliau itu didorong oleh perkara yang diluar pengetahuan kita, Wallahualam.

Penghijrahan Ahmad bin Isa Al Muhajir ke Hadhramaut bukanlah bermakna berakhirnya ranjau dan rintangan. Di awal penghijrahan beliau, Ahmad bin Isa Al-Muhajir, bersua dengan ancaman daripada golongan Mazhab Ibhadiah(4) yang mempengaruhi kawasan tersebut. Namun setelah gagal untuk mencapai persefahaman dan perdamaian dengan pihak Ibhadiah, Ahmad bin Isa Al-Muhajir terpaksa mengangkat senjata menentang mereka. Berbanding dengan kaum Ibhadiah, bilangan pengikut Ahmad bin Isa Al-Muhajir adalah kecil. Akan tetapi semangat kental dan kecekalan, yang ditunjukkan oleh Al-Muhajir dalam menentang kaum Ibhadiah ini telah menarik perhatian dan simpati penduduk-penduduk Jubail dan Wadi Dau'an yang bertindak menyokong Al-Muhajir. Dengan sokongan penduduk-penduduk tersebut kaum Ibhadiah dapat di singkirkan dari bumi Hadramaut.


Cara hidup yang dianjurkan oleh Ahmad bin Isa Al-Muhajir, iaitu kehidupan harian yang berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah itu, senang -diterima oleh masyarakat tempatan. Lambat laun cara ini menjadi norma hidup di dalam masyarakat tempatan. Malah beberapa tokoh terkemuka di kalangan Ba'alawi yang menjalani hidup sepertimana para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w, mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat Hadhramaut. Tokoh-tokoh berkenaan lebih dikenali dengan panggilan Salaf.(5)

Walaupun persekitaran baru mereka masih tidak sunyi dengan keadaan huru-hara, masyarakat Ba' Alawi masih boleh menjalankan kehidupan yang aman tenteram. Sebenarnya ini adalah sesuatu yang merupakan cara hidup yang lumrah bagi keturunan Rasulullah s.a.w daripada Hassan dan Hussain. Mereka sentiasa dihormati dan disanjung tinggi di seluruh pelusuk Dunia Islam, lebih-lebih lagi di Hadhramaut. Kehormatan yang diterima ini serba sedikit berpunca daripada amalan golongan Ba'alawi yang berjalan tanpa membawa sebarang senjata, sepertimana yang dianjurkan oleh datuk mereka, Ahmad bin Isa Al-Muhajir. Tambahan pula golongan ini dihormati dan disanjung oleh kerana mereka merupakan golongan yang berilmu lagi wara'.

Apabila Ahmad bin Isa Al-Muhajir serta rombongan (seramai kurang lebih 70 orang ahli keluarga dan pengikut) meninggalkan Basrah , mereka membawa bersama mereka harta kekayaan yang banyak. Dengan harta ini mereka dapat memperolehi tanah yang luas yang digunakan untuk pertanian. Dan sewajarnyalah yang menjadi kegiatan utama golongan Ba'alawi di Hadhramaut ini ialah pertanian. Sementara itu mereka juga bebas untuk beribadah dan membina masyarakat berdasakan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah.

Fasa Perkembangan Ba'alawi

Perasaan golongan Ba'alawi terhadap kampung halaman mereka di Basrah masih kuat dan menebal, walaupun mereka telah memilih untuk membina penghidupan baru di Hadramaut. Oleh itu tidak hairanlan sekiranya didapati ramai dikalangan Ba'alawi yang selalu berulang alik di antara Hadhramaut dan Basrah untuk menziarahi sanak saudara yang masih berada di Basrah. Hubungan diantara Ba'alawi dengan Basrah berterusan. Masa kini masih terdapat keturunan saudara Al-Muhajir, iaitu Muhammad bin Isa di sekitar Basrah.

Salah suatu ciri hidup golongan Ba'alawi ialah mereka ingin bebas bergerak dan tidak suka terkongkong di suatu daerah sahaja. Tambahan pula, di tempat seperti Hadhramaut peluang untuk mencari rezeki terlalu terhad. Ini menyebabkan individu mahupun kumpulan Ba'alawi sanggup berpindah memulakan hidup ditempat-tempat yang lain seperti Yaman, Syam (Syria), dan Iraq. Tambahan pula Hadhralmaut merupakan tempat yang tidak mempunyai pemerintahan yang stabil, dan oleh itu tidak sunyi daripada tercetusnya perbalahan dan pergaduhan di antara kabilah-kabilah yang menjadi penghuni tetap di kawasan tersebut.

Sejarah perkembangan Ba'alawi, mengikut pandangan Sayid Ahmad bin Muhammad Assyathiri(6) boleh dibahagikan kepada empat fasa, setiap fasa mempunyai cirinya yang tersendiri. Perkembangan ini adalah bergolak di sekitar beberapa tokoh Ba'alawi, serta juga pengalaman jatuh bangunnya mereka dalam menempuhi kehidupan yang sering berubah itu. Namun begitu, golongan Ba'alawi masih berpegang teguh kepada keperibadian mereka, dan perkara yang mempegaruhi kecekalan golongan ini ialah istiqamah kepada ajaran AlQur'an dan Sunnah. Fasa perkembangan Ba 'Alawi boleh dihuraikan seperti berikut:


Fasa Pertama

Fasa ini bermula dengan zaman Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan berakhir dengan Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali(7) iaitu jangka masa di antara abad ke-3 hingga abad ke-7 Hijrah. Pada zaman tersebut pemimpin dan tokoh-tokoh Ba'alawi dikenali dengan gelaran Imam. Tokoh-tokoh pada masa itu digelar dengan panggilan Imam Mujtahid, iaitu mereka yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Tokoh-tokoh terkemuka pada masa itu ialah keturunan daripada Ubaidullah bin Ahmad bin Isa AlMuhajir, melalui 3 orang putera beliau, iaitu Bashri, Jadid dan Alawi. Namun begitu, keturunan Bashri dan Jadid tidak berhayat panjang. Mereka hanya dapat mempelopori dan mengembangkan penyebaran ilmu hinggalah ke tahun 620an H/1223M. Keturunan Bashri dan Jadid yang terkemuka ialah Imam Salim bin Bashri (wafat pada 604H/1208M) dan Imam Abu Hassan Ali bin Muhammad bin Jadid (wafat pada 620H/1223M). Tradisi pengajian Ilmu, bagaimanapun di teruskan oleh keturunan Alawi, dan yang lebih terkenal di antara mereka ialah Imam Muhammad bin Ali bin Alawi. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Sahib Marbat (wafat pada 556H/1161M). Tradisi keilmuan,(8) ini juga diteruskan oleh dua orang putera Sahib Marbat, iaitu Imam Alwi dan Imam Ali, dan oleh putera Imam Ali, iaitu Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali, serta tokoh-tokoh yang datang kemudian daripada mereka.

Fasa Ke-Dua

Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-dua ialah di antara abad ke-7 hingga abad ke-11 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba'alawi yang terkemuka disebut dengan nama As-Syaikh. Zaman ini bertepatan dengan era Al-Faqih Muqaddam Muhammad hingga ke zaman sebelum Habib Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Di antara ulama-ulama yang terkemuka di zaman ini ialah Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali (wafat pada 653H/1255M),As-Saqqaf(9) (wafat 819H/1416M), Al-Mahdar(10) (wafat 833H/1429M), Al-'Aidarus(11) (wafat 865H/1460M), dan Zain Al-Abidin Al-'Aidarus(12) (l041H/1631M). Pada ketika tersebut bilangan Ba'alawi sudah menjadi bertambah ramai dan mereka mulai dikenali dengan nama kabilah masing-masing seperti As-Saqqaf, Al-Mahdar, Al-'Aidarus, Al-Habisyi, Al-Junid, Jamalullail dan banyak lagi.

Fasa Ke-Tiga

Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-tiga ialah di antara abad ke-11 dan abad ke-14 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba 'alawi dikenali dengan panggjlan Al-Habib. Ulama-ulama yang terkemuka pada zaman ini ialah Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad (wafatI132H/1717M), Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi, Habib Hassan bin Salleh Al-Bahr, dan Habib Abdurrrahman Bilfagih (wafat 1163H/1749M) dan beberapa orang tokoh yang lain. Pada masa ini juga keturunan keluarga Ba'alawi terus membiak. Keadaan ini membawa kepada migrasi (perpindahan keluar) yang begitu pesat. Pada abad ke-11 dan ke-12 berlaku penghijrahan keIndia(13), Timur Jauh (Far East), Afrika Timur dan Hijjaz, sementara di abad ke-13 berlaku pula penghijrahan ke Asia Tenggara (terutama ke Indonesia dan Malaysia). Kaum Ba' Alawi mewarisi semangat suka merantau. Mereka juga tidak gemar diri mereka terkongkong di suatu kawasan. Namun begitu Ba'alawi juga merupakan golongan yang senang menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan dimana sahaja mereka merantau. Akan tetapi, seberapa jauhnya mereka daripada Hadhramaut, hubungan erat dengan kampung halaman induk masih dikekalkan. Mereka yang menjalinkan perhubungan melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan dan masih menghantarkan anak-anak mereka ke Hadhramaut, terutama ke Tarim, untuk menuntut ilmu secara tradisi yang diasaskan oleh pelopor-pelopor Ba'alawi.


Perubahan Yang Ketara

Pada penghujung fasa ke-tiga didalam Sejarah Ba'alawi, perubahan ke arah kemunduran dikalangan Ba'alawi di seberang laut dapat dikesan. Walaupun tradisi pulang ke Hadhramaut untuk menziarahi keluarga masih diamalkan, ramai pula di antara mereka yang telah bermastautin di India dan Asia Tenggara, mula menampakkan proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, iaitu menerima dan menyerap budaya dan tradisi persekitaran. Sementara golongan Ba 'alawi pada mulanya menjauhkan diri daripada kegiatan politik melainkan perkara-perkara yang menyentuh kebajikan dan ketenteraman umum, mereka yang terkemudian mula mencebur diri dengan politik. Ada di antara golongan Ba'alawi yang mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja dan penguasa tempatan, dan telah menggunakan pengaruh mereka. Pernah diceritakan bahawa tokoh- tokoh Al-Mahdar, Al-'Aidarus, Jamalullail dan Al-Haddad, mempunyai hubungan yang intim dengan pihak istana, sehinggakan raja-raja. sentiasa merujuk kepada mereka untuk mendapatnasihat(14). Budi pekerti yang luhur, disiplin diri dan didikan yang menjadi tradisi dikalangan Ba'alawi adalah faktor utama meyebabkan mereka dihormati dan disanjungi, sementara ciri peribadi istimewa sebilangan mereka membolehkan mereka diterima sebagai pemimpin masyarakat tempatan. Ada pula dikalangan mereka yang berkahwin dengan ahli keluarga diraja, dan pada akhirnya mereka diangkat menjadi raja, contohnya, Syahab di Siak dan Jamalulail di Perlis. Beberapa kesultanan juga diasaskan oleh tokoh- tokoh Ba'alawi. Sebagai contoh, Al-'Aidarus menubuhkan kerajaan di Surat (India), dan di Kubu (Kalimantan), Al-Qadri dan Bin Syaikh Abu Bakar di Kepulauan Comoros, AlQadri di Pontianak (Kalimantan) dan Balfagih di Filipina.

Fasa Ke-Empat

Zaman yang dikenali dengan Fasa ke-empat ini ialah di antara abad ke-14 Hijrah hinggalah dewasa ini. Perubahan yang bermula dipenghujung Fasa ketiga menjadi semakin ketara di zaman ini. Dalam beberapa aspek hidup, golongan Ba'alawi telah menempuh keruntuhan dari segi pegangan moral dan etika yang diasaskan oleh pelopor-pelopor di Hadhramaut dahulu. Zaman ini bertepatan dengan kemunduran Dunia Islam keseluruhannya, akibat dilanda budaya Barat. Golongan muda Ba'alawi, terutama mereka yang bermastautin di tanah jajahan Inggeris dan Belanda mula meninggalkan pendidikan tradisional berasaskan Al-Qur'an dan Sunnah, dan memilih pendidikan Barat. Walaupun masih terdapat tokoh-tokoh Ulama Ba'alawi dikalangan mereka, namun bilangan mereka adalah terlalu sedikit berbanding dengan masyarakat Ba'alawi amnya. Keadaan sedemikian telah menghakiskan status Ba'alawi keseluruhannya.


Ba'alawi Masa Kini

Keturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir pada masa kini membiak dengan banyaknya. Mereka bemastautin di sebahagian besar pelusuk dunia. Mereka ialah keturunan kelompok-kelompok Ba'alawi yang keluar dari Hadhramaut. Mereka dikenali dengan berbagai gelaran seperti Syed atau Saiyid, seperti di Indonesia dan di Malaysia. Mereka juga dikenali dengan nama Habeeb seperti di India, Sidi, Syarif, Tuanku, Engku, Wan dan beberapa panggilan lagi. Namun begitu disebabkan beberapa faktor ramai pula keturunan Ba'alawi yang telah kehilangan identiti mereka. Kebanyakkan dari golongan ini menganggap mereka sebagai orang tempatan dengan mengamalkan budaya tempatan dan melupakan budaya datuk nenek mereka. Ramai pula keturunan Ba'alawi yang berakar umbi di tempat-tempat yang mereka tinggal kini, sejak datuk nenek mereka berhijrah seawal-awal abad ke-15 Masehi dahulu. Mereka tidak lagi mengenali asal-usul mereka, dan perhubungan mereka dengan negeri Ibunda telah begitu lama terputus.

Walaupun ramai ahli keluarga Ba'alawi yang telah hilang identiti, namun ramai pula yang masih berpegang teguh dengan asal-usul mereka dan mengambil berat tentang silsilah keluarga. Mereka juga masih menjalin hubungan dengan saudara mara di Hadramaut. Golongan ini terdiri daripada anak cucu mereka yang keluar merantau dalam abad ke-18 dan ke-19. Ramai daripada mereka terutama anak cucu Ba'alawi yang berhijrah terkemudian dan tinggal di kawasan-kawasan berhampiran pelabuhan. Mereka masih berpegang teguh dengan beberapa tradisi Ba'alawi, dan ada yang masih fasih berbahasa Arab. Oleh itu, sayogianya kita bertemu dengan kelompok keturunan Ba'alawi yang masih berpegang dengan tradisi dan amalan datuk nenek mereka, maka kita akan bersua dengan amalan seperti membaca Maulid Diba'ii, Ratib Haddad, Ratib Al 'Attas dan lain-lain lagi. Seperkara yang menggembira dan menggalakkan ialah bahawa mereka daripada golongan ini giat menghidupkan kembali dan mengembang tradisi ini di kalangan keturunan Ba'alawi yang sudah jauh terpisah daripada kelompok asal. Ini dilakukan dengan menarik dan menggalakkan mereka menghadiri majlis Ta'lim atau Rohah, sekaligus mengukuhkan silaturrahim diantara mereka. Namun begitu masih ramai lagi daripada keturunan Ba 'alawi yang hanyut di bawa arus kemodenan dan kejahilan, dan belum lagi terdedah kepada amalan murni Ba'alawi. Mereka ini amat perlu mendapat perhatian.

Seorang ulama besar yang wafat di Jakarta, iaitu Habib Muhammad bin Abdurrahman Bin Syahab, pemah melahirkan harapan agar generasi-generasi yang datang kemudian dari keturunan 'Alawi akan memegang teguh kepada agama Islam, mejaga pusaka nenek-moyang, dan jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat(15). Marilah kita sama-sama berdo'a agar Allah s.w.t memberi taufik dan hidayah semoga mereka yang terpisah ini akan jua balik ke pangkal jalan mengenali diri dan asal usul mereka, serta menghargai warisan mereka yang sebenarnya. Sesuai dengan hadith(16) Rasulullah s.a.w mengenai pentingnya mempelajari tentang nasab, kita menaruh harapan yang mereka juga akan mengambil berat tentang nasab masing-masing.

(Disusun semula oleh: Karimy Uthman Benyahya)

--------------------------------------------------------------------------------
[1]Ahmad bin Isa bin Muhammad An-Naqib bin Ali 'Uraidhi bin Jaafar As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali dan Saiyidatina Fatimah Azzaharah binti Saiyidina Muhammad saw.
[2]Ba'alawi juga dikenali dengan nama Bani Alawi.
[3]Al-Husaisah terletak diantara Saiwon dan Tarim tetapi dewasa ini tempat tersebut telah tertimbus dibawah timbunan padang pasir.
[4]Ibhadiah adalah pecahan daripada golongan kaum Khawarij di bawah pimpinan Abdullah bin Ibhad. Kumpulan ini telah beberapa kali memberontak menentang Khalifah Umayyah. Pemberontakan yang terkenal ialah pemberontakan yang diketuai oleh Abdullah bin Yahaya pada tahun 129 Hijrah. Kaum Ibhadiah seterusnya meluaskan pengaruh mereka ke Oman, Yaman dan Hadhramaut.
[5]Panggilan Salaf, pada umumnya, adalah ditujukan kepada mereka yang hidup di dalam abad pertama hingga ke-3 Hijrah, atau lebih tepat lagi ditujukan kepada para sahabat Nabi saw., Tabi'in dan Tabi'it-tabiin. Walau bagaimana pun para ulama Hadhralmaut menggunakan panggilan Salaf ke atas ulama-ulama terawal mereka yang soleh.
[6]Ba'alawi juga dikenali dengan nama Bani Alawi.
[7]Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali ialah personaliti Sadah yang menumpukan khusus kepada ilmu Tasauf di dalam abad ke-13 Masehi. Beliaulah yang bertanggung- jawab mewajibkan golongan Sadah meninggalkan senjata dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada agama dan akhlak. Setelah itu ciri utama yang mempengaruhi pemikiran dan cara hidup golongan Sadah ini ialah Ilmu Tasawuf. Penulis-penulis dari golongan Sadah banyak menumpukan karya mereka dalam bentuk puisi. sama ada berbentuk agama mahupun sekular, dan juga kepada sejarah keturunan (silsilah) - Wadi Hadhramaut and The Walled City of Shibam, karya Ronald Lewcock, dan dipetik daripada cetakan UNESCO 1986.
[8]Dalam jangka masa inilah Ba'alawi menerima Mazhab Syafi'ie sebagai anutan dan merekalah yang seterusnya bertanggung-jawab menyebarkan ajaran Imam Syafi'ie ke negeri-negeri di pesisiran pantai Lautan Hindi. -ibid.
[9]Abdurrahman As-Saqqaf bin Muhammad Mawla Dawilah, yang lebih dikenali dengan gelaran As-Saqqaf (bermakna atap) oleh kerana keilmuan agama beliau begitu mendalam sehingga apabila dibandingkan dengan tokoh-tokoh yang lain, 'alimnya umpama atap dengan lantai. As-Saqqaf adalah seorang hartawan akan tetapi kekayaan beliau tidak menghalang dirinya menjadi seorang yang wara'. Beliau membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk tujuan agama. Beliau membina 10 buah masjid dan telah memperuntukkan waqaf bagi membiayai perjalanan masjid tersebut.
[10]Umar Al-Mahdar bin Abdurrahman As-Saqqaf, ialah seorang ulama yang terkenal dengan sifat dermawan beliau. Rumah beliau sentiasa dipenuhi dengan tetamu-tetamu yang berkunjung untuk bertanya mengenai hal agama ataupun hal duniawi. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang menanggung sara hidup beberapa keluarga yang susah. Beliau membina tiga buah masjid.
[11]Abdullah bin Abi Bakar As-Sakran bin Abdurrahman As-Saqqaf masyhur dengan gelaran Al-'Aidarus. Beliau baru menjangkau usia 10 tahun apabila ayah beliau meninggal dunia. Oleh itu beliau dipelihara oleh paman beliau iaitu Al-Mahdar yang sekali gus menjadi guru beliau. Abdullah dididik oleh paman beliau didalam ilmu Syariat, Tasawuf dan Bahasa Arab. Semasa wafatnya Al-Mahdar Al-'Aidarus baru berusia 25 tahun. Jemaah Ba' Alawi sebulat suara bersetuju untuk melantik Imam Muhammad bin Hassan Jamalullail sebagai naqib baru menggantikan Al-Mahdar , akan tetapi Imam Muhammad Jamalullail menolak. Sebaliknya Imam Muhammad meminta Al' Aidarus dilantik sebagai naqib. Abdullah Al-'Aidarus adalah seorang ulama' berkaliber tinggi. Beliau bertanggungjawab menyebar luas ilmu dan dakwah, tekun mengisi waktu beliau dengan ibadah. Beliau juga menyalurkan hartanya untuk kepentingan umum. Di dalam buku Almasyra' Arrawiyfi Manaqib Assadah Al-kiram Bani Alawiy,beliau disebutkan bahawa, " dalam kedermawanannya bagaikan seorang amir, namun dalam dalam tawaddu' bagaikan seorang fakir ". Beliau sangat senang menampakkan nikmat Allah ke atas dirinya dengan mengenakan pakaian indah, kenderaan rang megah dan rumah kediaman yang mewah.
[12]Ali Zainal-Abidin bin Abdullah bin Syeikh Al-'Aidarus adalah seorang Imam yang terkenal dalam berbagai ilmu. Guru utamanya ialah ayahnya sendiri. Beliau bertindak sebagai murid dan pelayan ayahnya, dan tidak pernah berpisah dengan ayahnya selama ayahnya masih hidup. Setelah ayahnya wafat, Zain Al-Abidin menggantikan ayahnya sebagai naqib. Beljau mencurahkan sepenuh tenaga dan pemikiran untuk kepentingan umum dan Ba'alawi khususnya. Beliau dihormati oleh Sultan-sultan di Yaman, dan dalam menjalankan urusan pentadbiran, mereka merujuk kepada beliau sebelum membuat apa-apa keputusan. Ini menyebabkan Zain Al-Abidin mempunyai ramai musuh. Akan tetapi kebijaksanaan beliau dalam mengendalikan musuh-musuh tersebut dapat menawan hatI mereka, yang pada akhirnya musuh bertukar menjadi sahabat. Selain daripada mempunyai pengetahuan dan kewibawaan yang tinggi di dalam ilmu Syari'at, Tasawuf dan Bahasa Arab, beliau juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dalam bidang pertanian yang diajarkan kepada ramai. Diakhir hayatnya, beliau juga terkenal sebagai seorang tabib yang berwibawa.
[13]Dalam tahun 1930-an adalah dianggarkan bahawa sekurang-kurangnya 13,000 orang daripada keturunan Ba'alawi berada di Hyderabad, India. Ramai di antara mereka menjadi anggota dan pegawai tentera Nizam Hyderabad (Nizam's Arabian Regiment). Sumber dipetik daripada buku "Hadramaut -Some of Its Mysteries Unveiled oleh D. Van Der Meulen dan H. Von Wissmann.
[14]Muhanunad bin Ahmad As-Syathiri, didalam buku beliau, Sirah As-Salaf Min Bani Alawiy Al-Hussainiyin, untuk membuktikan perkara ini, telah meriwayatkan bahawa Sultan Badr bin Thuwairiq pernah menzahirkan hasrat baginda untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kuasa dan pemerintahan kepada Al-Imam Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim (wafat l044H/1635M). Akan tetapi Imam Hussain secara bijaksana menolak dan meyakinkan baginda supaya terus memerintah, serta berjanji memberi segala bantuan dan nasihat kepada baginda.
[15]Lihat Soal Jawab Agama Islam oleh Prof Dr. Hamka. penerbitan Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. 1978. ms 58
[16]Dari Abu Hurairah r.a .katanya bersabda Rasulullah s.a.w : "Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, dan memanjangkan umur". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya. Tarmizi dan Al-Hakim.

Friday, June 4, 2010

ILMU PERANG MAT KILAU


Mat Kilau pernah berguru kepada seorang wali Allah iaitu Tukku Paloh seorang ulama terbilang di Terengganu. Sebagai seorang pahlawan Melayu dan pejuang , Mat Kilau banyak mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh. Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang, pantang menyerah kalah walau nyawa menjadi galang ganti.

Oleh kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam. Akhirnya pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia dengan mendakwa bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Tepat jam 10.30 pagi hari Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas pengiktirafan itu, beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun.

Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau miliki:

Amalan 1:Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh):
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail hadangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang La ilaha illa Allah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada binasa Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat La ilaha ilLa Allah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat menentang mataku aku berdiri di dalam kandang La ilaha ilLa Allah dengan berkat guru-guruku La ilaha illa Allah


Amalan 2:Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh):
Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Summun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU


Amalan 3:Untuk Kuat dan Gagah :
Hai Besi Putih Besi Khursani Besi Pelilit di pinggangku Kuat aku seperti Saidina Ali Gagah aku seperti Saidina Hamzah Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu Jangan engkau makan hati yang putih Engkau makan darah dan daging Jikalau engkau makan hati yang putih Derhaka engkau kepada Allah,Hai Kaddam Kuddim Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat Ketujuh petala langit dan ketujuh petala bumi Keluarlah engkau daripada tempatnya Berkat doa La ilaha Illa Allah Muhammad rasulullah(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)

--Manafaat Inti Besi Khursani:
Meningkatkan kepercayaan diri sehingga keupayaan positif yang terpendam dapat dinyatakan dalam kehidupan sehari-hari untuk meningkatkan mutu kehidupan yang lebih baik.Mendapatkan ketenteraman jiwa, mampu mengendalikan tenaga negatif dalam diri, mampu mengoptimakan tenaga positif dalam diri, serta mendorong perilaku positif dalam kehidupan sehari-hari baik dalam pekerjaan, rumah-tangga, maupun dimasyarakat.
Meningkatkan mutu sistem metabolisme tubuh.
Meningkatkan mutu sistem ketahanan tubuh.
Meningkatkan mutu sistem regenerasi organ tubuh.
Meningkatkan mutu susunan syaraf pusat.
Meningkatkan kesegaran tubuh sehingga tubuh tidak mudah merasa letih.
Menghindarkan diri dari serangan jantung dan stroke.
Memperlambat proses penuaan kulit.
Mempertahankan kesegaran tubuh, muka, perut, dan buah dada.
Meningkatkan pertumbuhan dan kecerdasan.
Meningkatkan libido sex.
Kemampuan memagar metafisik (pagaran tenaga meta) untuk diri pribadi dan orang lain sehingga terhindar dari tindak kejahatan seperti rompakan,penculikan ataupun pembunuhan.
Kemampuan membuat pagaran metafisik (pagaran energi meta) untuk diri pribadi dan orang lain sehingga terhindar dari serangan tenaga negatif (ilmu hitam) yang dikirimkan seseorang seperti teluh, tenung, sihir, guna-guna.
Kemampuan membuat pagaran metafisik (pagaran energi meta) untuk diri pribadi dan orang lain sehingga terhindar dari serangan hipnotis, magnetis, gendam, dan telepati negatif yang dikirimkan orang lain kepada kita.
Kemampuan membuat pagaran metafisik (pagaran energi meta) pada rumah, pejabat, kebun, kenderaan , dan benda-benda berharga lainnya sehingga terhindar dari tindakan kecurian, rompakan .
Kemampuan membantu proses penyembuhan pada penderita yang terserang tenaga negatif dan pengaruh hipnotis, gendam, dan magnetis negatif, sehingga pulih dan normal semula.
Kemampuan melakukan terapi penyembuhan pada penderita yang terasuk roh halus/jin hitam sehingga pulih dan sedar kembali.
Kemampuan membantu penyembuhan bagi penderita insomnia (susah tidur) sehingga normal kembali, baik pada anak-anak ataupun orang dewasa.
Keselamatan tubuh yang lebih prima dari serangan senjata tajam seperti tusukan, tebasan senjata tajam :pedang, golok, badik, dll.
Keselamatan dari serangan senjata api.
Keselamatan dari ledakan bom, pecahan mortar, dan pecahan bom yang kerap terjadi .
Keselamatan dalam perjalanan darat, laut, udara, maupun pendakian gunung, serta keselamatan dari bahaya hutan.
Menambah padu pukulan tangan sehingga mampu meningkatkan pertahanan dari serangan kejahatan lawan.--

Amalan 4:Pendinding Diri dan Meringankan Badan:
Khursani menggantikan diriku Khursani menggantikan nyawaku Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa La ilaha Illa Allah


Helaian muka surat dalam Kitab Mat Kilau :





















































Nusantara telah dijajah selama beratus tahun dan kemudian dipecah dan dipisah-pisahkan menjadi beberapa negara yang berasingan dengan tujuan untuk melemahkan orang-orang Melayu. Mereka menyusun strategi untuk melemahkan Melayu kerana mereka dapat tahu (dari teks-teks silam) bahawa orang-orang Malai ini akan sekali lagi menjadi pemimpin atau peneraju dunia .

Amalan Mat Kilau yang dicatat di atas itu termasuk dalam ‘ilmu perang’ orang-orang Melayu zaman dahulu. Di Nusantara ini terdapat ramai pahlawan Melayu yang tinggi ilmunya, dan pada pendapat saya, ciri kepahlawanan ini akan terus wujud dan subur di kalangan bangsa Melayu, selagi bangsa Melayu masih bernafas.

Mudah-mudahan dapat membangkitkan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya kita berada dalam keadaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sunday, May 30, 2010

ALFATIHAH

13 Mei 2010-Telah kehilangan dua insan istimewa.Gambar diletakkan di blog ini sebagai satu kenangan dan sebagai tanda dan rasa kasih walau tidak pernah bersua.

Habib Ali Bin Jafar Bin Ahmad Al Aydrus 'Batu Pahat'


Kembali dengan tenang
Abuya Ashaari Muhammad 'Darul Al-Arqam'

Saturday, May 29, 2010

SYEIKH ABDUL KARIM IBNU IBRAHIM AL JAILI

Al-Jili: adalah seorang sufi terkenal dari Baghdad,lahir pada 1365 M (767 H) dan meninggal dunia 1409 M (811 H). Al-Jili rh adalah dari keturunan Syaikh Abdul Qadir al-Jailani rh yang nasab nya bersambung kepada Al-Hasan cucu Rasulullah SAWW, seorang pendiri dan pemimpin tarekat Qadiriyah dan murid Syaikh Syarafuddin Ismail ibn Ibrahim al-Jabarti rh, seorang tokoh tasawuf terkenal di negeri Zabit Yaman. Dalam dunia tulis menulis al-Jili termasuk seorang sufi yang cukup kreatif, karangannya tentang tasawuf tidak kurang dari 20 buah, yang paling terkenal diantaranya: al-Insān al-Kāmil dan al-Kahf wa al-Raqīm:

**Allah Ta'ala telah menurunkan Taurat atas Nabi Musa AS. dengan sembilan alwāh (lembaran naskah kitab suci), dan Dia memerintahkan agar Nabi Musa menyampaikan kepada kaumnya tujuh naskah saja dan meninggalkan dua naskah yang tersisa, demikian ini karena ketika itu daya intelektual kaum beliau belum mampu untuk menerima ajaran-ajaran yang ada pada kedua lembaran naskah itu. Seandainya Nabi Musa AS. mengemukakan kedua lembaran naskah itu (pada umatnya) maka pasti risalah yang beliau kehendaki akan dibuat berantakanlah karena tidak akan ada satu orangpun dari umat beliau yang akan mempercayainya. Pada masa itu dua lauh (lembaran naskah) itu dikhususkan buat Nabi Musa dan bukan untuk orang lain.

Dan adalah lembaran-lembaran naskah yang diperintahkan kepada beliau untuk menyampaikannya terdiri dari ilmu-ilmu kaum awalin dan kaum akhirin, terkecuali ilmu Nabi Muhammad SAW, ilmu Nabi Ibrahim AS, dan ilmu Nabi Isa AS, dan ilmu tentang waratsah (ilmu waris) Nabi Muhammad SAW. Demikian ini karena kandungan isi Taurat itu tidak mencakup kepada keistimewaan-keistimewaan dan waratsat Nabi Muhammad SAW, keagungan tentang Nabi Ibrahim AS dan Isa AS. Dan adalah lembaran tujuh naskah yang diperintahkan kepada Musa AS. untuk menyampaikannya itu terbuat dari batu marmer, lain halnya dengan dua lembaran naskah yang tersisa lainya dimana keduanya terbuat dari nur (cahaya). Oleh karena hal ini (menggambarkan) bahwa hati kaum Nabi Musa telah menjadi keras (laksana batu) karena lembaran-lembaran naskahnya sendiri terbuat dari bebatuan.

Semua ajaran (ilmu) yang tercakup oleh ketujuh lembaran naskah itu terdiri dari tujuh kebutuhan-kebutuhan umat beliau tentang al-ilahiyyah (ketuhanan) dan ini pun terbagi kepada beberapa alwāh; lembaran pertama adalah an-nur (cahaya), lembaran kedua al-huda (petunjuk) sebagaimana firman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah.."[1], ketiga al-hikmah (kebijaksanaan), keempat al-qawiyy (power), kelima al-hukmu (hukum), keenam al-'ubudiyyah (peribadahan) dan ketujuh adalah penjelasan tentang jalan kebahagiaan dan kemalangan serta penjelasan apa yang diutamakan dari ketujuh lembaran naskah yang harus disampaikan Nabi Musa AS. itu.

. Adapun dua lembaran naskah yang dikhususkan untuk Nabi Musa AS. adalah lauh (lembaran) pertama tentang rububiyyah (sifat ketuhanan) dan lauh kedua tentang al-qudrat (kekuasaan), mengenai masalah ini tidak ada seorangpun dari kaum Musa AS. yang menggenapi kedua lauh ini karena memang Nabi Musa AS. tidak mendapat perintah untuk menyampaikan sembilan lauh itu semuanya, dan tidak pula ada orang dari umat beliau yang menggenapinya setelah beliau wafat sekalipun.

Lain halnya dengan Nabi Muhammad SAW. dimana beliau benar-benar tidak meninggalkan sesuatu risalahpun kecuali menyampaikannya kepada kita, Allah Ta'ala berfirman: "...Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab..."[2], juga firman-Nya: "..dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas".[3] Oleh karena ini pula agama Nabi Muhammad SAW. adalah khairul milal (sebaik-baik agama), beliau telah menghapuskan semua agama dengan agama Islam karena agama ini datang dengan membawa seluruh ajaran yang telah diberikan kepada segenap para nabi sebelum beliau dan menambahnya dengan apa-apa yang belum pernah diberikan kepada para nabi itu. Maka agama-agama mereka (para nabi terdahulu) pun telah dihapuskan karena ketidak sempurnaa agama-agama mereka itu.

Rasulullah SAW. telah menjadikan agama yang beliau bawa menjadi termasyhur dengan segala kesempurnaanya. Allah Ta'ala berfirman: " ...pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku..."[4]. Ayat ini belum pernah diturunkan Allah Ta'ala kepada nabi selain Nabi Muhammad SAW, dan seandainya ayat ini diturunkan kepada salah seorang nabi sebelum beliau tentu dia akan menjadi khātaman nabiyīn, akan tetapi hal itu tidak valid (sah) kecuali kepada Nabi Muhammad SAW. Ayat ini telah diturunkan kepada beliau maka jadilah beliau sebagai khātaman nabiyīn (nabi yang paling sempurna).

Allah Ta'ala tidak meninggalkan satu hikmah , satu petunjuk, satu ilmu dan satu rahasiapun kecuali Dia memberitahukannya kepada Nabi Muhammad SAW. Allah Ta'ala juga telah memberikan isyarat kepada beliau atas dikaruniakannya satu qadr (pangkat khātaman nabiyīn) yang berkenaan dengan para nabi, untuk yang demikian ini terdapat rahasia yang terkadang berlaku sebagai tashrīh (pengakuan), talwīh (pemberian isyarat dari jauh), isyārat (penuturan), kināyah (metonimi), isti'ārah (metapora), muhkam (keputusan yang tepat), mufassar (yang ditafsirkan), muawwal (yang harus ditakwil), mutasyābih (yang samar) atau kepada istilah lain dari istilah balaghah bahasa Arab.

Tidak tersisa satu pintu masuk kepada (derajat khātaman nabiyīn) pun bagi seseorang selain bagi Nabi Muhammad SAW. karena beliau telah datang dengan membawa perintah Tuhan dan khatmu nubuwwat (pengakhiran kenabian syari'at), hak itu karena dia tidak meninggalkan satu hukum pun yang dibutuhkan umat beliau kecuali beliau SAW. telah membawakan (mengajarkannya)nya. Tidak pula akan didapati suatu kesempurnaan yang akan datang setelah beliau dari ajaran-ajaran yang semestinya Allah Ta'ala ajarkan kepada beliau.

Rasulullah SAW. benar-benar telah melaksanakan ajaran-ajaran yang demikian itu dan mengikuti kesempurnaannya sebagaiman yang telah Allah ajarkan kepada beliau. Dan jadilah beliau SAW. sebagai tābi'an (orang yang mengikui) ajaran-ajaran yang sempurna itu. Fa-inqotho'a hukmu nubuwwati at-tasyri' ba'dahu wa kāna Muhammadun shollallohu 'alaihi wa sallam "khātaman nabiyīn" (Maka terputuslah hukum kenabian tasyri'[pembawa syari'at/hukum baru] setelah beliau, oleh karena itu pula beliau (mendapat gelar) sebagai khātaman nabiyīn, karena beliau telah datang dengan membawa kesempurnaan yang tidak pernah dibawakan oleh seorang rasul manapun.[5]



** Dari al-Insān al-Kāmil fī ma'rifati al-awākhir wal al-awāil, bab as-sādis wa ats-tsalatsūn, hal 132-133.



--------------------------------------------------------------------------------

[1] Al-Maidah [05]:44

[2] Al-An'am [06]:38

[3] Al-Isra [17]:12

[4] Al-Maidah [05]:3

[5] Dari pernyataan Syaikh Al-Jili dapat kita mengambil kesimpulan bahwa pintu kenabian yang tertutup setelah Nabi Muhammad SAW. hanyalah pintu kenabian tasyri' (pembawa hukum baru) dan bukan pintu kenabian ghair tasyri' (tidak membawa hukum/syari'at baru), karena Nabi SAW. telah menjanjikan akan datangnya seorang nabi yang akan diberi gelar Isa Ibnu Maryam di akhir zaman ini, yang bertugas hanya semata-mata mengikuti dan mengadakan tajdid atas ajaran Islam.

Thursday, May 27, 2010

MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom).Datuk nya, Tengku Ali meninggalkan takhta Kerajaan Bilah Paning,Sumatera setelah kemangkatan ayahandanya. Tengku Ali sukarela menyerahkan takhta nya kepada adinda nya. Sesudah itu Tengku Ali melarang memanggil beliau dengan gelaran Tengku.Tengku Ali berkahwin dengan Wan Siti Hajar juga dikenali Tok Dina. Tengku Ali dikurniakan lima anak ,Ranting Mas,Maimunah,Khatib Rasu (Tok Gajah), Min dan Khatib Mohd Arif.

Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda (isteri ke 3 kpd Tok Gajah) iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1847 di Kampung Kedondong,Pulau Tawar,Jerantut. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikutdan sahabat nya. Sahabat nya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim (kedua nya anak Tok Gajah), Mat Kelubi (anak saudara Tok Gajah), Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Mat Kilau memakai beberapa gelaran seperti Mat Siam,Mat Dadu,Muhamad Ibrahim.Bersama-sama pahlawan lain berjalan kaki menuju ke Golok,Selatan Siam. Ketika itu Selatan Siam dibawah Sultan Abdullah.Dari Golok berjalan kaki pula selama 5 hari 5 malam ke Chiengmai dan tinggal di Chiengmai selama 3 bulan sebelum berpindah ke Patani. Disini menuntut ilmu agama dengan Syed Ahmad Fadzullah yang berasal dari Bandung,Indonesia.

Kepada anak murid yang juga menantu nya Pakcik Abu Bakar, beliau membuka rahsia siapa sebenarnya Mat Siam ketika hendak memutuskan ilmu Mat Siam kepada Pakcik Bakar dan terpaksa membuka rahsia siapa beliau sebenarnya.Mat Siam bertanya kepada Pakcik Bakar "Kamu kenal tak aku? "Kenal,Aki lah Mat Siam" jawab Pakcik Bakar. Sambil menuding jari ke dada nya Mat Siam berkata " Aku lah Mat Kilau anak Tok Gajah".Namun rahsia itu disimpan oleh Pakcik Bakar. Silat yang diajarkan kepada Pakcik Bakar dinamai Tapak Setia Suci. "Silat ini Silat Mat Kilau dan buah nya dari Datuk Bahaman" kata Mat Kilau.

Haji Abu Bakar Awang menantu Mat Kilau

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Bersama Mek Munah,Mat Kelantan (berkaca mata hitam) dan Raja Ibrahim

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Setelah Pengumuman ,Mat Kilau dibawa pulang kerumahnya semula di Batu 5 Jalan Gambang,Kuantan. Ketika itu kedengaran pula di Peramu,Kuantan akan seorang tua yang bergelar Tok Peramu.Pernah menantu nya Pakcik Bakar bertanya siapa gerangan Tok Peramu.Mat Kilau menjawab orang hanyut. Sebetul nya orang hanyut bermaksud orang dari hulu semantan yang kehilir ke Kuantan. Bermakna Tok Peramu adalah Datuk Bahaman. Pakcik Bakar telah membawa Mat Kilau berjumpa Tok Peramu. Bila dihadapan rumah Tok Peramu,Tok Peramu menuding jari kearah Mat Kilau dgn mengatakan Mat Kilau 'orang jahat mulut' yang bermaksud Mat Kilau telah membuka rahsia dirinya yang mana tidak disenangi oleh Tok Peramu.Selepas itu mereka berpelukan seperti orang yang sudah lama tak berjumpa atau mungkin berpelukan kerana tau ajal Mat Kilau sudah dekat.Mat Kilau dianggap seorang pahlawan yang engkar kerana telah melanggar sumpah yang pernah dibuat bersama sahabat-sahabat yang lain. Tok Peramu pernah berkata,kalau Mat Kilau hidup tak selamat,kalau selamat tak hidup,agaknya Mat Kilau itu nak pendek umur.Selepas pengakuan itu, Mat Kilau jatuh sakit,bengkak kaki dan mulut nya herot/senget.

Menurut cerita Pakcik Bakar, ketika nazak, Mat Kelubi pun datang menziarahi Mat Kilau walaupun mengikut catatan sejarah Mat Kelubi telah mati ditembak Inggeris sewaktu sedang berperahu.Orangnya kecil tidak sampai 5 kaki. Jelas Pakcik Bakar, pada suatu malam seorang yang tidak dikenali diiringi dua orang yang lengkap berpakaian hulubalang zaman dahulu datang menziarahi Mat Kilau. "Waktu tu saya agak letih dan tidak menghiraukan mereka. Orang itu mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menjaga Mat Kilau. Mereka meminta izin untuk pulang dan terus hilang dari pandangan".

Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Mek Munah dari Pasir Nering,Kuala Brang dan rombongan dari Kelantan yang terdiri Mat Kelantan yang ketika itu berusia 150 tahun (telah buta) dan Raja Ibrahim Tan Kecik dipanggil utk pengesahan. Mat Kelantan dan Raja Ibrahim pernah sama2 berjuang menentang Inggeris di Kuala Tembeling pada 1894.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran diatas pangkuan menantu nya Pakcik Bakar pada jam 6.46 pagi,Ahad 16 Ogos 1970. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.(Tok Guru Peramu/ Datuk Bahaman meninggal lewat 7 tahun dari tarikh Mat Kilau meninggal iaitu 23 Julai 1977).

Tekanan perasaan yang dialami membuatkan Mat Kilau terpaksa berterus terang walaupun tahu berhadapan dengan maut. Mat Kilau tidak mahu nanti anak-anak nya berkahwin sesama sendiri.Anak-anak tidak mengetahui siapa ayah mereka selagi pengakuan tidak dibuat.

'Pakaian' Mat Kilau:
Mat Kilau memakai buntat embun. Seseorang yang memakai buntat embun susah mati kecuali buntat itu keluar dari tubuh pemakai. Walaupun terpisah kepala dengan tubuh sekalipun tetapi pemakai buntat embun boleh hidup balik. Menurut Pawang Nong iaitu Pawang Diraja, Mat Kilau mendapat buntat embun daripada orang asli di Bukit Raya,Mukim Budu,Kuala Lipis. Pawang Nong dan adiknya Bilal Abu mengatakan juga Mat Kilau mempunyai buntat embun dicelah kaki kirinya diantara jari kelinking dan jari manis. Pernah seorang bomoh patah bernama Pak Tunggal mengintip pergerakan Mat Kilau dan ayah nya. Pak Tunggal dapati Mat Kilau bersama ayah nya sedang mandi embun. Mereka berdua duduk diatas daun pisang diatas pokok.

Wednesday, May 26, 2010

TOK GAJAH

TOK GAJAH ??

Tok Gajah menjadi Orang Besar Pahang dizaman pemerintahan Sultan Ahmad AlMuazzam Shah. Tok Gajah atau Khatib Rasu diberi pegangan sempadan oleh Sultan dari Bau Redap sampai ke Kuala Piul. Dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa,dari Pedah sampai ke Tanjong Lindong dan juga lembahan Sg Budu di Lipis. Beberapa gelaran lain : Sultan Garang, Imam Perang Rasu, Datuk Imam Perang Pahang, Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang.

TOK GAJAH DAN TOK BAHAMAN DI KAKI TENGKU BESAR MAHMUD IBNI SULTAN AHMAD MUADZAM SHAH


Keratan akhbar 'Media Terkini,10 September 2002' yang masih aku disimpan :



LIHAT PADA PERSAMAAN RUPA DI AKHBAR DAN GAMBAR BERSAMA TOK BAHAMAN.

MARTABAT 7








Sejarah mencatat, pada akhir abad ke-8, muncul aliran Wahdatul Wujud, suatu faham tentang segala wujud yang pada dasarnya bersumber satu. Allah Ta’ala. Allah yang menjadikan sesuatu dan Dialah a’in dari segala sesuatu. Wujud alam adalah a’in wujud Allah, Allah adalah hakikat alam. Pada hakikatnya, tidak ada perbedaan antara wujud qadim dengan wujud baru yang disebut dengan makhluk. Dengan kata lain, perbedaan yang kita lihat hanya pada rupa atau ragam dari hakikat yang Esa. Sebab alam beserta manusia merupakan aspek lahir dari suatu hakikat batin yang tunggal. Tuhan Seru Sekalian Alam.

Faham wahdatul wujud mencapai puncaknya pada akhir abad ke-12. Muhyidin Ibn Arabi,seorang sufi kelahiran Murcia, kota kecil di Spanyol pada 17 Ramadhan 560 H atau 28 Juli 1165 M adalah salah seorang tokoh utamanya pada zamannya. Dalam bukunya yang berjudul Fusus al-Hikam yang ditulis pada 627 H atau 1229 M tersurat dengan jelas uraian tentang faham Pantheisme (seluruh kosmos adalah Tuhan), terjadinya alam semesta, dan keinsankamilan. Di mana faham ini muncul dan berkembang berdasarkan perenungan fakir filsafat dan zaud (perasaan) tasauf.

Faham ini kemudian berkembang ke luar jazirah Arab, terutama berkembang ke Tanah India yang dipelopori oleh Muhammad Ibn Fadillah, salah seorang tokoh sufi kelahitan Gujarat (…-1629M). Di dalam karangannya, kitab Tuhfah, beliau mengajukan konsep Martabat Tujuh sebagai sarana penelaahan tentang hubungan manusia dengan Tuhannya. Menurut Muhammad Ibn Fadillah, Allah yang bersifat gaib bisa dikenal sesudah bertajjali melalui tujuh martabat atau sebanyak tujuh tingkatan, sehingga tercipta alam semesta dengan segala isinya. Pengertian tajjali berarti kebenaran yang diperlihatkan Allah melalui penyinaran atau penurunan — di mana konsep ini lahir dari suatu ajaran dalam filsafat yang disebut monisme. Yaitu suatu faham yang memandang bahwa alam semesta beserta manusia adalah aspek lahir dari satu hakikat tunggal. Allah Ta’ala.

1. ALAM AHDAH

Dalam memperkatakan Alam Qaibull-Quyyub iaitu pada martabat Ahdah di mana belum ada sifat, belum ada ada asma', belum ada afaal dan belum ada apa-apa lagi iaitu pada Martabat LA TAKYIN, Zat UlHak telah menegaskan untuk memperkenalkan DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada manusia dan di tajallikanNya akan DiriNya dari satu peringkat ke peringkat sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan jasmani.

Adapun Martabat Ahdah ini terkandung ia di dalam Al-Ikhlas pada ayat pertama iaitu{QulhuwallahuAhad), iaitu Sa pada Zat semata-mata dan inilah dinamakan Martabat Zat. Pada martabat ini diri Empunya Diri (Zat Ulhaki) Tuhan RabbulJalal adalah dengan dia semata-mata iaitu dinamakan juga Diri Sendiri. Tidak ada permulaan dan tiada akhirnya iaitu Wujud Hakiki Lagi Khodim.

Pada masa ini tiada sifat, tiada Asma dan tiada Afa'al dan tiada apa-apa pun kecuali Zat Mutlak semata-mata maka berdirilah Zat itu dengan Dia semata-mata di dalam keadaan ini dinamakan AINUL KAFFUR dan diri zat dinamakan Ahdah jua atau di namakan KUNNAH ZAT.

2. ALAM WAHDAH

Alam Wahdah merupakan peringkat kedua dalam proses pentajalliannya diri Empunya Diri telah mentajallikan diri ke suatu martabat sifat iaitu "La Tak Yin Sani" - sabit nyata yang pertama atau disebut juga martabat noktah mutlak iaitu ada permulaannya.
Martabat ini di namakan martabat noktah mutlak atau dipanggil juga Sifat Muhammadiah. Juga pada menyatakan martabat ini dinamakan martabat ini Martabat Wahdah yang terkandung ia pada ayat "Allahus Shomad" iaitu tempatnya Zat Allah tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Pada peringkat ini Zat Allah Taala mulai bersifat. SifatNya itu adalah sifat batin jauh dari Nyata dan boleh diumpamakan sepohon pokok besar yang subur yang masih di dalam biji , tetapi ia telah wujud, tidak nyata, tetapi nyata sebab itulah ia di namakan Sabit Nyata Pertama martabat La Takyin Awwal iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata (wujud pada Allah) tetapi tidak zahir.
Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidak lagi Berasma' dan di peringkat ini terkumpul Zat Mutlak dan Sifat Batin. Maka di saat ini tidaklah berbau, belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata iaitu di dalam keadaan apa yang di kenali ROH-DDHAFI. Pada peringkat ni sebenarnya pada Hakiki Sifat. (Kesempurnaan Sifat) Zat Al Haq yang di tajallikannya itu telah sempurna cukup lengkap segala-gala. Ianya terhimpun dan tersembunyi di samping telah zahir pada hakikinya.

3. ALAM WAHDIAH

Pada peringkat ketiga setelah ditajalli akan dirinya pada peringkat "La takyin Awal", maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula diriNya ke satu martabat As'ma iaitu pada martabat segala Nama dan dinamakan martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai-cerai atau di namakan "Hakikat Insan." Martabat ini terkandung ia didalam "Lam yalidd" iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma' Batin. Apa yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini sudah dapat di tentukan bangsa masing - masing tetapi pada masa ini ianya belum zahir lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam keadaan "Ainul Sabithaah". Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam rahsia Allah, belum terzahir, malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi. Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan martabat wujud Am kerana wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah Dan Ilmu Allah.
Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia Allah dalam hakiki dalam batin iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh iaitu pada menyatakan Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.

4. ALAM ROH

Pada peringkat ke empat di dalam Empunya Diri, Dia menyatakan, mengolahkan diriNya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamaka roh. Jadi pada peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh.Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan Afa'alnya. Ianya menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh anggota-anggota batinnya, tiada cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan (Alam Khorijah) iaitu Nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu Allah. Tubuh ini dinamakan ia "Jisim Latiff" iaitu satu batang tubuh yang liut lagi halus. Ianya tidak akan mengalami cacat cela dan tidak mengalami suka, duka, sakit, menangis, asyik dan hancur binasa dan inilah yang dinamakan "KholidTullah."
Pada martabat ini terkandung ia di dalam "Walam Yalidd". Dan berdirilah ia dengan diri tajalli Allah dan hiduplah ia buat selama-lamanya. Inilah yang dinamakan keadaan Tubuh Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah yang sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri Manusia.

5. ALAM MITHAL

Alam Misal adalah peringkat kelima dalam proses pentajallian Empunya Diri dalam menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung oleh manusia. Untuk menyatakan dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui diri rahsiaNya dengan lebih nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di kandung pula oleh bapa iaitu dinamakan Alam Mithal.
Untuk menjelaskan lagi Alam Mithal ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri rahsia Allah belum bercamtum dengan badan kebendaan. Alam mithal jenis ini berada di Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh) menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Mithal di mana proses peryataan ini, pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam tidak Nyata.
Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun-ubun bapa, iaitu perpindahan dari alam roh ke alam Bapa (mithal).

Alam Mithal ini terkandung ia di dalam "Walam yakullahu" dalam surah Al-Ikhlas iaitu dalam keadaan tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi "DI", "Wadi", "Mani" yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang bersekutu di antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang dinamakan rahim ibu. Maka terbentuklah apa yang di katakan "Maknikam" ketika berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki dengan perempuan (Ibu dan Bapa)
Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi di dalam keadaan rupa yang elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap hidup tidak mengenal ia akan mati.

6. ALAM IJSAN

Pada peringkat keenam, selepas sahaja rahsia diri Allah pada Alam Mithal yang di kandung oleh bapa , maka berpindah pula diri rahsia ini melalui "Mani" Bapa ke dalam Rahim Ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsan. Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat "InssanulKamil" iaitu batang diri rahsia Allah telahpun diKamilkan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia menjadi "KamilulKamil". Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan rohani dan jasmani dan kemudian lahirlah seoarang insan melalui faraj ibu dan sesungguhnya martabat kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah yang paling suci yang dinamakan "InnsanulKamil". Pada martabat ini terkandung ia di dalam "Kuffuan" iaitu bersekutu dalam keadaan "KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan dalam tubuh manusia.
Selepas cukup tempuhnya dan ketikanya maka diri rahsia Allah yang menjadi "KamilulKamil" itu dilahirkan dari perut ibunya, maka di saat ini sampailah ia Martabat Alam Insan.

7. ALAM INSAN

Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan ini terkandung ia di dalam "Ahad" iaitu sa (satu). Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan peryataan diri rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh badan Insan yang mulai bernafas dan di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini. Maka pada alam Insan ini dapatlah di katakan satu alam yang mengumpul seluruh proses pentajallian diri rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam-alam yang di tempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu martbat ke satu martabat.
Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam - alam lain, maka mulai alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia untuk mengembalikan diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali rahsia Allah ini hendaklah bermula dari alam Maya ini lantaran itu persiapan untuk balik kembali asalnya mula kembali hendaklah disegerakan tanpa berlengah-lengah lagi.

TUJUAN MARTABAT ALAM INSAN

Ada pun tujuan utama pengkajian dan keyakinan Martabat Alam Insan ini bertujuan memahami dan memegang satu keyakinan Mutlak bahawa diri kita ini sebenar-benarnya bukanlah diri kita, tetapi kembalikan semula asalnya Tuhan.

Dengan kata lain untuk memanjangkan kajian, kita juga dapat mengetahui pada hakikatnya dari mana asal mula diri kita sebenarnya hinggalah kita zahir di alam maya ini.
Dalam pada itu dapat pula kita mengetahui pada hakikatnya ke mana diri kita harus kembali dan apakah tujuan sebenar diri kita di zahirkan.

Dalam memperkatakan Martabat Alam Insan dengan memahami Martabat Alam Insan ini , maka sudah pastilah kita dapat mengetahui bahawa diri kita ini adalah SifatNya Allah Taala semata-mata. Diri sifat yang di tajallikan bagi menyatakan SifatNya Sendiri yakni pada Alam Saghir dan Alam Kabir. Dan Allah Taala Memuji DiriNya dengan Asma'Nya Sendiri dan Allah Taala menguji DiriNya Sendiri dengan Afa'alNya Sendiri.

Dalam memeperkatakan Martabat Alam Insan kita memperkatakan diri kita sendiri. Diri kita daripada Sifat Tuhan yang berasal daripada Qaibull-Quyyub (Martabat Ahdah) iaitu pada martabat Zat hinggalah zahir kita bersifat dengan sifat bangsa Muhammad. Oleh yang demikian wujud atau zahirnya kita ini bukan sekali-kali diri kita, tetapi sebenarnya diri kita ini adalah penyata kepada diri Tuhan semesta alam semata-mata.

Seperti FirmanNya:

"INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN"

Yang bermaksud; "Sesungguhnya diri mu itu Allah (Tuhan Asal Diri Mu) dan hendaklah kamu pulang menjadi Tuhan kembali".

atau pun bermaksud : "Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita dikembalikan"

Setelah mengetahui dan memahami secara jelas lagi terang bahawa asal kita ini adalah Tuhan pada Martabat Ahdah dan Nyatanya kita sebagai SifatNya pada Martabat Alam Insan dan pada Alam Insan inilah kita memulakan langkah untuk mensucikan sifat diri kita ini pada martabat Sifat kepada Martabat Tuhan kembali iaitu asal mula diri kita sendiri atau Martabat Zat.

Sesungguhnya Allah S.W.T diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan diriNya dengan SifatNya Sendiri dan memuji SifatNya Sendiri dengan AsmaNya Sendiri serta menguji SifatNya dengan Afa'alNya Sendiri. Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita kecuali diri Sifat Allah, Tuhan semata-mata.

PROSES MENGEMBALIKAN DIRI
Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada Tuan Empunya Rahsia, maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah Taala.
Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada Alam Insan pada nafsu Amarah ke Martabat Zat iaitu nafsu Kamaliah iaitu makam "Izzatul-Ahdah". Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah S.W.T. tersebut sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awalnya.

Sesunggunya Allah dalam mengenalkan diriNya melalui lidah dan hati manusia, maka Dia telah mentajallikan DiriNya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;

"AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU"

Maksudnya; "Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri".

MARTABAT TUJUH ( PENGUJUDAN )

Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah S.W.T atau di kenali juga Martabat Tujuh, itu terbahagi ia kepada 7 Alam;
Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia di dalam surah -Al Ikhlas..

Qulhuwallahu Ahad - Ahdah
Allahushomad - Wahdah
Lamyalidd - Wahdiah
Walamyuladd - Alam Roh (Alam Malakut)
Walamyakullahu - Alam Mithal (Alam Bapa)
Kuffuan - Alam Ijsan
Ahad - Alam Insan

Seperti FirmanNya lagi dalam Al- Quran:
Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
( Surah Al-A'Rad Ayat:33)

MUNGKIN ADA YANG TERUS MENCARI YAKNI MARTABAT LAPAN YANG MENJADI RAHSIA

Tuesday, May 18, 2010

THAILAND OH BANGKOK


















Apakah ini ketaksuban politik melampau?
Atau apakah ini kebodohan yang diperkuda kan orang politik?
Thaksin bergoyang kaki di kerusi empuk
Berkira strategi untuk kembali
Kembali untuk harta nya yang dibekukan
Untuk kekayaan biarlah rakyat dikorban kan
Dengan alasan nya
Untuk demokrasi
Untuk kebebasan
Untuk rakyat!
Sering terdengar rakyat dikorban dan terkorban atas nama tuhan
Kini rakyat juga jadi mangsa
Tapi atas nama demokrasi
Tuhan dan demokrasi bukan lagi milik rakyat
Sudah jadi milik eksklusif orang politik

Baju Merah..Baju Biru
Ditunggang
Untuk kepentingan politik peribadi
Itulah tipudaya orang politik!

**The Sun,Thursday 20-5-2010-'As they surrounded the main protest site,top protest leaders offered to surrender,as supporters urged them to fight on....'**
RAKYAT RELA BERKORBAN NYAWA UNTUK PEMIMPIN TETAPI APAKAH PEMIMPIN RELA BERKORBAN NYAWA UNTUK RAKYAT??

ASIK NGGAK ASIK dari Iwan Fals:
Dunia politik penuh dengan intrik
Cubit sana cubit sini itu sudah lumrah
Seperti orang pacaran
Kalau nggak nyubit nggak asik

Dunia politik penuh dengan intrik
Kilik sana kilik sini itu sudah wajar
Seperti orang adu jangkrik
Kalau nggak ngilik nggak asik

Rakyat nonton jadi supporter
Kasih semangat jagoannya
Walau tau jagoannya ngibul
Walau tau dapur nggak ngebul

Dunia politik dunia bintang
Dunia hura hura para binatang
Berjoget dengan asik

Dunia politik punya hukum sendiri
Colong sana colong sini atau colong colongan
Seperti orang nyolong mangga
Kalau nggak nyolong nggak asik

Rakyat lugu kena getahnya
Buah mangga entah kemana
Tinggal biji tinggal kulitnya
Tinggal mimpi ambil hikmahnya

Dunia politik dunia bintang
Dunia pesta pora para binatang
Asik nggak asik

Dunia politik memang asik nggak asik
Kadang asik kadang enggak disitu yang asik (katanya)
Seperti orang main catur
Kalau nggak ngatur nggak asik

Pion bingung nggak bisa mundur
Pion pion nggak mungkin kabur
Menteri, luncur, kuda dan benteng
Galaknya melebihi raja

Raja tenang gerak selangkah
Sambil menyematkan hadiah

Asik nggak asik / Politik
Asik nggak asik / Politik
Asik nggak asik
Asik nggak asik