Friday, December 10, 2010

TAUHID DAN MAKRIFAT

Hampir seminggu tidak di update kan blog ini, bermakna hampir seminggu aku tidak melayari internet. Dibaca tadi beberapa kiriman emel yang persoalan nya hampir sama iaitu mengenai bab mengenal diri.

Sebelum seseorang itu pergi jauh mengembara dalam bab tersebut, seseorang itu mesti membeza kan yang mana bab tauhid dan yang mana bab makrifat. Kelihatan ramai tidak dapat membeza kan antara kedua nya. Contoh nya Ana Al-Haq dari Al-Hallaj, apakah khalimah itu didalam bab tauhid atau bab makrifat? Kiranya tidak dapat membeza antara kedua nya, pasti akan timbul kekeliruan dan tidak berjumpa hujung pangkal nya. Ada yang tauhid nya masih goyang tapi perkataan makrifat sentiasa terpacul dari mulut nya.

Bila diberi Kitab contoh nya karangan Hamzah Fansuri kepada dua orang, seorang yang tidak dapat membezakan bab tauhid dan makrifat dan seorang lagi yang dapat membezakan bab tauhid dan makrifat, pasti kupasan kitab tersebut dari kedua orang ini berbeza. Seorang itu berguru dengan kitab atau manusia dan seorang lagi berguru dengan Tuhan sendiri. Kitab dan manusia tidak boleh mengajar makrifat.

Ramai yang membaca kitab-kitab dari Hamzah Fansuri, Ibn Arabi, Al-Hallaj, Rumi dll tidak lebih dalam kefahaman bab tauhid sahaja. Dikatakan Ana Al-Haq adalah bab tauhid yang tertinggi. Kalau lah tauhid tertinggi itu gagal di yakini, bagaimana ingin menyentuh bab makrifat yang membicarakan Qadim dan Muhaddas sifat Tuhan?