Saturday, December 11, 2010

GHOHING

Tengku Rahim Bin Tengku Othman atau Ghohing satu nama yang akan aku kenang. Seorang sahabat yang akan bersama didalam susah dan senang. Seorang yang sangat setia dalam berkawan. Semangat setiakawan ini adalah kekuatan dan kelemahan diri nya. Dia lah yang bertanggungjawab memperkenalkan Gayung Syed Hamid kepada aku.

Ghohing telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007 ketika berumur 42 tahun. Berita ini baru saja aku ketahui dari kiriman emel daripada seorang pengunjung blog ini yang juga merupakan anak saudara Ghohing. Terbayang masa-masa aku dan Ghohing bersama terutama di rumah sewa di Lorong Kiri, Keramat, Kuala Lumpur. Ghohing ketika remaja adalah peminat tegar Led Zepp dan Pink Floyd. Apa khabar yer dengan kawan-kawan kita di Kampung Ladang seperti Awang ARK, Shang Gemok (mungkin dah slim dan dah beranak pinak di Canada) dll..."aperkabo llening???"


Selamat jalan sahabat!
Nikmat dan rahmat dirasai.


Lagu kegemaran Ghohing!!. Hanya aku yang tahu kenapa lagu 'Shine On You Crazy Diamond' diletakkkan didalam posting 'Ghohing' ini.