Tuesday, November 9, 2010

OH PKR

Zaid blames Anwar and Azmin, wants them out

November 09, 2010
Zaid Ibrahim showing emotions at this morning's press conference at his home . — Picture by Jack Ooi

PETALING JAYA, Nov 9 — Datuk Zaid Ibrahim, who caused a stir yesterday by pulling out from the PKR deputy presidential race, now wants Azmin Ali and Datuk Seri Anwar Ibrahim to leave the party leadership.

In a packed press conference at his home here this morning, the former Umno minister blamed both Azmin and Anwar for all allegations of election fraud and malpractices plaguing the party’s ongoing elections.

“I would like to say, if PKR wants to move, Anwar and Azmin must go... because they are the source of the problem.

“I may not get the support. I may get the support. You may think I am saying this by myself but on that, let us see,” he said.

Zaid (picture) later added that Azmin, who is presently in the lead in the deputy presidential race, should withdraw from the polls over allegations that the leader was tampering with the elections process


PKR headquarters accused of manipulating nomination data

November 09, 2010
KUALA LUMPUR, Nov 9 — PKR’s first direct elections continued today to be haunted by allegations of irregularities with the party’s secretariat accused of changing the nomination tally in the Youth wing’s election.

According to a letter addressed to party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, the Tampin PKR Youth’s support for Badrul Hisham Shaharin for the national Youth chief post was changed to incumbent Shamsul Iskandar Akin after the nomination form was submitted to the party headquarters.

“After examining the headquarters’ database, we found out that several divisions also have had their nominations changed. This is a serious violation of democratic process,” said the letter signed by a PKR Youth executive committee member Zulkifli Ibrahim.

The complaint was lodged based on a report by Malay tabloid Sinar Harian, published on October 24.

The letter was sent to the party headquarters before the start of the polling process late last month.

The letter also claimed that the PKR Youth secretariat was also involved in the alleged mismanagement of electoral process and urged the party’s election committee to act.

Meanwhile, a supporter of Badrul Hisham told The Malaysian Insider his group has sent three letters of complaint to the party headquarters but has not received any response from the secretariat.

“There was a Rasah division member who contested in Teluk Kemang. He made a last minute change of division and was allowed by the headquarters,” said Negri Sembilan PKR Youth vice-chief Azizi Aziz.

“He should not have been allowed to change division, unless he did it before June. We complained but was dismissed as technical problem,” said Azizi claiming that Shamsul Iskandar’s supporters were responsible for the irregularity.

Shamsul Iskandar is now leading Badrul Hisham for the first time since polling started last month.

Shamsul Iskandar has obtained 1,455 votes while Badrul Hisham, better known as Chegubard, has polled 1,428 votes.

Shamsul Iskandar’s running mate Khairul Anuar Zainudin, however, continues to comfortably lead the race for the deputy Youth chief’s post with 1,668 votes, while his rival Chang Lih Kang has obtained 1,039 votes.

Deputy presidential contenders Datuk Zaid Ibrahim and Mustaffa Kamil Ayub have made complaints of electoral mismanagement previously.

Zaid who pulled out of the race yesterday had called for the polling process to be stopped until the PKR’s top leaders address allegations of manipulation and untoward practices in the party’s ongoing elections.

His call was also echoed by Mustaffa who claimed that there have been inconsistencies in enforcing election rules.

Sumber : The Malaysian Insider


‘Tindakan lebih tegas jika pemilihan PKR diteruskan’


Calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub memberi amaran pihaknya akan mengambil yang lebih tegas ‘demi mempertahankan prinsip keadilan’ sekiranya desakan supaya pemilihan PKR 2010 diberhentikan dalam tempoh 48 jam, tidak diendahkan.

“Pemilihan kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hari ini, beliau dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP).

“Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembagaan parti dalam Kongres Khas Jun 2009.

“Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.

“Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi,” tambahnya.

Oleh itu, Mustaffa berkata, pihaknya juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini.

“Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

Semalam, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR. – MKini

-------------------------------------------------------------------------------------------

Undi telefon. Politik baru dalam PKR.


Dah agak dah. Dari mula aku dah tau, dan ramai yang tulis dalam komen…Anwar kena pastikan Azmin menang, dengan apa cara sekalipun. Dan Zaid kalah bukan kerana perubahan yang cuba dibawa..tapi kerana politik baru dalam PKR.

Kalau setakat nak lawan Azmin, Zaid boleh menang. Diperingkat awal pemilihan, Zaid bersaing hebat dengan Azmin dan Zaid tak risau kalah ketinggalan 1000 undi di Semenanjung kerana dia mempunyai kekuatan di Sabah. Tapi apa yang tak boleh diterima oleh Zaid ialah apabila Anwar mengambil alih jawatan Pengurus Kempen Azmin dari Zack Pahang.

Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.

Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.

Semasa Pemilihan di Permatang Pauh, Azmin membelanjakan RM25,000 untuk memastikan 500 pengundi Permatang Pauh keluar untuk mengundinya. Dan dia marah apabila mereka yang keluar lebih rendah dari jangkaannya. Malah sehari sebelum Pemilihan, seorang AJK Permatang Pauh mendapat panggilan telefon dari Anwar yang memarahinya kerana berjumpa dengan orang Zaid. Fuh!! Zack Pahang gagal menjadi Pengurus Kempen untuk Azmin…tapi Anwar mengambil tempatnya.

Sebelum Pemilihan di Sabah bermula, Zaid ketinggalan 500 undi. Tapi itu bukan masalah besar, kerana Azmin bukan kuat sangat di Selangor..malah di Sabah dia mempunyai masalah. Tetapi PRK Batu Sapi digunakan untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden…bukan PKR menang di Batu Sapi.

Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.

Semalan sepatutnya Zaid turun ke Perak untuk berjumpa pengundi di Tg. Malim, Tapah dan Teluk Intan. Tapi pagi semalam, aku dapat sms bahawa semua program Zaid di Perak dibatalkan. Dan masa tu, aku dah agak. So, aku kata…if you want to withdraw, do it now.

2.30 pagi, aku dapat sms..”Zaid tarik diri.” Good!! I don’t have to get involved in this sham election anymore.! Cuma aku tak boleh nak umum untuk meletak semua jawatan aku…sebab aku tak ada jawatan.

Dan satu sejarah baru akan terukir. Timbalan Presiden PKR menang dengan undi telefon.

Sumber : ureka.asia

------------------------------------------------------------------------------------------

Surat terbuka untuk DSAI :
Assalamualaikum Kehadapan dato seri saya sentiasa mengharapkan ( saya tak mahu kata berdoa sebab saya jarang berdoa untuk orang lain ) dato seri sihat , tabah, menghadapi tekanan , dugaan, waaemah apa pun dosa dato seri itu antara dato seri dgn tuhan, saya atau sesiapa pun di dunia ini tidak layak menghukum sesiapa pun, juga saya mengharapkan keluarga dato seri dalam keadaan aman sentiasa.

Waaemah apa pun tuduhan terhadap dato seri tak kira benar atau tidak hanya allah sahaja yg tahu dan menentukanya. saya selagi tiada bukti-bukti yg nyata depan mata tak ada sesiapa pun boleh mengubah hati saya pada perjuangan keadilan. Walaupun bekas boss boss saya yg besar besar tu.

Dato seri sejak dato seri bebas dan menjadi penasihat ataupun de facto PKR macam-macam perkara berlaku , jamil sentiasa memandang walaupun jamil tak secara langsung sebab jamil bukan gila jawatan atau pangkat , dan jamil pegang pada sumpah jamil dato seri bebas sahaja jamil akan undur diri dan jamil pegang pada janji jamil. seperti yg jamil kata tadi buat apa jamil dalam politik lagi perjuangan jamil ialah membebaskan dato seri supaya dato seri boleh mendapatkan keadilan untuk semua rakyat malaysia. bukan kerja jamil untuk dapatkan keadilan untuk rakyat malaysia . siapalah jamil? tapi jamil sentiasa mengikuti perkembangan di internet, dan sentiasa update .apabila sdr onn bakar di beri tanggungjawab untuk menjadi ketua cabang putrajaya beliau telah menjemput jamil ,dan di sebabkan yg menjemput itu sdr onn bakar yg jamil kenal sejak reformasi dan dialah yg memberi tunjuk ajar banyak semenjak jamil memasuki politik, di mana beliau dahulu adalah ketua bahagian ceras sebelum di ketepikan oleh permainan kotor group group azmin ali. walaupun tiada bukti tapi kami tahu.

Dato seri semenjak dua menjak ni berbagai perkara yg berlaku, dalam parti kesayangan kita , parti yg kami ( bukan dato seri ) hidupkan sebab dato seri dalam penjara. kami bertungkus lumus berjuang , penghinaan , kutukan, ada yg putus sdr mara karana ini, ada yg di buang kerja , ada yg di tangkap di penjara di lokap kerana ini ,malah saya sendiri hampir 12 kali di buang kerja sehingga saya sudah tidak minat nak berkerja dgn orang lagi. lebih baik berkerja dengan BINATANG lebih bagus dan mulia dari berkerja dengan orang, kalau kita kena ampu,kipas jilat orang untuk hidup sorry that no my way, saya ada maruah dan harga diri. jadi bila ada apa-apa kejadian dalam parti kami akan terasa. sebab kami yg naikkan, Apabila timbul kejadian, tuduhan, kecacatan dato seri akan buat kenyataan itu kenyatan ini dan kami percaya. tapi perlu di ingatkan kami dah kena tipu dengan parti umno berpuluh tahun so tentu perasaan berhati hati akan ada dalam diri kami.

Dato seri bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci umno, [Jgn la mencarut] umno, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak betul tohmahan, fithnah, Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan ,tuduhan kita kata mereka di bayar umno, di beli umno ya yg ini memang kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel. tak mahu dengar. adakah dato seri dan pimpinan nak buat PKR macam umno cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan barisan nasional.

Dato seri saya sendiri banyak kali komen di blog dato seri , yang mana saya puji puja dato seri keluar , yang mana saya kritik hilang entah ke mana tulisan itu , saya sms dato seri langsung tak jawab. saya taip di facebook dato seri tak balas. nampak gaya dato seri sama sahaja dengan pemimpin umno, contohnya dato seri hishamuddin sendiri bekas boss saya , kata pemimpin rakyat , pemimpin melayu bila orang pakatan bertanya , beri pendapat buat tak nampak. itu nama pemimpin melayu ke. pemimpin melayu kepala bapak die orang. umno ke, pas ke , pkr ke semua melayu so kalau nak jadi pemimpin melayu kena ambil tahu semua. saya rapat dengan keluarga dato seri sejak reformasi. saya bukan bekas pengampu dato seri di waktu dato seri jadi timbalan perdana menteri. bukan, saya kenal nurul hana tu dari dato seri di tangkap. dia selalu keluar main dgn kucing saya bila saya di rumah dato seri. jadi sudah semestinya orang seperti saya dato seri balas komen, sms atau apa sahaja. ini tak orang macam saiful , rahimi , bekas banduan yg kami tak kenal langsung dato seri jaga.ini di namakan pemimpin melayu.

Dato seri cuba fikir sejenak . kenapa semua orang marah kan azmin ali. tentu ada sebab . ingat kejadian di sungai petani , ingat konvensyen di kemaman, ingat lagi tak? dua tempat ini berlaku beberapa perpecahan dalam parti kita. dan seperti biasa pemimpin akan buat berbagai kenyataan, kami diam jugak, saya sediri kenapa saya marahkan azmin. beberapa tahun dato seri dalam penjara azmin tak ambil peduli pun keselamatan rumah dato seri, beberapa kali raya dia tak ambil tahu pun. sehingga tahun tahun ,bulan bulan akhir sebelum dato seri nak bebas , orang dha tak minat nak datang rumah dato seri , malah setiap hari khamis malam jumaat dah makin kurang orang. saya tahu kerana beberapa tahun saya yg menjaga makan minum malam jumaat , bulan puasa dan hariraya. orang hariraya balik kampong tapi kami ikhlas berkerja di kediaman dato seri kerana kami fikir dato seri tiada. tapi bila dato seri balik nak menikahkan nurul izzah kami yg selalu bertungkus lumus tidak di benarkan masuk kononya atas arahan azmin,orang yg kami tak kenal tapi kami tahu balaci-balaci azmin jaga pintu. nak panjat pagar ambil gambar pun di herdik.punya celakanya mereka . tak mengapa kami terima.

Bila dato seri bebas rumah itu dah jadi macam penjara. hanya orang tertentu je yg boleh masuk, terutamnaya puak puak kaki ampu ponggong azmin. saya pernah dengar dari beberapa orang kenalan dato seri , dulu waktu dato seri TPM kalau dapat pegang azmin dapatlah jumpa dato seri ataupun dalam kata lain ada bahagian azmin dapatlah jumpa dato seri. tapi saya tak percaya. dan saya tak akan ampu azmin untuk rapat dgn dato seri. hariraya pertama dato seri di rumah semuanya di kawal oleh azmin. kalau beberapa tahun malam raya saya datang gantung kad kad hariraya. kali ini dah tak boleh masuk, arahan siapa? azmin. apa salah saya dan kawan kawan. adakah kerana kami tak pandai jilat ponggong azmin. kalau macam itu caranya tak ubahlah seperti dalam umno. beratus , berpuluh tuduhan di lemparkan kepada azmin dan dalam pemilihan 2010 beratus tuduhan di lemparkan tapi disebabkan azmin mengunakan antivirus KASPERSKY dia selamat. adakah azmin ni malaikat sehingga semua tuduhan dato seri kata tak betul. walaupun beribu penafian dari Yb azmin kita kena ingat , azmin bekas anak angkat mahatuahaprak , bekas pemimpin umno, bekas orang kuat umno so segala penipuan cara umno ada dalam kepala otak beliau. ( lagi satu mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku dia berak ) kebanyakn ahli dan pemimpin dalam PKR tidak pernah masuk umno jadi kami tak mahir dalam penipuan.

Dato seri kata dato seri tak campur. Kak Wan pula hanya mendiamkan diri. Sehingga Dato Zaid ambil tindakah mengejut itu ok lah. Sdr Mustafa Kamil Ayub salah seorang pemimpin yg di percayai dan kami mempercayainya pun buat kenyataan , ini sudah lain. Masakan Dato seri tak nampak. Atau Dato seri nak tunggu parti hancur baru nak ambil tindakan, ingat Dato seri ingat kalau Dato seri di penjara sekali lagi, tidak akan ada lagi reformasi kedua. Reformasi pertama orang keluar secara ikhlas. Demi keadilan sejagat. Kali kedua no way. Mampukan Azmin atau parti keluarkan wang untuk suruh orang keluar demonstrasi. Mampukah. Sebab nanti akan ada yg kaya dalam pengundian boleh keluarkan wang macam umno. So nak suruh kita sokong keluarkanlah wang. Kita tak akan dapat lagi sokongan seperti 1999. Ingat tu. Tak kan lah tak ada kecacatan langsung pada Azmin. Ccome on Dato seri. Soalan saya satu je Dato seri . Dato seri nak jaga yg 1 ka atau yg 100.000 .

Azmin kata dia tidak akan ikut kata Zaid atau Mustafa dan dia nasihat kita ikut kata ahli. Tapi saya nak tanya ikut kata ahli atau ahli yg dah di beli???? Buatlah sesuatu , keluarkan lah suara. Ambillah tindakan segera kalau perlu buart pengundian sekali lagi demi parti buat . Kalau betul sayangkan parti buat. Jangan hancurkan parti yang kami naikkan , berbagai kesengsaraan, kesusahan yg kami tanggung. Kami di perli di internet, kami di hina di internet, di sindir di internet , di mana kami nak letak muka. Pemimpin tak mengapa sebab ada separuh pemimpin sama macam pemimpin umno ( muka tampal kulit babi ) tapi kami ahli di bawah kami ada maruah dan harga diri. Kalau rasa dato seri tak boleh buat keputusan arahkan kak wan buat. Back up kak wan untuk buat keputusan. Kami akan menyokong dan mendokong demi parti. Buatlah segera dato seri , buat Yb Azmin jangan ambil hati , tentu Yb ada buat kesilapan cara umno yg tidak di senangi oleh ahli PKR yg bukan dari umno.

Dato seri saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan cara penulisan, dan saya mengaku memang ada yg kasar.tapi ini cara saya .saya tidak pandai bermadah-madah, puisi, puisi, dalam berkata, saya tak pandai mengampu untuk hidup. Saya tak pandai kona-kona dalam berkata. Saya tidak kisah kalau di pecat dari parti sekali pun kerana tulisan saya ini. Bukan parti atau pemimpin yg menanggung makan minum saya tapi haiwan. So for me is nothing. Saya aktif dalam keaidlan pun dengan tujuan nak melingkupkan UMNO CABUK . Itu sahaja bukan untuk jawatan jawatan atau kontrek dalam parti. atau kerajaan negeri. Saya tak kata Dato Zaid bagus , tapi saya kenal Azmin dari era reformasi ok. Saya ikut setiausaha agong pertama En Anuar Tahir 3 tahun. Saya di ibupejabat 3 tahun. Tentu banyak yg saya tahu dan dengar. Kami ada mata dan melihat. Kami ahli makin papa kedana pemimpin makin kaya. Apa ni. Mentekedarah seorang ka. Saya tak menuduh sesiapa pun tapi ada mata pandang , ada telinga dengar .

Saya sudahi dengan dua rangkap pantuh yg pernah dato seri keluarkan . Satu di persidangan umno 1997 , yg satu lagi di era reformasi.

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
trebakar hati siapa yang tahu.

Kalau tanam si pokok koko
Jangan tanam pisang berangan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan.

Pandangan ikhlas dari jamil bin ismail ( jamilkucing ) .

------------------------------------------------------------------------------------------

***Ada masalah dengan Si Zaid nih... Masalah boleh diselesaikan jika beliau menubuh parti nya sendiri. Orang yang ego nya tinggi tidak sesuai 'duduk dibawah' orang lain. Tapi, tidak kira siapa pun Si Zaid,sekira nya apa yang diluahkan Si Zaid itu kebenaran, maka ianya tetap kebenaran!!

Cadangan untuk ditukar nama kepada PKR Enterprise atau PKR Sdn Bhd mungkin boleh dipertimbangkan? Ianya lebih baik kerana tidak ada 'proses pemilihan'!! lol

Eeee, apa nak jadi!!!

***Orang politik muka tak malu,

Berlakun baik bagai malaikat,

Mengata orang tiada silu,

Kurang sendiri tidak dilihat.***