Friday, October 8, 2010

KUNHI DZAT

Dalam bulan Oktober ini, terasa begitu sibuk. Penyenaraian MMHE dan Petronas Chemicals Group Berhad di Bursa Malaysia pada akhir Oktober dan November membuat aku teruja. Sambutan client-client aku terhadap saham-saham tersebut sangat menggalakkan. Siapa sangka, dengan harga RM3.80 dan RM5.20, mereka masih berani untuk melanggannya dalam kuantiti yang agak besar. Kadang-kadang terpaksa berulang-alik ke Putrajaya. Itulah rezeki Tuhan! Rezeki yang jatuh dari langit.

Rezeki yang jatuh dari langit adalah bahasa kiasan. Bermula dan berakhir sesuatu perkara adalah dengan nuktah atau titik . Nuktah/titik juga dikata awal tatkala akhir (rujuk posting sebelum ini). Mungkin terlalu awal untuk dihujahkan berkenaan rezeki dari langit itu. Tapi nuktah/titik dan rezeki berkait rapat. Ide dan rezeki bukan dua perkara yang berasingan. Seseorang yang hanya duduk dirumah, kalau memang ditentukan rezekinya, ianya bermula dengan kurniaan ide. Ide yang datang itu pelbagaian, ilham untuk berjumpa dengan seseorang , ilham untuk mulakan bisnes dll. Kalau dah rezeki tak kemana! Jangan takut dengan rezeki diesok hari ( kerana diri kita penuh rahsia).

Ibn 'Athaillah berkata : Apabila Dia ingin memberikan kurnia Nya kepada mu, maka Dia menciptakan dan menganugerahkan untukmu.

Berbalik kepada nuktah/titik, aku titipkan dengan tulisan Hamzah Fansuri :
Ta'yyun awwal seperti laut
Apabila laut timbul, ombaknya
Yakni apabila 'Alim memandang Dirinya Ma'lum jadi daripadanya
Apabila laut itu melepas nyawa, asap namanya
Yakni dirinya nyawa dengan roh idhofi kepada 'ayan tabhitah sekalian
Apabila asap berhimpun di udara awan namanya
Yakni isti'dad adanya 'ayan thabitah berhimpun hendak keluar
Apabila awan itu titik daripada udara hujan namanya
Yakni roh idhofi dengan 'ayan thabitah keluar dengan kata Kun Fayakun berbagai-bagai
Apabila hujan itu hilir di bumi (air namanya)
(Apabila air itu hilir dibumi) sungai namanya
Yakni setelah roh idhofi dengan isti'dad asli
Dengan 'ayan thabitah hilir di bawah 'Kun' sungai namanya
Apabila sungai itu pulang ke laut, laut hukumnya
Tetapi laut itu maha suci, tiada berlebih dan tiada berkurang
Jika keluar sekalian itu, tiada ia kurang
Jika masuk pun sekalian itu, tiada ia lebih
Kerana ia suci daripada segala yang suci.

***Berbicara tentang Nuktah, Abah berpesan "caghi nu' (nuk) tu biar jjupe! ***