Wednesday, October 13, 2010

ABAH


Andaikata blog ini boleh ditatap 100 tahun akan datang, mungkin keturunan aku itu dapat melihat dan mengenali rupa Aboh.

Bertuah rasanya aku 'dipilih' untuk bertatih pada jalan mengenal diri. Aboh berpesan "kite ssyukur llahir dallang ketughunang Sayed hok dapak ilmu nni, nnilah pegangang Tokku-tokku sayed Teghanung dulu. Mmu jangang takuk lah Be'!" (kita bersyukur dilahir kan didalam keturunan Syed yang dapat ilmu ini, inilah pegangan Tokku-tokku Syed Trengganu dulu. Mu jangan takut lah Beb!).

Seperti aku katakan, aku rasa bertuah dan tak pernah rasa takut sedikit pun dengan pegangan ini. Dengan keyakinan dengan ilmu ini aku akan terus berkata 'mati itu nikmat'. Aku dipesankan agar keyakinan aku ini sebenar-benar yakin tanpa bersandar pada nama-nama besar. Aku mengenal Allah dengan Allah bukan aku yakin pegangan ini kerana inilah pegangan Tokku Paloh atau inilah pegangan Ibn Arabi.

Bagaimana dengan keturunan Muhammad yang tidak kenal 'Muhammad'??? Siapa yang dikatakan Ahlul Bait dalam faham Mengenal Diri ini? Kenal dulu Sayyid Mustapha sebelum nama Ahlul Bait dikaitkan. Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam.
Kata Hamzah Fansuri dalam Ruba'i nya :
'Bukannya 'Ajam lagi 'Arabi
Sentiasa wasil dengan yang Baqi'




Aku abadikan nama-nama seperti Tok Haji Ming (Guru Tarikat di Binjai Rendah), Pak Wang, Pok Teh, Pok Loh Keng, Abang Ding, Mamat (anak saudara Bak), Sule, Sulong, Pok Derus, Pok 'Id dan ramai lagi yang merupakan kenalan-kenalan Aboh yang pernah aku temui dalam perjalanan mengenal ini. Sebahagian besar dari mereka telah pun 'tiada'.