Saturday, September 25, 2010

KHATIJAH SIDEK-MALAYA MERDEKA



Mengenai nasib orang Melayu selepas negara merdeka, dengan tajuk 'Malaya Merdeka' Khatijah Sidek menulis :

Dasar kerajaan terhadap negeri-negeri Melayu ialah apa yang mereka namakan pembangunan luar bandar : Membina jalan raya, menggali parit dan membina masjid. Tapi, pengubahan tanah tidak dijalankan; tuan tanah masih berkuasa, cukai lebih tinggi dari dulu, harga padi dan getah turun, maka kehidupan rakyat lebih susah.

....Kami rasa kerajaan hanya membantu pemodal besar dan bukannya membantu rakyat sendiri, orang Melayu, sungguhpun kerajaan mendakwa itu sebuah kerajaan Melayu. Kapitalis besar ialah British dan Amerika; orang tengah pula orang Cina, kadang-kadang orang Melayu. Mereka semua menindas kaum tani Melayu. Maka, kemerdekaan tinggal pada nama saja.

....Sekarang, pengangguran ujud di kampung. Menanam padi dan getah bagi pekebun kecil menjadi semakin teruk kerana harga padi dan getah terus jatuh. Apa akan terjadi kepada anak-anak mereka setelah meningkat remaja? Kalau tak mahu terus menjadi petani penyewa yang miskin dengan bersandar kepada kelapa dan padi, satu-satunya pekerjaan dibandar yang terbuka kepada mereka ialah menjadi budak pejabat, budak suruhan atau pemandu kereta. Mereka tak boleh mendapat kerja lain.

....Saya berjuang untuk semua ini- untuk rakyat, untuk agama, untuk bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu. Saya tahu perjuangan ini benar dan untuk rakyat. Orang Melayu menderita di bawah penjajahan jenis baru ini iaitu penjajahan sikap dan pemikiran, kerana ini bukan kemerdekaan sejati.


Perihnya masih terasa sakitnya tak terhingga
Nafsu ingin berkuasa sungguh mahal ongkosnya
Apapun yang akan terjadi aku tak akan lari
Apalagi bersembunyi takkan pernah terjadi
Air mata darah telah tumpah
Demi ambisi membangun negeri
Kalaulah ini pengorbanan
Tentu bukan milik segelintir orang
Belum cukupkah semua ini
Apakah tidak berarti lihatlah wajah ibu pertiwi
Pucat letih dan sedihnya berkarat
Berdoa terus berdoa
Hingga mulutnya berbusa-busa
Ludahnya muncrat saking kecewa
Ibu pertiwi hilang tawanya tak percaya masih ada cinta
Seluruh hidupku jadi siaga
Pagar berduri kutancapkan di hati
Untukmu negeri – yang telah memberi arti
Untukmu negeri – yang telah melukai ibu kami
Untukmu negeri – yang telah merampas anak kami
Untukmu negeri – yang telah memperkosa saudara kami
Untukmu negeri – waspadalah untukmu negeri – bangkitlah
Untukmu negeri – bersatulah
Untukmu negeri – sejahteralah
Kamu negeriku sejahteralah kamu

***Bagi aku, baik Khatijah Sidek atau siapa saja, berserban dan berjanggut ataupun tidak, sebelum kuasa ditangan, bulan dan bintang bisa dijanji. Bila kuasa telah ditangan, samada pemimpin itu kapitalis atau sosialis maupun Islamis akan terbukti....bukan sahaja rakyat akan ketahui tetapi diri pemimpin/orang politik itu sendiri mula mengenali siapa sebenar dirinya sendiri, ....oooo rupanya aku ni kapitalis!***