Thursday, September 30, 2010

FATIHAH

Pendapat Syekh Ahmad Al-Alawi berkenaan Fatihah:
Ini adalah perbualan mesra yang mesti dilakukan oleh si hamba di Hadirat Allah SWT apabila ia berada di majlis Tuhan Yang Maha Besar dan tatkala Rahasia Ketuhanan membajiri dirinya. Siapa yang mencapai penzahiran Illahi ini, maka padanya bersinar terang Nur Kehadiran Yang Maha Quddus itu dan sampai lah si hamba itu keperingkat kehampiran yang tidak ada lagi hampir seumpama itu. Tidak ada lagi yang tinggal kecuali percaya mempercayai antara si hamba dengan Tuhannya.

Orang Sufi menamai ini Maqam Perbualan Mesra dan disitu telinga Ahli Makrifat merasa seronok mendengar apa yang dicakapkan kepadanya oleh Tuhan Rabbal 'Alamin.

*Bagaimana si hamba ingin memasuki ke Majlis Tuhan? Apakah itu Majlis Tuhan yang dimaksudkan? Apa yang dimaksudkan percaya mempercayai antara si hamba dengan Tuhannya?*

***'Tulisan' Tokku Paloh yang tidak pernah dicetak sedang disalin semula ke tulisan rumi. Bila siap kerja menyalin semula itu, aku berhasrat ingin menyediakannya kedalam bentuk ebook kepada sesiapa yang ingin dan berminat membaca buku tersebut.***