Tuesday, September 21, 2010

AMBE OGHANG TEGHANUNG

Oghang ppuang ddalang tasauh :
Oghang Supi sangak cinte pade Maghiang, ibu suci hok lahir Ise, anok ghohani. Maghiang sokmo digune kang macang lambang ghoh hok teghime ilhang Illahi dang ngandong cahye Illahi. Ssini lah peghanang ghohaniah mughni oghang ppuang sebaga pengandong. Ghosul doh kate sughge lletok bbawoh kaki mmok.

Oghang ppuang lah hok mmaccor keindahang Illahi. Nnilah hok Ibn Arabi napok, die nnulih di Mmekoh ddalang keadaang tetarek sangak ke ssorang oghang ppuang Parsi, Nizang. Die nganggak Nizang ni titisang hikmoh Illahi. Ibn Arabi dok gogeh ssikik pung dengang kate 'cinte wanita tu milek kesempurnaang ma'rifak'. Oghang ppuang ade rahsie Allah yang Maha Penyanyang. Kate Dzak tu femining hok buak Ibn Arabi gune kaedoh laing sikik hok ukak kang unsur femining pade Tuhang.

SAYA ORANG TERENGGANU
Perempuan didalam Tasauf:
Orang Sufi sangat cinta pada Mariam, ibu suci yang lahir kan Isa, anak rohani. Mariam selalu digunakan sebagai lambang roh yang terima ilham Illahi dan mengandungi cahaya Illahi. Disinilah peranan rohaniah murni perempuan sebagai orang yang mengandung. Rasul SAWW bersabda surga terletak dibawah kaki ibu.

Perempuan lah yang memancar keindahan Tuhan. Inilah apa yang Ibn Arabi nampak, dia menulis di Mekah didalam keadaan nya terlalu tertarik kepada seorang perempuan Parsi, Nizam. Dia menganggap Nizam adalah titisan hikmah Illahi. Pendapat Ibn Arabi tersangat teguh dengan kata 'cinta wanita itu milik kesempurnaan makrifat'. Perempuan ada rahsia Allah yang Maha Penyanyang. Kata Dzat itu bersifat feminin yang menjuruskan Ibn Arabi menggunakan kaedah yang berlainan dalam mengungkap kan unsur feminin pada Tuhan.