Wednesday, August 4, 2010

LUBNAN



Sekali lagi perasaan sedih terbawa-bawa hingga tertidur. Baik Astro Awani maupun TV3 memapar kekejaman askar Israel.Lubnan bergolak lagi. Apa yang paling sedih bila paparan itu melibatkan kanak-kanak. Terbaru di Hebron,Tebing Barat,cuba selami bagaimana perasaan Khalid Jabari yang berumur 5 tahun menangis, memanggil ayah nya "baba! baba!" sambil menarik baju si ayah supaya jangan dibawa ayah nya, supaya jangan di'apa-apa'kan ayahnya.

Pada masa yang sama ayahnya tetap ditarik oleh askar Israel disumbat ke dalam kenderaan tentera untuk dibawa ke tempat tahanan. Cukup menyedihkan lebih-lebih lagi kediaman juga turut dibakar.

Sayed Hassan Nasrallah

Setiap kali Lubnan bergolak, setiap kali Lubnan di ceroboh, bahu Sayed Hassan Nasrallah menjadi tempat sandaran. Sayed Hassan disokong dan disayangi bukan saja rakyat Lubnan yang beragama Islam tetapi juga oleh rakyat dari ugama lain. Harapan kali ini semoga semangat perjuangan nya tidak akan pernah luntur walaupun mentor dan gurunya Sayed Husain Fadhlullah telah tiada.

Sayed Husain Fadhlullah

Telah aku tulis dalam posting bertajuk BaitulMuqaddis,26-3-2010. Tiada jalan perundingan dengan Israel. Tetapi malang negara Arab tidak bersatu. Banyak faktor kenapa mereka tidak boleh bersatu. Secara mudah nya, kalau sesama Palestin iaitu Hamas dan Fatah tidak boleh bersatu apatah lagi negara dengan negara. Untuk menghancur kan Israel bukan tanggungjawab dan beban Sayed Hassan seorang tetapi mesti melibatkan seluruh pemimpin dan negara Arab.