Monday, August 9, 2010

TITIK DAN HURUF

Sabda Nabi SAWW, setiap kandungan dalam seluruh kitab-kitab Allah yang diturunkan, semuanya ada didalam Al-Quran. Seluruh kandungan Al-Quran ada didalam Al-Fatihah. Semua yang ada didalam Al-Fatihah ada didalam Bismillah hirrahman nirrahiim. Didalam hadis lain bersabda nabi SAWW, setiap kandungan yang ada didalam bismillah hirrahman nirrahiim ada didalam huruf Baa dan setiap yang terkandung didalam Baa ada didalam Titik yang berada dibawah Baa.

Bagi sebahagian para Ariffin, pada pandangan makrifat kepada Allah, Bismillahirrahmanirrahim itu kedudukannya sama dengan martabat Kun. Dimana martabat Kun? Sekali lagi Martabat 7 mesti diselam!

Titik yang berada dibawah Baa adalah awal mula setiap surah dan Kitab Allah Taala. Apakah hakikat kitab Allah itu? Apakah juga hakikat huruf? Huruf tersusun dari Titik dan semestinya setiap surah ada huruf yang menjadi awalnya. Awalan bagi huruf adalah Titik. Maka Titik lah adalah awalnya pada setiap surah dan Kitab Allah Taala.

Amirul Mukminin Ali Ibn Abi Tholib berkata : Aku adalah titik huruf Baa pada Bismillah. Aku adalah Pena dan aku adalah Luh Mahfudz. Aku adalah 'Arsy dan aku adalah Kursiy dan aku adalah petala-petala langit.

Huruf Baa dalam setiap surah itu sendiri sebagai keharusan adanya dalam Basmalah bagi setiap surah. Baa itu sendiri mengawali ayat dalam setiap surah. Setiap surah dalam Al-Quran mesti diawali dengan Baa sebagaimana dalam hadis tersebut. Seluruh kandungan Al-Quran itu ada dalam Al-Fatihah, tersimpul lagi didalam Basmalah, tersimpul lagi dalam huruf Baa, akhirnya pada Titik. Ariffin berkata "Jika anda belah hati satitik air, anda dapati seratus lautan didalamnya".

Apakah hakikat Titik? Titik merupakan syarat-syarat zat Allah yang tersembunyi dibalik khazanah nya ketika dalam tajalli Nya terhadap makhluk.Sang Arif berkata tidak akan mencapai ilmu Allah kecuali yakin yang sebenar yakin bahawa zat,sifat,afal nya sebagai Zat,Sifat, Afal Allah. Allah kekal dalam kekekalan Nya sendiri. La hayyun, La alimun, La Samiun, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun, Bi Haqqi Ilallah. Berani dan yakin kah untuk berpegang sedemikian?(diketahui, ada sebilangan orang yang berpegang begitu hanya dengan yakin nya pada buku yang dibaca. Dibaca nya AlHallaj dan Siti Jenar menyebut Ana AlHaqq maka diikuti nya menyebut juga sedemikian tanpa mengetahui siapa yang dimaksudkan dengan Ana dan AlHaqq, Awas dan berhati-hati!!). Pada sebahagian huruf, Titik nya lebih jelas. Ada sebahagian yang tampak pada kenyataan nya seperti Alif dan huruf-huruf tanpa Titik. Walaupun tidak nampak Titik pada nya, tapi sebenarnya ianya juga tersusun dari Titik-titik. Titik pada Alif menampakkan diri dalam wujudnya sementara didalam Baa, Titik nya berdiri sendiri. Titik sesuatu huruf merupakan kesempurnaan huruf itu sendiri dan dengan sendirinya menyatu dengan huruf itu sendiri. Penyatuan itu menunjukkan adanya sebab lain iaitu sebab yang memisahkan antara huruf dengan Titiknya.

Huruf Alif keadaan nya menempati kedudukan tunggal dalam setiap huruf. Contoh nya, kita boleh mengatakan bahawa Baa itu adalah Alif yang didatar kan sedangkan Jiim adalah Alif dibengkokkan dua hujungnya. Alif dalam kedudukan Titik adalah penyusun kerana huruf yang tersusun itu adalah Titik. Titik bagi setiap huruf ibarat zarah-zarah yang terhampar. Huruf itu sendiri seperti tubuh yang terstruktur. Kedudukan Alif dengan kerangka nya seperti kedudukan Titik. Jadi, huruf-huruf itu tersusun dari Alif sebagaimana contoh Baa iaitu Alif yang didatarkan.

Hakikat Muhammad merupakan inti dimana seluruh alam ini dicipta. Hadis riwayat Jabir, yang intinya Allah menciptakan Ruh Nabi SAWW dari zat NYa,dan menciptakan seluruh alam dari Ruh Muhammad. Muhammad SAWW adalah sifat zahir nya Allah dalam makhluk melalui nama Nya yang tidak lain adalah penampakan Illahiyah.

Dua Titik bila disusun sebenarnya adalah dua Alif yang tersusun. Penyusunan ini memberi Alif 3 dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Huruf Jiim misalnya menyatu didalam Alif. Kepala Jiim ada yang memanjang, pangkal dan tengahnya juga memanjang. Huruf Kaaf, hujung dan tengah nya memanjang tapi pangkalnya lebar.Kedua-dua huruf,masing-masing ada 3 dimensi. Setiap huruf selain Alif memiliki dua atau tiga jangkauan yang membentang. Alif sendiri lebih mendekati Titik, Titik tidak punyai bentangan. Alif mendahului semua huruf. Antara huruf-huruf ada yang punyai Titik diatas, dibawah dan ditengah. Huruf mim misalnya adalah huruf yang mempunyai Titik di tengah. Titik yang dimaksudkan adalah Titik putih dalam lubang huruf Miim. Lubang itu pada martabat "Aku tidak melihat sesuatu kecuali Allah didalamnya". Inilah khalimah sama seperti yang dikatakan oleh Imam Ali. Lingkaran kepada kepala Miim menempati martabat "Aku tidak melihat sesuatu" sementara Titik putih menempati "kecuali aku melihat Allah didalamnya.

Bila menyentuh tentang Miim,banyak didapati terkait dengan nya contohnya dengan Bangsa Miim,khalimah " Aku Ahmad tanpa Miim".

Khalimah "Aku Ahmad tanpa Miim" sangat terkenal. Ahmad tanpa Miim adalah Ahad, tetapi yang penting nya perlu ditanya kemana pergi nya Miim hingga membawa kepada sifat dan nama nya Ahad? Bagaimana cara nya melenyapkan Miim? Miim adalah kiasan atau metafor yang akan terjawab bila mencari nya didalam diri.

Berkenaan Bangsa Miim, sama-sama kita baca pesanan dari Tokku Paloh :
“ MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU
DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU.
JANGANLAH SEKALI-KALI
ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU
BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU.
BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU
KERANA KAULAH
MELAYU"

Diperkata dan diketahui Bangsa Miim adalah Melayu. Tanah Melayu adalah tanah Para Wali. Mesti memahami hakikat huruf Miim, untuk 'menuju Tuhan Mu' sebagaimana dipesan Tokku. Dari kefahaman pada hakikat Miim itu, maka di'maknazahir'kan Miim kepada Melayu (perlu diingat, Miim mempunyai makna yang tersangat luas). Jadi untuk 'menuju' itu mesti dicari Melayu kerana ilmu ini ada pada Melayu dan dialam Melayu. (Apakah Melayu itu Islam, keluar Islam maka bukan Melayu??) Ilmu ini bukan ilmu Tarikat yang boleh didapati dimana-mana seperti Cyprus,Mesir,India bahkan banyak di Afrika.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Ibn Arabi, huruf mengandungi khazanah rahsia yang diciptakan
(Hanya beberapa huruf sahaja yang dipilih):

Alif - Penegak dikalangan makhluk Nya dengan izin Nya.
Baa - Terhampar nya alam idea untuk menerima kekuasaan Ar-Rahman. Titik dibawah
merupakan 'hakikat Illahiyah'.
Taa - Lahirnya perbuatan yang terpendam,yaitu dengan adanya dua titik dimana titik yang pertama diangkat dari titik dibawah huruf, yang bermaksud terangkat nya sesuatu dari alam bawah dan timbul ke permukaan.
Tha - Lahirnya suatu perbuatan,sekaligus subjek dan objek nya.
Miim - Huruf ini merupakan huruf yang paling besar setelah Alif. Huruf ini mengandungi rahsia tauhid. Bila seseorang hamba telah sampai tingkatan ini, Allah SWT berfirman "Dan penghormatan mereka didalamnya adalah salam" (QS 10:10). Seorang arif tidak memperolehi semua 'al-maqam', kecuali setelah mencapai maqam huruf Miim ini.

"Siapa yang kenal dirinya,kenallah kepada Tuhannya". Hakikat Kemanusiaan mengenal Allah nampak dalam diri manusia dan itulah makrifat. "Bukan kah Aku ini Tuhan mu? Mereka berkata, Ya!kami menyaksikan". Dimana janji itu berlaku? Siapa Aku dan siapa yang menyaksikan?