Tuesday, August 24, 2010

CINTA DALAM KETIADAAN

Betapa
Takkan sedih aku
Bagai malam
Tanpa hariNya serta keindahan wajah hari terangNya?
Rasa pahitNya terasa manis bagi jiwaku
Semoga hatiku menjadi korban bagi Kekasih yang membuat pilu hatiku!
Aku sedih dan tersiksa kerana Cinta
Demi kebahagian Rajaku yang tiada bandingnya
Titik airmata demi Dia adalah mutiara
Mesti orang menyangka sekadar air mata
Ku keluhkan jiwa dari jiwaku
Namun sebenarnya aku tidak mengeluh
Aku cuma berkisah
Hatiku berkata tersiksa oleh Nya
Dan ku tertawakan seluruh dalih nya
Perlakukanlah aku dengan benar
O Yang Maha Benar
O Engkaulah Mimbar Agung
Dan akulah pintu Mu!
Dimanakah sebenarnya ambang pintu dan mimbar itu?
Dimanakah Sang Kekasih, dimanakah 'kita' dan 'aku'?
O Engkau, Jiwa yang bebas dari 'kita' dan 'aku'
O Engkaulah hakikat ruh lelaki dan perempuan
Ketika lelaki dan perempuan menjadi satu
Engkaulah Yang Satu itu
Ketika bahagian-bahagian musnah
Lihat lah!
Engkaulah Kesatuan itu
Engkau ciptakan 'aku' dan 'kita'
Supaya memainkan puji-pujian bersama diri Mu
Hingga seluruh 'aku' dan 'engkau'
Dapat menjadi satu jiwa
Serta akhirnya lebur dalam Sang Kekasih

MAULANA JALALUDDIN RUMI



***Ibn Arabi menyatakan bahawa bayangan Tuhan yang paling sempurna dapat dinikmati oleh mereka yang merenungkan Nya dalam diri seorang perempuan. Fikir-fikirkanlah sambil merenungkan keterkaitannya dengan syair diatas.***