Thursday, August 26, 2010

BENDERA














Inikah namanya serumpun?


Jangan kau malukan nama Indonesia
Jangan kau jadi kuda tunggangan orang politik tanpa disedari
Jangan kau tunjuk diri mu dalam resah
Jangan kau tunjuki diri mu dalam kecewa
Jangan kau tunjuk kebodohan dalam erti kebebasan
Jangan kau tunjuk kegelisahan rendah diri
Jangan dunia ketawa dengan patriotism yang tidak bertempat
Jangan kau terkena getah sedangkan isi mangga nya enak dimakan orang politik

Bangkit BENDERA!
Matang kan diri mu
Gayang Malaysia kini hanya satu retorik
Gayang Malaysia kini adalah satu escapism
Gayang Malaysia kini adalah 'instrument' untuk meraih sokongan dan populariti
Gayang Malaysia kini adalah alat untuk menutup salahlaku orang politik
Bakar kan saja bendera Inggeris dan Belanda
Yang memisah-misahkan tanah Jawi
Mungkin itu lebih mulia
Tapi semua itu alasan yang tidak meredakan marah mu
Kerana dada mu penuh dengan ketidakpuasan
.......penuh dengan amarah
Carilah dimana dan kemana marah itu sebenarnya
Adakah kepada diri kamu?
Adakah kepada pemerintah kamu?
Jangan tempat lain dijadikan tempat ledakan
Mungkin dengarin Asik Ngakk Asik dari Iwan Fals
Untuk kamu bisa jauhi dari 'pesta hora-hore' mereka!


Komentar dibawah diambil dari satu laman web :
"Adakah pihak ketiga atau negara asing yang mendalangi tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Indonesia ? Tidak mustahilkan. Apakah tidak ada berlaku kes penganiayaan pembantu rumah dan pencerobohan nelayan di negara lain selain Malaysia ? Tidak mustahilkan.

Kenapa perlu provokasi, sedangkan ramai Melayu dari Malaysia yang menjadi rakyat Malaysia sebelum merdeka, sejak berkurun lama berasal dari Indonesia. Perdana Menteri sendiri berdarah Raja Bugis rasanya. Ramai Jawa di Selangor, Minang di Gombak dan seterusnya.

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus berhati-hati akan setiap provokasi. Akhbar di Malaysia pun ada unsur provokasi, iaitu akhbar berbahasa Inggeris.

Kita di Malaysia dan Indonesia ialah 1UMAT, Umat yang Satu, Umat Islam."


***Mungkin ramai yang sudah lupa akan kegawatan ekonomi yang telah menjatuhkan Suharto, ketika itu siapa yang telah menguasai syarikat-syarikat media? Tersurat Tuhan telah meletakkan Singapura berada sebagai pemisah antara Malaysia dan Indonesia. Apakah secara tersirat juga Singapura bertindak sebagaimana yang tersurat?***