Friday, July 2, 2010

SIFAT INSAN

Maknikam
Kejadian Insan adalah dari proses persetubuhan. Saat persetubuhan itu sifat-sifat insan iaitu madi,wadi,mani,manikam juga turut terproses. Dari keempat anasir itu, hanya manikam yang merupakan bakal insan. Allah Taala menjadikan benih manusia daripada satu manikam dalam syurga turuh kepada Hu. Ghaib rupa Allah Taala jadi manikam. Terhijab juga pada nama manikam. Manikam hanya dimiliki oleh lelaki. Istana manikam itu pada otak lelaki. Dalam otak ada lemak,dalam lemak ada minyak,dalam minyak ada Nur,dalam Nur ada Nur Aqli,dalam Nur Aqli itu ada Hijabun Nur,dalam Hijabun Nur ada manikam,dalam manikam ada Sirr,dalam Sirr itu Rahsia (???). Manikam itu jatuh keubun-ubun bapa, kemudian jatuh kejantung bapa, kemudian turun kepada hati nurani berupa cahaya haq, kemudian turun kepada ta'yun thani berupa air. Kemudian jatuh kerahim ibu yakni taraib berupa alif.Apabila jatuh pada rahim seorang perempuan iaitu Taraib barulah dapat dikatakan ia manikam yakni bila kemudian nya jatuh ke alam ruh bergumpal seperti biji, inilah sebab ia bernama manikam. Manikam inilah yang bernama Nur Muhammad atau Roh Idhofi atau syahadah dalam pengertian ilmu.

Itulah Zat yang meliputi semua keadaan yang berada dalam Nukat Ghaib,turun jadi jauhar awal tempat perujudan Alam yang tujuh (rujuk Martabat 7).



Darah haid yang berhenti kerana tertutup oleh manikam pada bulan ke 5 akan menjadi tembuni. Tatkala sampai masanya lahir, maka darah haid yang berhenti pada 40 hari sebelum manikam itu bernyawa, itulah akan menjadi darah nifas.

Manikam yang dikandung perempuan:
1 hari 1 malam pujinya Hu
3 hari 3 malam pujinya Allah
7 hari 7 malam pujinya Innallah
40 hari 40 malam pujinya Turobbunnur
4 bulan 4 hari pujinya Subhanallah
6 bulan 6 hari pujinya Alhamdulillah
8 bulan 8 hari pujinya Allahu Akbar
9 bulan 9 hari pujinya Inna ana amanna

"sesungguh nya aku aman (iman)"

Bersambung
(akan dikemaskinikan dari semasa kesemasa)