Monday, July 26, 2010

CINTA

Cinta Illahi adalah Asyik. Bagaimana dengan Cinta Insani? Apa pun kedua-dua nya tetap dari kata Cinta. Sipencinta akan merasa kerinduan yang teramat didalam cinta yang mempunyai erti suatu tanda yang menggirangkan (Bahjah). Ibn Arabi menjelaskan didalam Futuhat Al-Makkiyah "Jika engkau mencintai suatu wujud kerana keindahannya,engkau tak lain mencintai Allah,kerana Dia adalah satu-satu nya Wujud yang Indah". Hakikat sebenarnya Cinta adalah hubungan yang mengakibatkan ketenangan iaitu setelah kembali 'ketanahair-negeri asal nya'. Al-Haqq adalah tempat kembali bagi Haqq dan tidak yang lain Haqq itu sendiri. Apakah maksud dengan 'ketanahair-negeri asalnya' itu adalah Al-Haqq?

Syahwat adalah punca untuk kembali ke 'asal mula' iaitu menutupi 'kekosongan' dan memadati 'lubang' kerana mustahil membiarkannya 'kosong'. Ada yang terkapai-kapai mencari 'martabat kosong'. Apakah 'martabat kosong'? Dimanakah ia? Martabat kosong tidak sama dengan martabat hampa. Berpegang kepada martabat hampa maka amat jauh untuk mencari Tuhan nya. Ada faham yang mengatakan Allah adalah kekosongan, tapi kosong bukan zatNya akan tetapi sifatNya. Juga ada faham yang menyebut La Ta'yun itu adalah martabat sepi.

Keadaan atau kewujudan Al-Haqq bergantung pada hubungannya dengan Haqq. Al-Haqq mewakili dan mempersembahkan aspek anugerah Tuhan. Dibiarkan Al-Haqq kosong bermakna tiada pengenalan untuk nya kerana Al-Haqq berhenti mewujud.

Syahwat merupakan Hijab. Hijab disini bukan seperti difahami oleh orang awam. Hijab bermaksud Kenal sebagaimana terkandung dalam khalimah 'kenal diri akan kenal Tuhan'. Apa pula maksud kenal disitu? Satu kemestian mengetahui maksud tersebut kerana ianya asas (basic) kepada ilmu mengenal. Kalau asas sudah terkapai bagaimana mahu menyelam keintinya.

'Pernikahan' bakal menenangkan agar terbuka hijab yang dimaksudkan. 'Pernikahan'ini cermin seolah berada diatas gambar yang saling menghadap dengan seluruh bahagian-bahagian yang bersifat jasmani yang sama antara satu dengan yang lainnya. Hijab juga bermaksud Dinding Jalal. Inilah tempat tajalli.



Haqq dan Al-Haqq akan hilang peranannya jika keduanya memiliki satu erti yang sama. Juga akan hilang peranan dan pengaruhnya jika Al-Haqq diberi status Yang Ghaib ataupun Yang Tidak Dapat Diketahui. Jika Al-Haqq diberi erti Yang Tidak Dapat Diketahui, maka pengetahuan tentang Haqq selamanya tetap merupakan sebuah buku yang tertutup bagi umat manusia.

Kembali merujuk Martabat 7 agar dapat memahami yang mana Yang Ghaib dan yang mana Yang Nyata.