Friday, June 25, 2010

GAYUNG SYED HAMID

Dikenali juga Silat Habib Hamid.Seorang Sayyid yang bernama Syed Abdul Rahman Bin Alwi AlHaddad yang berketurunan dari Hadramaut,Yaman telah datang ke negeri Terengganu. Sebenar nya keluarga tersebut telah berada di Trengganu bermula dari ayahanda nya Syed Alwi Al-Haddad lagi. Beliau telah pergi bertapa/berkhalwat untuk mendekatkan diri dengan Allah di sebuah bukit yg bernama Bukit Bucu. Beliau juga digelar Habib Bucu. Pernah juga tinggal disekitar Kampung Tanjung. Dipercayai ilham 'permainan' silat diperolehi semasa beliau bertapa di bukit Bucu yang terletak di Batu Rakit,Terengganu. Begitu rendah diri nya Habib Bucu iaitu seorang yang 'hebat' yang selalu menolak kemegahan dan pernah menarik diri dari jawatan Penghulu begitu lah juga Gayuman ini. Rendah diri bukan bererti hilang bisa nya. Permainan ini kemudian diperturunkan oleh nya kepada adik beliau iaitu Syed Abdul Hamid atau dikenali juga Habib hamid.Bermula disini permainan ini dikenali Gayung Syed Hamid atau Silat Habib Hamid. Istilah silat & gayong sebenarnya berbeza, cuma di terengganu istilah itu seakan sama maksudnya.



***Habib Bucu merupakan salah seorang antara guru-guru Sultan Zainal Abidin III. Juga pernah menyertai rombongan kerajaan Trengganu yang diketuai Dato' Balai Salim Bin Umat juga disertai moyang aku Ibrahim Bin Umat .

                                                     Dato' Balai Salim Bin Umat

 Di Bangkok Habib Bucu dikatakan berjaya mengubati penyakit Raja Thai. Teringat kata arwah Bak, Habib Bucu dan Tokki Che Heng (Ibrahim Bin Umat) amat rapat.***

Menjadi persoalan kepada aku, kenapa Habib Bucu dan adik nya Ayahku Syed Hamid Al-Haddad kurang dikenali. Nama Tokku Syed Sagar Al-Idrus, bagi aku lebih dikenali? Mungkin jawatan Hulubalang Negeri mungkin menjadikan pemilik nya lebih dikenali. Bagaimana pun bonda Syed Sagar iaitu Wan Ngah dan isteri Habib Bucu iaitu Wan Chik mempunyai hubungan kekeluargaan yang agak rapat. Diceritakan pernah ada sudi antara Syed Sagar dan Syed Hamid dan sudi itu berpihak kepada Syed Hamid. Ada 2 versi cerita. Biarkan ditulis saja versi yang lebih 'lembut'... Semasa Syed Hamid bermain dgn Syed Sagar, beliau ada mengatakan bahawa, "Dlm banyak2, aku tidak pernah jumpa org secepat Syed Sagar tetapi kaki aku sempat juga mengena perutnya." (Aboh pernah juga belajar dengan ayah tiri nya Cikgu Jaafar bin Ali (Daik) yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tuan Hadi melalui ikatan perkahwinan adik perempuannya dengan tokku syed sagar. Dikatakan almarhum Tuan Hadi membawa gayoman Syed Sagar).
Tidak mungkin sifat rendah diri menenggelam kan nama-nama hebat seperti mereka adik beradik. Atau mungkin mereka adalah dari marga Al-Haddad bukan dari marga Al-Idrus?.... Ada pendapat dari setengah sejarawan, mengapa sebahagian besar keluarga Bin Yahya (Tokku Syed Yasin Bin Yahya ,di Trengganu lebih dikenali Al-Yahya, makam nya di Bukit Maziah) keluar dari Terengganu berhijrah ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Johor adalah kerana merajuk kerana Pihak Istana ketika itu sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga Al-Idrus. Betul kah dengan andaian tersebut?

Pada asas gerak melangkah, permainan ini bermain dalam bulat di mana dalam latihan 2 pesilat akan berdiri berhadapan dan melangkah dalam bentuk bulatan.Mata ke mata bertentang. Sambil membuka langkah menanti dan menjual rusuk. Gayung ini mengamalkan langkahan melangkah atau cabut langkah. Dalam latihan banyak menggunakan tendangan atau gantung kaki untuk mengimbangkan badan dengan sebelah kaki. Kelek kiri dan kanan . Kedudukan dan berjalan dalam bulat dalam permainan ini sebenarnya ada banyak rahsia yang tersembunyi.Keseluruhan anggota tubuh perlu berkedudukan betul dimana ada 'kemudinya' , 'mata anginnya', 'dimana pemberatnya' dimana ada 'tegaknya', dimana ada 'katupnya', dimana ada 'kelek'nya, dimana ada 'setoknya' (sentak), dan seterusnya kesemua digabungkan serta 'dipasang' dalam melangkah dalam bulatan. Asas melangkah dalam bulatan ini adalah untuk tujuan menghidupkan setiap anggota tubuh serta kedudukan dengan lawan. Bulat hanya dalam latihan. Bila bulat sudah hidup, maka dalam pertempuran tiada lagi bulat kelihatan tetapi gerak asas dalam bulatan tetap ada walau hanya ketebalan tubuh dimata. Asas tumbukan pula ialah tumbukan biasa dan 'cebok'. Asas buang pula ialah 'buang siku' dan 'buang selok'. Buang hanya pada asasnya atau hanya pada namanya sahaja kerana buang permainan ini sebenarnya 'makan' dan tidak keterlaluan jika saya katakan disini permainan ini 'tiada buang'. Asas sepakan pula terbahagi dua iaitu catukan dan spelek (side kick).

Dlm Gayong Syed Hamid dalam aliran Tok Lebai Awang , ada 5 peringkat iaitu:
1. Tari
Pd peringkat ini kita diajar bergerak atau berlangkah dlm bulatan dgn tangan berbentuk seni tari. Kita diajar mengikut gerak laku lawan dgn menjaga mata dan kedudukan berumah kita yang ditutup. Tepuk biasa digunakan utk menunjukkan kesamaan gerak. Jika tidak sama, maka tepuk akan berbunyi dua kali berturut-turut. Ini bermakna kena. Tikam kanan, kiri, belah, paras,simbur, tikam kiri pusing dan diulang oleh pasangan kita sehinggalah tikam kanan sudah jg dibuat dlm bentuk seni iaitu tiada buah diaplikasikan.
2. Tumbuk ( serang )
Dalam peringkat ini serangan akan dibuat. Serangan yg diajar ialah tumbuk,kuda, senggeng, paras, belah, simbur. Apbila serangan dibuat, maka matilah tari. Tangan yg berseni tadi akan ditukar kepada bentuk tangkisan, baik tangkisan tangan atau tangkisan kaki. Serangan balas akan dibuat pula setelah buangan dibuat. Pd masa ini juga diajar cara bergelek dan bertapak semasa menyerang dan menangkis serangan lawan.
3. Gerak
Peringkat ini adalah rahsia bermula apabila biasanya mrk akan diperlimaukan untuk mendapatkan petua gerak dan buah2nya. Pd masa ini biasanya kita akan pintas gerak lawan atau bunuh gerak lawan dgn menggunakan buah2 yg diajar semasa perlimau. Pada pasa ini adalah gerak sampai. Iaitu semasa lawan mula bergerak, kita sudah sampai di rumahnya sambil memusnahkannya. Tanpa petua gerak mustahil dpt melakukannya. Tiada lg sekop ( setok ). Tiada lg buah dahulu baru makan. Semuanya segerak.
4. Kilat
Pd peringkat ini, adalah cara membunuh gerak td. Ini adalah lapis gerak. Gerak di atas gerak.Peringkat ini adalah rahsia. Pd peringkat ini juga diajar kemahiran mengenal kesumbangan lawan. Sumbang bermakna ada ruang. Ruang bermakna kena. Walaupun lawan tahui menutup kedudukannya tetapi tanpa disedari, kita sudah ada di hadapan mrk.Inilah rahsianya.
5. Kilat atas kilat
Peringkat ini adalah rahsia atas rahsia. Pd masa ini, kita tidak boleh bergerak pun semua dimatikan. Tiada kecedaraan tp tak bisa buat apa2. Hanya menyerah diri sahaja. Maka hendaklah kita menghormatinya dan memuliakannya sebagai GURU. Pd peringkat ini, 10 menjadi 5 sahaja. Byk rahsia dlm rahsia akan diketahui. Amalan2 syarat dalam juga akan dikuasai. Petua mengenal tubuh, nafas, hari dan sbgnya akan diketahui. Tp setakat ini tidak ramai yg boleh menerimanya. Yg saya tahu, Tok Bilal Awang dan beberapa murid HH yg mengetahuinya.Rahsia mestilah ditutup krn jika dibuka, bukan lagi rahsia dan hilanglah keampuhannya.

Tapak 3 digunakan dalam permainan Gayung Syed Hamid. Tapak 3 ialah ibu segala tapak.Gayungan ini bukan sejenis silat Tari tapi Silat Tempur. Sesiapa yang bukan ahli akan menganggap nya sebagai Silat Tari bila melihatnya. Ada yang memanggil nya Gayung Pukul. Secara tradisi nya, gayung ini diajar secara tertutup dan tidak boleh dilihat selain ahli nya.

Ada permainan yang ada langkah sembah dan bunga , pecahan ini diajar oleh Lebai Awang (kemana pergi nya langkah sembah dan bunga permainan ini didalam aliran Ayoh Su Mezah??). Pecahan ini juga dipanggil Main sebelah. Satu pecahan lagi adalah dari susur galur Allahyarham Ayoh Su Mezoh (Hamzah),juga dipanggil main dua belah. Permainan anak saudara Syed Hamid,Syed Omar di Seberang Marang sama dan mirip dengan gaya permainan Ayoh Su Mezoh. Ramai saudara-mara Ayohku Syed Hamid berada di Kemaman,Baluk dan Kuantan.


***Ada pendapat,tapak dalam silat melayu adalah manifestasi daripada khalimah toyyibah iaitu penggunaan huruf Lam,Alif dan Ha'. Lam dan Alif bergabung menjadi Lamalif. Huruf Ha' pula bermakna keputusan atau buah samada kuncian atau pukulan. Apabila senjata keris digunakan,maka sempurnalah manifestasi Khalimah Allah kerana keris berbentuk Alif.(Banyak rahsia diri bila memahami nya).

***Senarai adik beradik Habib Bucu (Syed Abd Rahman) : Syed Ali, Syed Muhammad, Syed Abd Hamid, Tok Nong, Tok Yek, Sh Masturah dan Syed Zain.

***Anak-anak Habib Bucu : Syed Husin dan Syed Omar. Almarhum Syed Husin pernah membuka gelanggang di Duyung dan Ayoh Su Mezoh pernah menjadi juru kake disitu.

*** Abang Habib Bucu iaitu Syed Muhammad yang di kenali Tok Haddad, meninggal dunia di atas kapal ke Mekah. Ketika jenazah nya dihanyut kan ke laut, jenazah tersebut di'sambut' oleh sekumpulan ikan.

*** Makam Habib Bucu berada di Tanah Perkuburan Shiekh Ibrahim, di Ladang, Kuala Terengganu.

***Almarhum Ayahku Syed Hamid tiada punyai zuriat.

***Makam Ayahku Syed Hamid berada di Kg Marhum, Pekan, Pahang.

***Ayohsu Mezoh adalah murid yang mengikut guru nya berpindah dari tempat ke satu tempat, beliau lah yang membina pondok untuk penginapan Ayohku Syed Hamid di tempat-tempat yang di singgah untuk mengajar.. Diketahui, orang yang berasal dari kampung Penarik, Besut memang mahir bertukang rumah.

***Ada seorang anak murid kesayangan Ayohsu Mezoh yang tinggal di Petai Bubu, Manir, Trengganu yang mewarisi hampir keseluruhan 'permainan' Ayohsu Mezoh juga salah seorang antara dua orang sahaja yang mewarisi tarian dan langkah sembah gayong Syed Hamid aliran Ayohsu Mezoh, tarian ini dikatakan tersangat seni dan begitu susah untuk dipelajari. Telah berehat membuka gelanggang. Siapa yang berminat cari lah 'permata' ini .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Rujuk ke posting 'Tokki Che Heng' kerana saling berkaitan)