Wednesday, June 9, 2010

DIRI

Catatan ini aku catit dari abah sekitar tahun 80an bertajuk 'Mengenal Diri dengan Khalimah La Ilaha Illa Allah'.

1-Khalimah La:
La ini sifat Jalal
5 sifat iaitu
-ujud, ada
-qidam, sedia
-baqa', kekal
-mukholafatuhu lil hawa dith, bersalahan dengan segala yg baru
-qiamuhu linapsih, berdiri dgn sendiri

i) Semua nya itu adalah maqam pada Kulit dan Bulu (Rahsia Allah)(***ada tulisan meletakkan pada maqam otak dan sum-sum)
ii) Adapun khalimah La itu ujud Allah ertinya keadaan Allah jatuh kepada nyawa Muhammad
iii)Adapun khalimah La itu api menjadi darah
iv) Adapun khalimah La itu tubuh kasar iaitu syariat
v) Adapun khalimah La itu ialah afal iaitu tubuh yakni qiblat nya Baitullah

2-Khalimah Ilaha:
Ilaha ini sifat Jamal
6 sifat iaitu
-sama'
-basar
-kalam
-sami'a
-basiro
-mutakallimun

i) Maqam jaga daging dan darah
ii) Khalimah Ilaha itu Ilmu Allah ertinya pengetahuan Allah
iii)Adapun Ilaha ini angin iaitu jadi urat
iv) Tubuh halus iaitu tarikat
v) Khalimah Ilaha ini asma' iaitu hati qiblatnya BaitulMakmur

3-Khalimah Illa:
Khalimah Illa ini sifat Qohhar
4 sifat iaitu
-iradat
-ilmu
-hayat
-qudrat

i) Maqam menjaga urat dan tulang
ii) Khalimah Illa itu Nur Allah ertinya cahaya Allah
iii)Illa itu air iaitu jadi tulang
iv) Illa itu tubuh iaitu hakikat
v) Illa itu nyawa yang qiblat nya arasy Allah

4-Khalimah Allah:
Khalimah Allah itu sifat Kamal
5 sifat
-qodirun
-muridun
-'alimun
-hayyun
-wahdaniyah

i) Maqam menjaga otak dan sum-sum (***ada tulisan meletakkan pada maqam kulit dan bulu)
ii) Khalimah ini Syuhudullah yakni kenyataan Allah
iii)Khalimah ini tanah jadi daging
iv) Khalimah ini sempurna iaitu makrifat
v) Adapun khalimah ini zat iaitu rahsia,qiblat nya Laisa kamith lihi shaiun wahuwa sami'ul basir.

***rujuk kepada guru!

Kata-kata dari Amirul Mu'minin Hazrat 'Ali :
Ubat mu adalah dalam dirimu, engkau tak memahami nya, penyakit mu adalah dari engkau sendiri, engkau tidak melihatnya.

Engkau adalah kecil kerana batas-batas. Kau melihat semuanya dalam dirimu dan engkau sendiri dalam semua dalam rinciannya. Apa pun yang engkau inginkan, inginkan lah itu dari dirimu sendiri.