Saturday, May 15, 2010

WIRID TOKKU SYED ALWI


Wirid Tokku (tulisan tangan Abah)

Tidak tahu apa gelaran wirid diatas. Semasa kecil,sering terdengar murid2 Tokku melagukan wirid tersebut.Walaupun nampak ringkas dan senang difahami,tetapi bukan semudah itu untuk difahami kerana banyak metafora atau kiasan yang mesti disingkap. Kiranya gagal disingkap,wirid ini hanya khalimah yang setakat dibaca dan diucap..tidak lebih dari itu.

Almarhum Tokku Syed Alwi Al-Baraqbah sangat terkenal sebagai guru ilmu Hakikat di Besut dan Kuantan.Salah seorang yang pernah berguru dengan Tokku ialah Abang Nuar,Guru Seni Silat Gayung Zahir 9 di Kuantan.

Nukilan Ringkasan Asal Usul Seni Silat Gayung Zahir Sembilan (9)




Syair Ringkas Asal Usul Seni Silat Gayung Zahir Sembilan (9)


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh
Alhamdulliah
Segala Puji Bagi Allah Pencipta Sekelian Alam.

Nama Guru Asal;
Tuan Guru Abdullah Ladunni
Pak Muda Mas Tunggal
Tok Ayah Hassan Anak Harimau
Pak Shah Bin Ali


Asal Usul Alam Persilatan
Seni Silat Gayung Zahir Sembilan
Terlalu Panjang Untuk Di Ceritakan
Kata Tuan Guru Awal Bualan

Tahun Berapa Silat Gayung Datang
Tiada Di Hitung Malam Dan Siang
Beribu Tahun Bagai Bulan Dan Bintang
Telah Ujud Di Sarung Pahlawan

Gayung Zahir Sembilan Di Usulkan
Tiada Dapat Aku Nyatakan
Kerana Tiada Di Dalam Catitan
Maklum Sejarah Di Zaman Silam

Biodata Abad Berkurun-Kurun
Lagenda Lama Tiada Tersusun
Asal Satu Pecah Berduyun
Diharap Kembali Menjadi Serumpun

Seni Silat Gayung Alam Budaya
Segala Jenis Silat Diguna Tipu Daya
Menumbangkan Musuh Yang Amat Merbahaya
Jaga Diri Yang Lemah Tak Berdaya

Cerita Tuan Guru Yang Dikasihi
Silat Gayung Ujud Tahun A.D. Masihi
Di Zaman Nabi Sudah Digagahi
Semasa Berperang Walau Berkelahi

Tuan Guru Abdullah Ladunni
Berkaki Ayam Merantau Ke Sini
Mencari Ilmu Berguni-Guni
Demi Menghidupkan Alam Seni

Pak Muda Mas Tunggal Merasa Sangsi
Abdullah Ladunni Diajak Bergusti
Nasib Baik Lempang Tak Mati
Berguru Biar Berhati-Hati

Mula Mengajar Di Tanah Seberang
Menyusun Buah Di Waktu Siang
Jasa Guru Tetap Dikenang
Sampailah Baka Ke Negeri Pahang

Hatta Gayung Zahir Sembilan
Prinsip Tidak Mencari Lawan
Biar Disumpah Berkoyan-Koyan
Belum Bijak Selagi Berlawan

Mari Dengar Aku Bercerita
Walau Samar Tiada Nyata
Hanya Ini Yang Dapat Ku Kata
Gayung Zahir Sembilan Tempat Mula Bertahta

Abdullah Ladunni Guru Asal
Pak Muda Mas Tunggal Guru Awal
Tok Ayah Hassan Anak Harimau Guru Pembekal
Pak Shah Ali Pula Guru Bangsal

Cerita Mulut Tok Ayah Hassan Anak Harimau
Berduyung Murid Datang Untuk Berlimau
Di Kota Bharu Kampung Limau
Nyusun Silatnya Sungguh Terpukau

Hassan Anak Harimau Menuntut Dengan Lanun
Duduk Beruzlah Bertahun-Tahun
Luar Dalam Ilmu Telah Diperturun
Musuh Melihat Terasa Gerun

Sekampung Tuduh Menuntut Ilmu Sesat
Di Panggil Mufti Kadi Untuk Siasat
Mufti Kadi Kata, Betul Ia Jalan Makrifat
Salah Dan Silap Pada Yang Otak Kurang Sihat

Seni Silat Gayung Zahir Sembilan
Perak Kelantan Pahang Jadi Kacukan
Timur Barat Utara Selatan
Hanya Di Pahang Mula Disebarkan

Pak Shah Ali Asal Perak
Datang Ke Pahang Untuk Bertapak
Mengajar Silat Setapak Setapak
Di Anggap Dia Sebagai Bapak

Mengajar Silat Tahun Empat Puluhan
Gurunya Banyak Dari Baka Pahlawan
Bermula Aku Belajar Dengan Kawan
Kenal Lah Sudah Silat Gayung Zahir Sembilan

Berbelas Tahun Sudah Berlalu
Ujian Bertubi Dan Bertalu-Talu
Mendapat Keizinan Dari Pak Guru
Membuka Gelanggang Sembilan Tahun Dahulu

Tujuh Puluhan Mula Berbangsal
Kuantan Pahang Tempat Awal
Kurang Sambutan Bukan Gagal
Adat Memakai Ilmu Hukum Akal

Serba Ringkas Dalam Catitan
Permainan Gayung Zahir Sembilan
Belebat Satu Pecah Sembilan
Dalam Sembilan Ada Rahsia Sembilan

Takbur Jirin Buat Kita Binasa
Sebesar Biji Sawi Mesti Berjaga
Firman dan Hadis Sudah Nyata
Ada Sifat Takbur Tak Masuk Syurga

Gayung Sembilan Zahir Dan Batin
Turun Lah Mempedu Di Bawah Ketin
Jampi Mentera Tidaklah Asing
Jangan Belajar Jika Takut Ising

Petua Jelas Lagi Berpati
Dulu Mati Sebelum Mati
Duduk Dalam Rahsia Amat Dihajati
Fahamlah Sudah Pada Yang Mengerti

Sedar Dan Bangunlah Wahai Melayu
Dunia Menampakkan Sudah Layu
Berperang Bermusuh Hilir Dan Hulu
Asahlah Ilmu Mana Yang Tahu
Marilah Bangsa Ku Bersatu-Padu
Dengan Aku Persatuan Dan Kamu
Tak Mahu Dengar Nasihat Aku
Buka Radio Dengarlah Lagu

Ooo….Hoi Kawan Yang Bijak Bistari
Ini Bukan Syair Hamzah Fansuri
Emas Sepuluh Menyusun Jejari
Berperang Nanti Janganlah Lari

Biar Berkubur Bertandakan Nisan
Asal Hidup Di Masa Hadapan
Cerita Lama Berdekan-Dekan
Masakan Habis Dalam Lisan

Kalau Hendak Puaskan Hati
Datanglah Berjumpa Dari Hati Ke Hati
Bertapak Sudah Di Balai Seni
Segala Matlumat Boleh Di Dapati

Dalam Kitab Kamus Disiarkan
Semoga Jadi Satu Pedoman
Kota Silat Gayung Zahir Sembilan
Agar Cucu Cicit Buat Pegangan...