Saturday, May 15, 2010

SARUNG FATIHAH DAN HURUF HIJAIYAH

Sarung Fatihah (tulisan tangan Abah)

Sarung Fatihah sangat terkenal sebagai 'pakaian' pahlawan-pahlawan Melayu dahulu. Sarung Fatihah juga dijadikan wirid kepada setengah2 kumpulan ilmu Hakikat. Dikatakan Sarung Fatihah juga dipakai oleh Selendang Merah?(Hanya sebahagian sahaja Sarung Fatihah dipaparkan!)

Susunan huruf-huruf pula diterima aku daripada Tok Kelana (semasa menuntut di ITM Cawangan Kuantan) yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan diterima oleh nya dari Pawang Nong.Ada sedikit kelainan bila dibandingkan dari susunan huruf yang aku terima daripada Abah.


Pawang Nong

Dikatakan Datuk Bahaman juga 'memakai' Huruf Hijaiyah ini. Didalam buku Anwarud Daqaiq 'Syeikh Syamsuddin bin Abdullah as Sumathra-i'ada juga diterangkan berkenaan dengan huruf-huruf ini.

Alif tertulis diantara dua kening
Ba dikening kanan
Ta dikening kiri
Tha di dahi
jim di ubun-ubun
Ha di dada kanan
Kho di dada kiri
Dal di rusuk kanan
Zal di rusuk kiri
Ro di kaki kanan
Zai di kaki kiri
Sin di susu kanan
Syin di susu kanan
Sod di telinga kanan
Dhad di telinga kiri
To di mata kanan
Dzo di mata kiri
'Ain di tangan kanan
Ghain di tangan kiri
Pa di bahu kanan
Kof di bahu kiri
Kaf di lutut kanan
Lam di lutut kiri
Mim di halkum
Nun di otak
Wau di pusat
Lam Alif di tulang selangka
Haa' RAHSIA
Amzah di mulut
Ya di nyawa