Saturday, April 10, 2010

HIJAB DALAM HIJAB


Dengan daya yang ada
Berusaha menerobos garis sempadan langit dan bumi
Keluar dari batas zaman,ruang dan waktu
Mencari yang mutlak
Khalimah.. sudah tidak berdaya
Huruf .. lesu untuk menghurai erti
Khalimah dan huruf adalah hijab
Kekusutan yang mesti dilerai
Hijabul hijab mesti ditanggal
Untuk berada dikedalaman lautan makrifat Illahiat

Laa ilaha illa allah
Yang Awal Yang Akhir
Yang Zahir Yang Batin
Semuanya merumus dibalik hijab
Tiada alam semesta terlihat
Melainkan itulah rahsia
NamaNya yang Husna yang menyata dibalik cadar

Penyaksian nurani disaksi diriku
Penyaksian ini membawa aku
Sampai kemartabat yang paling tinggi dalam mikraj
Walaupun terjadi dalam sekejap
Mampu menghapus sifat penghadap
Terhapus pula arah
Hingga yang tinggal hanyalah mata dzat
Dalam maqam yang tiada maqam
Himpunan antara dua yang saling berlawanan
Al-Maqam Al-Muhammadi
Tempat perhentian
Tempat keberangkatan
Tempat hijrah
Itulah tempat bebas tanpa ikatan

Lihatlah!
Agung nya cinta Laila dan Majnun
Dari lelaki wanita itu ada
Hubungan.. yang timbul nya ketenangan
Kembali ke tanah air
Syahwat adalah asal mula nya
Menutupi kekosongan
Memadati lubang kerana mustahil dibiarkan kosong
Wanita dan lelaki
Adalah tempat tulis dan kalam
Perbuatan dan Yang diperbuat
Itulah tunggak tempat tajalli
Cadar yang menyembunyi rahsia dibalik nya

****Kenal diri kenal lah Tuhan. Inilah asas Ilmu Tasauf. Apakah makna kenal disitu? Apakah makna Diri disitu? Ini lah persoalan yang mesti dirungkai sebelum perjalanan diteruskan.
Sang Sufi bersyair :
Louh batu bertulis penuh ayat
Itulah tajalli kerangka diriku
Ada pun himpunan yang saling berlawanan
Itulah meterai yang dicap dipermulaan



Terima kasih kepada Mat Cina yang memberi ilham dgn sms nya "...kuih yang inti mesti disumbat.." dipetang tadi!!