Friday, March 19, 2010

MIKRAJ

Api cinta yang membara
Telah padam dalam kegilaan kota
Ada membawa diri ke gunung2
Atau ke samudra raya
Sedang aku
Kerana sahabat tiada, tempat mempercayai isi hati
Ke tepi pantai
Menyepi diri

Samudra di kala senja!
Laut biru di rembang tampak bagai permata merah delima
Matahari terbenam
Membangkitkan hasrat Si Buta
Untuk melihat dan membuat malam bagai fajar
Aku berkata pada diri ku
"Harapan, hasrat keinginan
Wujud sementara dan tanpa keabadian
Hidup tetapi tidak memiliki kehidupan!
Dahaga....namun jauh dari jernih mata air"

Laut yang gelisah menjadi tenang bagai baldu
Matahari pun hilang diperaduan nya sehingga ufuk menjadi gelap
Malam telah merenggut sinar mentari
Sebiji bintang muncul dilangit biru
Disebalik gunung, roh Rumi muncul
Dengan menyingkap semua tirai
Wajahnya bercahaya bagai suria
Bagaikan pemuda agung
Tubuhnya di sinar cahaya abadi
Dibibir nya tersembunyi rahsia ke-ada-an
Kata2 nya jernih bagai kristal
Bermakna dalam
Namun hangat

Kataku kepadanya
"Apa erti nya dengan ada dan tiada?"