Saturday, July 18, 2009

2

Di belek diari lama,terjumpa satu envelop kuning yang tertulis nya diatas....
***Ku tahu siapa aku
Walaupun ku tilik muka ku
Ia seperti seadanya
Cacat atau tidak
Tertanda didepan cermin

Walaupun bayang itu adalah aku
Mungkin bukan juga aku
Masih jauh untuk kita bersama
Walaupun jelas dan dekat dirasa

Ku kata aku cinta kamu
Selama itu kita jauh
Kerana cinta itulah batasan***

....tanpa tajuk,tanpa tarikh. Aku kira tulisan ini ketika aku berumur '20an dulu. Tersenyum aku...situasi apakah aku ketika itu?Dimana aku ketika itu? Aku tidak ingat! Bermakna sudah 20 tahun atau lebih aku dengan 'dunia ini'. '2' mungkin sesuai untuk dijadi tajuk.