Wednesday, July 8, 2009

1

Tuhan itu Esa
Esa yang bagaimana?
Apakah Esa itu tiada tertanding dengan segala?
Apakah Esa itu semua nya Dia?
Esa bagi ku tiada ujud pun perbandingan
Esa bagi ku tiada lagi cerminan diri
Esa bagi ku..yang menjadi satu
Tapi dimana silap nya Syekh Siti Jenar?
Atau Sunan Panggung?
Atau Ki Bebeluk?
Atau Syekh Amongraga?
Semuanya dihukum mati
Sunan Kalijaga berbicara
Jenar dihukum demi menjaga syariat
Khuatir masjid tidak dikunjungi lagi
Tapi Jenar juga mengajar syariat
Syariat dari Muhammad yang sentiasa hidup
Apakah Tuhan merelakan kekasih Nya mati?
Kata Tuhan,Aku jadikan alam ini kerana mu hai kekasih ku
Tanpa kekasih,tanpa cinta
Cinta adalah cerminan Ku
Tanpa cinta..Esa kah Aku?