Saturday, August 16, 2008

AKU TERIMA KETENTUAN MU








Kesejukan dibasahi embun
Kebiruan bibirku menahan
Kemerahan badan ku digigit semut
Tuhan telah menyelamatkan aku
Dari di gonggong anjing liar

Mengapa aku dibuang?
Apa salah ku
Tidak kah kau dengar tangisan ku?
Dimana jiwa keibuan mu
Dimana tanggungjawab mu wahai ayah
Inikah tindakan hasil kerakusan nafsu mu?

Apakah masa depan ku secerah pelangi?
Atau segelap mendung hitam?
Panjangkah umur ku untuk mengharungi hari esok?
Biar lah kesengsaraan ku menyedar dan mengajari
Jangan dosa-dosa menghantui mereka
Selamat ibubapa ku
Aku terima ketentuan Mu

Tuhan ...tolong lah aku
Selamat kan aku
Cekal kan aku
Kerana aku tau
Ujian Mu akan datang
Lagi perit pasti getir.


***Ditulis pada 1-12-97. Terbit dari rasa kesal dan sedih dengan berita pembuangan bayi yang menjadi-jadi ketika itu.