Saturday, July 26, 2008

YANG TERSEMBUNYI

Banyak orang berkata dengan Cinta dapat mencari Tuhan
Apakah benar?
Apakah cinta bisa mencari Nya yang tersembunyi?
Rumi!maafkan aku kiranya apa yang ku katakan..tidak sama dengan maksud cinta kau
Apakah hanya cinta semata dapat menyingkap apa yang tersembunyi?
Cinta makna nya luas
Seluas lautan yang tanpa sempadan
Cinta yang ghairah dan berahi itu maksudku
Yang tersembunyi akan terzahir

Sekiranya aku tergelincir dari titian mustaqim
Aku terjatuh kedalam bahang api yang amat dahsyat
Biarlah!!
Ku terus kan jua meniti
Bersama panas api itu
Dengan ghairah cinta, panas neraka menjadi sejuk
Tenang,aman ...menyaksi aliran kautsar.