Saturday, July 26, 2008

YANG TERSEMBUNYI 1

Dimana kah 'yang tersembunyi' itu?
Apakah 'yang tersembunyi' itu?
Mungkin kah ia nya berkait dengan Alif dan Ba'?
Atau Lauh dan Mahfudz?
Atau alam Lahut dan alam nasut?
Atau Makrokosmos dan Mikrokosmos?
Atau Alam Saghir dan Alam Kabir?
Atau Adam dan Hawa?
Atau lelaki dan perempuan?

Maafkan aku juga Imam Ali
Tubuh kecil dan tubuh besar bagi ku ada perbandingan yang sangat dekat
Bukan antara tubuh manusia dan dunia besar
Kerana 'yang tersembunyi' takan kau lihat didunia besar
Jalan ini bukan cinta biasa
Bukan juga keghairahan cinta
Tapi ini lah cinta yang ghairah.
Bila telah terzahir 'yang tersembunyi'
Baru lah aku setuju seperti kata mu
Ianya tiada perbedaan dan berlawanan
Cuma ia tersembunyi