Friday, June 6, 2008

BELIT ORANG POLITIK

Sesekali mahu saja aku menjerit
Meluah kata hati yang terpendam
Tapi mungkin siapa yang akan peduli
Tapi..siapa aku?
Aku cuma punyai hati
....jiwa halus yang bisa merasa ratapan rakyat

Pemimpin hari ini
Adalah anak bekas pemimpin
Pemimpin hari ini tidak mengenal dan merasa kesusahan
Bercakap tentang kesusahan tidak sama dengan merasa kesusahan
Ada antaranya membesar dengan hasil rasuah
....dan salahguna kuasa bapa mereka
Kekotoran mengalir disetiap urat saraf
Hati mereka hitam
Keluhan rakyat adalah mainan
Dewan rakyat tempat dengkur
....bermimpi dengan jutaan ringgit hasil rompak hak rakyat

Harga minyak telah naik
Kata mereka cara baru subsidi akan dilaksana
Rakyat terus digula-gulakan
Dengan janji manis
Percayalah....rakyat tidak mudah lupa kali ini
Kerana 'perut' mereka tidak dijaga
Inflasi makin menghimpit
Hidup makin tertekan

Pemimpin dipilih untuk membela
....menjaga kebajikan rakyat
Tapi hakikat nya bukan begitu
Mereka hanya memperkayakan diri
Rakus mengikis perbendaharaan negara
Bila tohor hasil negara
Rakyat yang menjadi mangsa
Disogok dengan bermacam bebanan
Alasan mereka untuk bangsa
Alasan mereka untuk negara
Mereka bohong

Bangun lah rakyat
Kita ubah nasib kita!!!!!